Maafkan umie.. AYAH.

Monday, March 5, 2007
Berita yang mie dapat maghrib tadi betul2 mengejutkan mie..

..."ayah sesak nafas dia masuk hospital petang tadi.." kata2 dari kak dah betul2 buat mie terkejut. lemah seluruh badan mie dan laju je air mata nie mengalir. 2-3 menjak nie, mie terlalu rindukan mak.. terlalu fikirkan tentang mak sehingga mie terlupa seketika tentang ayah. sedangkan ayah dan mak sangat penting dalam kehidupan mie. maafkan umie ayah..

..."jangan risau la, td mak cakap keadaan ayah dah stabil.." kak dah cuba tenangkan mie. tapi, tak tahu kenapa mie rasa bertambah sedih. mak memang begitu. semuanya ok, baik, tak apa2. jika dia sakit sekalipun dia akan kata ok, ok, tak apa2, mak sihat sume. kenapa? sebab mak taknak kami adik beradik risaukan mereka. kenapa la agaknya mereka boleh berfikiran macam tu. terasa diri mie nie macam anak yang tak berguna je.

Saat nie, mie betul2 risaukan ayah n mak. betul ke keadaan ayah dah stabil? mak kat spital tu makan ape la agaknya?.. aduh! rasa nak je balik kampung malam nie jugak. tapi tak boleh.. sbb ann lak tak sihat. dia cakap kalo dia dah ok, esok pagi2 baru nak bertolak balik kampung. masa nie mula la terfikir kalau la doraemon tu wujud, mie nak je pinjam pintu masa dari dia. nak peluk mak, nak cium tangan ayah. nak mintak maaf sbb mie rasa mie gagal jadi anak yg baik.

Akhir2 nie mie sering diuji, dan hari ini allah menguji mie lagi. mungkin menguji sejauh mana kasih sayang mie terhadap org tua mie. Insya'allah, apapun yang akan berlaku, mie tetap akan balik esok. bagi mie ini adalah salah satu bukti bahawa mie sangat sayangkan mereka.

~*~*~*~*~*~*~*~

Mie cuba tenangkan hati mie agar tidak terlalu memikirkan tentang ayah dan mak. seperti biasa mie melangkah dari satu blog ke satu blog sehinggalah secara tak sengaja mie terbuka blog dia.. ntah bagaimana hati mie tersentuh lagi dan dalam tak sedar mie menangis kembali. coretannya mie baca sehingga habis dan ada note di akhir coretannya dan mie pasti note tu untuk mie..

Merasa cinta pada seseorang adalah suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrahnya suka disayangi dan menyayangi (Sense of belonging) saling memiliki gitu. Dan merasa cinta itu tidak salah, tapi pendamkanlah dulu hingga korang dan aku sampai ke masa yang mana korang dan aku sudah bersedia untuk melamar si dia menjadi permaisuri/raja di hati korang (maksud aku nikah le).

Kerna AMAT payah untuk seorang yang bergelar manusia itu untuk menjaga tatatertib dalam bercinta dan meluahkan rasa cinta kepada pasangannya. Tahukah anda bahawa berangan nak kawin kat atas kereta kuda dan sebagainya ketika hangat dilamun cinta itu salah? Kerana angan-angan itu akan membawa korang khayal. Dan khayal itu dilarang kerana syaitan akan masuk ke dalam hati manusia bila dia jauh dari Tuhannya.

Maka bila mana manusia jauh dari Tuhannya, syaitan masuk jarum, faham-faham sendirilah akibatnya. KAMU seorang lelaki dipertanggungjawabkan untuk memelihara wanita dari kerosakan. Jika kamu seorang lelaki, membawa seorang wanita ke alam khayalan tiada bertepi maka kamu telah menyalahi amanah Allah kepada kamu tau tak? (Termasuk ingatan ini untuk aku juga.. hehe)

Kamu menyatakan bahawa, "saya mencintai awak ikhlas... saya nak membimbing awak ke arah kebaikan...". Ke arah kebaikan yang mana satukah yang kamu (lelaki) nak bawa si gadis itu jika kamu asyik masyuk membelai asmara dengan si dia. Asyik berbual, gurau senda, cubit-cubitan, senggol-senggolan, cintaku 100 persen, bunga-bunga cinta, dedebu cinta dan sebagainya hingga dia hanyut dalam badai cinta. Apakah kamu sedang menunaikan amanah itu, atau kamu sedang menghancurkan amanah itu. Adakah kamu sedang membimbing si dia ke arah Allah atau kamu sedang membawa dia JAUH dari Allah?

Pernikahan adalah suatu yang sangat suci. Nikah adalah syariat Allah swt dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Maka sesuatu yang bergelar syariat Allah dan sunnah Rasul Allah sudah pasti suatu yang suci dan sangat tinggi nilainya. Jika kamu (lelaki) mahu membina sebuah rumah yang kukuh dan cantik. Ada kolam renang dan ada taman. Maka dah tentulah kamu akan mencari tapak yang kukuh dan strategik. Begitu juga dengan rumahtangga. Untuk memiliki rumahtangga yang dirahmati Allah, permulaannya dan asasnya mesti juga dirahmati Allah.

Kalau masa bercinta juga sudah tiada rahmat Allah, apakah mungkin Allah akan menyayangi rumahtangga yang akan kamu bina itu? Renungkanlah sahabat lelaki ku semua. Ini tanggungjawab lelaki. Kerana wanita itu bersifat lembut seperti kapas. Mereka memerlukan lelaki sebagai pemimpin dan penunjuk jalan kepada Allah. Jika lelaki pun sudah terpesong dan tergelincir, bagaimanakah nasib muslimah-muslimah pula? Walaupun wanita itu ibarat racun dunia, penawarnya bukan di tangan wanita. Allah jadikan di tangan wanita itu racun kepada dunia, dan dikurniakan penawar racun dunia itu kepada lelaki. Jangan bazirkan penawar itu.

Note : Saya minta maaf pada awak kerana tak dapat teruskannya... Moga Allah menggantikan insan yang terbaik untuk awak...

Buat awak.. sejak awak menyatakan hasrat awak untuk berpisah, saya dahpun memaafkan awak. saya tahu awak punya alasan tersendiri dan saya yakin bahawa alasan awak sangat kukuh dan saya percaya bahaya setiap keputusan yang awak buat adalah yang terbaik untuk diri awak. cuma saya terkilan dengan cara awak meninggalkan saya. sebenarnya, selepas saya breakup dengan Mr'ex' saya betul2 dah tawar hati untuk terima lelaki lain. bukan kerana saya masih setia atau masih teringatkannya. cuma saya ingin bagi ruang pada diri saya untuk bersendirian. berfikir ape jalan seterusnya yang patut saya ambil. tapi, ntah bagaimana kita dipertemukan dan awak bersungguh2 menyakinkan saya bahawa awak ingin meleyapkan kesedihan, menyayangi saya sekaligus membimbing saya. dan sekarang nie saya tak tahu samada awak masih ingat atau tidak janji2 awak tu.

~*~*~*~*~*~*~*~

Arghhh! STOP..! STOP..! STOP..! kepala dah pusing.. mie nak tdo.... SELAMAT MALAM SEMUA..

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:46 PM |

2 KomeNs

  At March 6, 2007 at 7:33 AM Anonymous Anonymous said:
Hi Umie...

Baru frust bercinta ek? Takpe.. ada hikmah mungkin DIA bukan jodoh umie.. jangan sedih2 k.. be strong.. tunjukkan kat DIA, umie memang KUAT nak hadapi sumer dugaan k ;)

Take care dik..
  At March 8, 2007 at 4:24 PM Anonymous Anonymous said:
takde la kak :d saya tak pernah bercinta rasanya.. hehehe..
terima kasih yer coz bg semangat..