Cerita tertangguh...

Tuesday, February 27, 2007
Khamis aritu mie ada janji dengan aina, jika dia siapkan kerja sekolah, mie akan bawak dia makan McD kat belakang umah mie nie.. sebenarnya memang mie nak bawak dia pegi makan McD selepas dia siapkan kerja sekolah tu.. tetapi memandangkan ariff pun merengek2 nak ikut serta so, terpaksa batalkan niat tu.. bukan taknak bawak ariff sekali.. tapi tahu la ariff tu kan kecik lagik.. kalo bawak makan kat McD tu kang mesti banyak masalahnyer.. esok je la bawak aina makan McD *detik hati mie* Dan esoknya pulak hujan turun mencurah2 disebelah petangnya.. banyak betul rintangan.. nasib baik aina memahami.. dan pagi2 sabtu tu dia dah bebel2 bila makcumie nak bawak kakak makan McD nie.. aritu kan dah promise.. hehe, mie ingatkan dia dah lupa dah. hari nie kita tak payah makan McD la.. ape kata kita pegi bermain kat Jusco?!.. hahaha.. melompat2 dia keseronokkan.. dan ariff yang masih belum pandai berkata2 turut tergedik2 seolah2 faham dengan kata2 mie.. sejuk mata memandang pabila melihat keletah 2 beradik nie..

Rancangan untuk bermain di jusco mie suarakan pada kak lah dan kak lah setuju untuk bawak budak2 nie bermain.. oleh kerana adik badik mie nie hantu Hindustan, so lepas habis citer Hindustan tu baru pegi…

Ariff takut2 je bila disuruh masuk dalam tempat yang banyak2 bola nie.. memang banyak giler bola, mie plak yg teruja nak masuk dalam nie... yer la, mie kecik2 dulu mana ada merasa sume2 nie..


Aina paling suka main kat tempat nie.. mie risau je takut belon2 tu pecah.. mie nie fobia sket dengan belon2 nie.. *tak suka bunyi belon pecah*

Ariff menjerit kegayatan.....

Mie suka tengok umah plastik nie.. cute je kan? teringat masa mie kecik2 dulu.. mie suka main 'pondok2'.. kat belakang umah. sekarang nie, tempat tu mak buat reban ayam...

Walaupun abg zely tak bersama, mereka tetap gembira...

Peace..............!!

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sepatutnya cerita kat atas tu mie 'publish' kelmarin lagik.. tetapi oleh kerana masa mie tengah upload2 gambar malam tu, mie rasa tak sedap badan. mie rasa mengantuk yang amat sangat, rasa tak terdaya nak duduk lagik.. lantas mie just save as draft je entri yg hampir siap tu. tetapi ntah kenapa agaknya mie tak boleh nak lelapkan mata pula padahal saat tu mie dah rasa mengantuk dan jam sudah menunjukkan ke angka 2.oo pagi. mie cuba juga pejamkan mata dan akhirnya mie berjaya tetapi tidur mie tak selena hari2 sebelumnya... pagi tu mie bangun sangat awal.. kira2 jam 5.30 pagi mie dah bangun berbanding hari2 biasa 6.45 pagi untuk solat subuh.. mie ambil kesempatan itu membaca al-quran sementara menunggu azan subuh. ntah kenapa saat tu mie teringatkan mak n ayah kat kampung.. ya allah, betapa rindunya mie pada mereka. semoga mereka berada dibawah lembayung rahmat dan kasih sayangmu.

Setelah selesai solat subuh, mie cuba untuk tidur semula.. namum, masih tak berhasil. mie betul2 buntu.. tak tahu nak buat apa.. dan ntah bagaimana mie terpandang sebuah novel di atas meje komputer mie.. novel bertajuk ADAM & HAWA hasil karya AISYA SOFEA.. kak dah bawak balik dari opis, kawan dia punya katanya..

Jadi, sepanjang hari semalam mie langsung tak mengadap komputer seperti selalu, asyik berkepit je la dengan novel tu... mie hanya berhenti membaca ketika solat dan makan je rasanya.. RATAPAN ANAK TIRI dan MUTIARA HATI tetap menjadi santapan mata.. tapi, time iklan je, mesti sambung baca balik.. hehehe mie takder la minat sangat baca novel nie sebenarnya.. tetapi mie teruja sangat nak tahu ape kesudahan cerita tu.. dan dalam masa sehari je mie dapat habiskan membaca novel yang mempunyai 496 mukasurat tu.. percaya tak??!

Psstt : Masih wujudkahh lelaki sesetia ADAM MUKRIZ.....??!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:47 AM | 2 KomeNs

Ana, mie dan cinta...

Saturday, February 24, 2007
Tengah syok tgk movie kat astro, tetiba talifon berbunyi.. dari nada dering mie tahu itu adalah salah seorang daripada kawan mie masa buat sijil kat utm dulu.. sebab mie mmg dah setkan nada dering yang berbeza2 bagi kawan2, family, opis mate & member2 mti.. tertera di skrin 'norazliana'.. lama giler tak dengar berita minah nie.. dekat setahun rasanya. *tak pasti* dia mengadu pada mie tentang teman lelaki dia BUAT HAL.. teman lelaki dia mintak berpisah dengan alasan antara mereka sudah tak ada keserasian.. what??! langsung tak masuk akal.. macamana perhubungan yang dah terjalin lebih 5 tahun terputus dengan alasan yang mengarut tu.. 5 tahun kaple, kehulu kehilir berdua2an baru sekarang timbul masalah tak serasi.. *hati mie memberontak-tak puas hati* tak sampai hati nak luahkan semua kata2 tu pada ana(panggilan mie pada dia).. mie sendiri hilang kata2 apabila mendengar tangisan ana dihujung talian.. ya allah, semoga kau kuatkan hati sahabatku.. *bisik hati mie* lama dia membisu dan hanya kedengaran esakan tangisannya.. mie sendiri terasa sebak.. apa yang mampu mie lakukan ketika itu ialah cuba memberinya semangat.. meminta supaya tenangkan fikiran dan beristighfar banyak2.. sesungguh2nya setiap yang berlaku adalah kehendak allah s.w.t.. dan selepas agak reda dia bagitahu dah seminggu dia berkurung kat umah.. tak sanggup nak keluar rumah katanya.. kerana setiap jalan, lorong, pasaraya dan banyak tempat di kuala lumpur nie menyimpan 1001 kenangan bersama teman lelakinya.. rumit juga masalah kawan mie nie.. waktu tu mie cuma risau satu je.. mie takut dia lakukan sesuatu yang bodoh! berkali2 mie ingatkan dia sewaktu nak menamatkan talian.. tolong jangan lakukan pekara yang bukan2, banyakkan berdoa pada allah.. dan dia hanya membalas ok, terima kasih yer umie.. Mie tahu, dia masih menangis..

Ntah kenapa, mie masih rasa tak sedap hati.. sungguh! mie terlalu risaukan keadaan ana.. lantas mie capai kembali talifon dan mendail seseorang. seseorang yang boleh dipercayai.. shahrul(member masa kat utm gak-merangkap sepupu ana) mie ceritakan segala yang dah berlaku terhadap ana kepada shahrul.. dan dia mengatakan bahawa dia sudah sedia maklum tentang pekara tu daripada kawannya.. dia sendiri mati akal.. tak tahu nak buat ape.. oleh kerana shahrul lebih dekat dengan ana, mie minta dia selalu jenguk keadaan ana. insya’allah mie akan luangkan masa mie menjenguk ana nanti.. disaat2 nie, dia perlukan seseorang disisinya..

~*~*~*~*~*~*~

Aku pernah bercinta kah??...

Semua orang tak percaya apabila mie katakan bahawa mie bernah bercinta dan pernah putus cinta sebanyak 2 kali.. mungkin sebab mereka tak pernah nampak ex-bf mie atau tak pernah nampak mie keluar berdatting dihari minggu dan tak pernah nampak mie bergayut ditalifon dengan suara manje2 gitu.. hehehe.. yeah! Mie sendiri akui.. selama mie kaple mie tak pernah keluar berdatting sepertimana pasangan2 yang lain.. sebabnya jarak yang memisahkan antara mie dgn Mr’ex’ dan ‘MFS’.. Mr’ex’ masih belajar di jepun begitu juga mfs masih belajar di sarawak..

Mr’ex’.. boleh dikira dengan jari berapa kali kami berjumpa ketika dia balik bercuti.. jumpe pun asyik bincang mengenai masalah parents dia tak suka pada mie tu sume.. pernah la sekali tu kami nak dinner la konon kat sebuah restoran nie.. makanan sume dah siap order tinggal tunggu order sampai je masa tu.. dan ketika order sampai tu, tiba2 talifon berbunyi.. mak Mr'ex' talifon. mak dia nangis2 siap ugut nak bunuh diri bila dapat tahu anak dia tengah dinner dengan mie waktu tu.. makanan tak terusik pun lagik Mr'ex' suruh bungkus sume makanan tu gara2 mak dia paksa suruh balik.. hilang terus selera mie waktu tu.. dah la lapar giler.. sudahnya makanan tu mie campak dalam tong sampah.. huhuhu.. sedih sangat!! itu dikira datting ke??

MFS pula.. mie pernah jumpe sekali je(selama berkaple la..) itu pun dia asyik rasa bersalah je kita tak sepatutnya jumpe tanpa ada mahram….” Itulah kata2 yang selalu dia cakap. MFS sangat baik.. mungkin mie bukanlah yang terbaik untuk dia… :)

Kesimpulannya mie pernah bercinta ke?? Kalau itu bukan cinta, ada istilah lain ke?? Erm, ape2 je la.. tapi, bagaimana agaknya rasa apabila benar2 jatuh cinta ek?! Berdatting kat taman atau jalan2 kat shopping complex bersama insan tersayang tanpa ada ape2 masalah.. mesti rasa bahagia kan.. :) takpe, mie pasti akan rasa semua tu apabila mie dah jumpe cinta sebenar mie nanti.. lagi bahagia rasanya jika bawak anak2 berkelah di tepi pantai ke, bawak anak2 pg taman permainan ke... huhu STOPP!! *dah mula la nak berangan* hihihi…

Psstt : cinta.. cinta.. cinta.. apa ada dengan CINTA??!

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 9:38 PM | 0 KomeNs

Rindu , Aina & Homework..

Thursday, February 22, 2007

Gambar ex-opis(majutera) 2003-2005
Dari kanan kak asha, kak ida, mie, kak nurul n kak ila.. gambar nie diambil oleh kak siti.. hari jumaatkan break lama.. so, itu lah rutin kami staff2 pompuan.. jalan2 cari makan..

Rindu kat akak2 sewaktu mie bekerja di MAJUTERA dulu.. walaupun mie adalah staff termuda di ofis tu, namun mereka tetap melayan mie dengan baik.. mereka melayan mie sama seperti opis mate yang lain.. ketika mie bersedih, mereka buat mie ketawa dan ketika mie ada masalah, mereka memberi mie semangat.. mereka sangat baik!.. 2 tahun mie bekerja di MAJUTERA sehinggalah mie mendapat peluang kerja di tempat yang jauh lebih baik.. demi masa depan, mie harus terus melangkah.. baru2 nie kak ila telah melahirkan cahayamatanya yang ke-2 selepas amidala batrisya(anak pertama kak ila...) dan kak asha juga bakal melahirkan cahayamatanya ke-2 selepas Putri alya(anak pertama kak asha..) mac nie.. Tahniah buat mereka berdua.. seronok tengok diorang sampaikan kadang2 mie rasa cemburu pada mereka.. punya keluarga sendiri diusia yang muda.. sedangkan mie sendiri masih belum nampak bayang bakal suami mie pun.. ntah ape hikmah disebalik ujian yang allah berikan pada mie, mie sendiri tak pasti..

~*~*~*~*~~*~*~

Sempena cuti panjang nie, mie banyak habiskan masa dirumah.. bermain dengan ariff dan memerhati aina menyiapkan kerja sekolah.. seronok dan tenang sekali melihat mereka membesar didepan mata.. walaupun bukan mie yang melahirkan mereka namun, perasaan sayang terhadap mereka sangat mendalam. mungkin disebabkan mie sememangnya sangat sukakan kanak2.. pernah satu ketika mie menaruh impian untuk mengambil anak angkat sekiranya mie tak berkahwin sampai tua.. dan sekiranya mie punya wang yang berlebih2, mie ingin sekali membuka rumah anak2 yatim.. insya’allah. segalanya biarlah allah yang menentukan.. sebelum tu, mie akan pastikan mak n ayah mie terjaga dan bahagia.. sungguh! saat ini mie betul2 rindukan mereka.. semoga mereka berada dibawah lindungan allah.. aminn..

Sejak 2 menjak nie, aina asyik mengelak je bila disuruh siapkan kerja sekolah.. kak lah dah puas marah, namun dia tetap mengelak.. tapi kalo buku2 latihan yang ibu dia beli tu ter'over' rajin la pulak nak buat.. at last, kak lah serahkan t/jawap tu pada mie.. biarpun mie nie takder pengalaman didalam mendidik dan membesarkan anak2, tapi mie seolah2 faham kehendak mereka.. nah! Hasilnya aina siapkan juga homeworknyer walaupun pada mulanya dia nak taknak je ikut cakap mie.. kadangkala mie terfikir *susah juga nak mendidik anak2 nie…* untuk mendidik dan membesarkan mereka memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang banyak.. kadangkala rasa penat sangat melayan karenah mereka namun mie rasa bahagia.. dan sedikit sebanyak ianya memberi pengalaman buat mie untuk mendidik anak2 mie kelak…

Mie sangat suka dan sayangkan kanak2... tapi bagi mie, sayang tak bermakna kita langsung tak boleh marah dan hanya mengikut kehendak mereka.. ada ketika, kita harus bertegas.. marah lah mereka sekiranya mereka melakukan kesilapan.. mereka pasti akan menangis dan mengatakan bahawa kita tak sayangkan mereka.. waktu itu, peluklah mereka katakan bahawa perbuatan mereka itu adalah salah dan katakan bahawa anda marah kerana anda sangat menyayangi mereka dan ingin mereka menjadi seorang budak yang baik.. insya'allah ianya berkesan.. *aduhh! cakap macam dah berpengalaman membesarkan 5 orang anak...*

Mie marah aina sebab dia main2 ketika mie menyuruhnya menyiapkan kerja sekolah.. dia menangis. mungkin dia sedih sebab mie memang jarang marah dia pastu, mula la membebel2 mengatakan bahawa mie tidak menyayanginya..

Selepas dipujuk, akhirnya........................


Psstt : teringin punya anak sendiri.... muahahaha...

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 4:51 PM | 0 KomeNs

Anita..

Tuesday, February 20, 2007
Pada entri yang lepas mie ada citer pasal anita kan?? perempuan yang telah kaco line mie ngan achik bagi memenangi hati Mr'L' masa kat mti.. huhuhu anita tak salah pun dalam hal nie.. memang dah ditakdirkan Mr'L' milik dia ketika itu.. sekaligus menjadi penyelamat bagi Mr'L' daripada menjadi mangsa 2 ekor buaya betina mti.. erkk!! buaya... pehal plak sampai samakan mie ngan buaya nie... huhu. cinta diorg tu memang kes cinta separuh mati la masa kat mti.. mmg tragis kisah cinta diorang nie.. sape yang blajo kat mti satu batch dgn mie, sure tahu punyer la kisah diorg nie.. memang mendapat liputan meluas.. bukan setakat mak/bapak, ustaz/ustazah je yang tahu, tukang kebun dan makcik yg jual kat kantin tu pun tahu.. *geleng kepala* dasyat kan??!

Dan kelmarin... anita dah selamat diijabkabulkan... anita dah jadi isteri orang.. dan suaminya bukan lah Mr'L' .. tetapi isteri kepada seseorang yang langsung takde kena mengena dengan mti.. (suami dia ialah kawan kepada abang kawan mie... **sape yang paham, paham la..) kisah Mr'L' dan anita dah berakhir semasa kami di ting.5.. mie sendiri tak pasti ape punca perpisahan mereka.. mungkin semasa perhubungan mereka terlalu banyak masalah kot.. erm, kesian gak tengok diorang nie dulu.. tapi ape nak buat, allah tu penentu segalanya kan.. dan dengar citer terbaru Mr'L' bekerja kat ipoh. kali terakhir jumpe Mr'L' masa re-union ex sekolah mie bulan 5 tahun lepas.. dia pun tengah kompol duit nak kawen gak tu..

Pepun, tahniah buat anita dan suami.. "SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT HENDAKNYER...." aminnn....


Mie n Mr'L' sehari selepas re-union ex mti 2006
(gambar terpaksa diedit bagi mengelak skandal)

Psstt : Dah 2 tahun M'L' & the geng tak beraya umah mie...
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 4:50 PM | 0 KomeNs

Achik aka Halimatussa'adiah..

Sunday, February 18, 2007

Achik...

Achik aka Halimatussa'adiah.. erm, dah sebulan lebih rasanya tak jumpe minah nie.. dulu masa di mti, dia sering dikaitkan dengan mie.. bestfriends la katakan. dimana ada mie, disitu pasti ada achik dan begitulah sebaliknya.. mie sendiri tak pasti sejak bila dan kenapa kami boleh jadi rapat.. masih segar diingatan mie ketika di ting. 1, apabila mie kembali ke asrama selepas cuti semester.. "ehh, bukan ko ke yang balik pagi tadi...." dan ada satu suara yang lain "ehh umie, ada budak baru masuk dan muke dia macam ko la.." kata2 rakan se-asrama dengan mie betul2 memeranjatkan mie.. seram pun ada bila dikatakan ada orang yang sama wajah dengan mie.. dah la masa tu tengah kecoh bab2 'histeria2' nie.. segalanya terjawap apabila mie bersemuka dengan budak baru tu.. dialah achik aka halimatussa'adiah.. wajahnya dikatakan mirip wajah mie ketika di mti.. semua orang mengakuinya termasuk ustaz2 yang kadang2 mangatakan bahawa kami nie adalah kembar.. *ketawa* kelakar kan.. kadang2 tu kami berdua duduk didepan cermin besar dan cari dimana persamaan diwajah kami.. *takde pun..* mie pernah bertanya pada mak ketika mie bawak achik balik kampung. "mak, sume orang kat mti kata muka kami nie sama. betul ke??..." *mak senyum sambil memandang kami berdua* "kalau tak kerana kejadianNYA, mungkin kamu berdua tak serapat nie.." maksud mak mie jika muka kami tak ada iras2 kami takkan jadi bestfriend la ek? *ermm.. ntah..*

Walaupun kami dikatakan memiliki wajah yg hampir serupa, namun dari segi sikap kami sangat berbeza.. dan hanya orang2 yang benar2 mengenali kami tahu apa perbezaan sikap2 kami tu.. cuma mie sangat pelik apabila sesuatu yang dia inginkan pasti mie yang dapat.. padahal sesuatu tu pada mulanya mie langsung tak suka dan inginkan.. pernah satu ketika kami bertarung untuk memilik seseorang yang bernama Mr'L' *senyum* tapi 2-2 tak dapat.. sebab Mr'L' dah sangkut kat budak pompuan lain yg bernama anita.*ketawa besar* tapi mie dengan achik langsung tak rasa sedih pun.. sebab kami bukan minat betul2 pun kat Mr'L' tu.. cuma nak main2 je.. *ada ke camtu??..* kami selalu terlepas dari undang2 asrama.. walaupun dah ditetapkan bahawa pelajar tak dibenarkan keluar ke pekan taiping tanpa kebenaran, tapi kami seolah2 bebas dari segala undang2 yang ditetapkan.. tak ada sesiapa tahu bagaimana kami lakukan..*nakalkan kami* ihiks.. tapi kami tak pernah kaco orang.. kami suka buat hal berdua je.. walaupun kami sangat rapat, kami juga sering bergaduh.. tapi tak lama selepas tu pasti kami akan berbaik semula.. port yang kami suke lepak ialah Taman Tasik Taiping... sebelum lepak kat Taman Tasik kami pasti beli sesuatu yang boleh dimakan.. hehehe kami suke kaco orang datting...

Tamat ting.5 masing2 bawa haluan sendiri.. hampir 2 tahun kami tak berjumpa walaupun ada sesekali tu bercakap ditalifon.. tahun 2003 baru kami berjumpa kembali.. dalam keadaan dan suasa yang sangat berbeza dari zaman persekolahan dulu.. masa lapang kami tak sama dan sudah pasti masa untuk bersama2 tu sangat terhad.. namun ianya tidak menghalang malah kami masih rapat.. dan kali ini, ketika kami berjalan bersama2 tiada lagi kedengaran orang mengatakan "eh, kembar ke??.. adik beradik ke??" mungkin wajah kami dah berubah kot..

Sekarang nie dah hampir sebulan mie tak jumpe dia.. call pun tak jawap.. dengar cerita dia dah ada teman lelaki.. mie kenal budak lelaki tu(teman sekerjanya..) tapi ntah kenapa dia memilih lelaki yang jauh lebih muda dari dia.. dia seorang yang cantik, malah lebih cantik dari mie.. dia boleh dapat lelaki yang lebih baik dan sesuai dengan dia.. ntah la, memang dari dulu mie jenis yang tak suka nak komen ape2 pasal dia.. sebab dia bukanlah seorang yang boleh terima pendapat orang sesuka hati.. jadik, mie berharap dan berdoa semoga allah beri petunjuk kepadanya.. dan semoga pilihannya adalah tepat.

mie ngan achik masa kenduri umah khadijah(ex-mti) gaks..

Psstt : rindu sangat zaman sekolah dulu..

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 12:12 AM | 0 KomeNs

Masih Sayang Kah??!!

Friday, February 16, 2007
Petang tadi hujan lebat sangat.. Orang kata kalo berdoa waktu hujan, doa kita mudah dimakbulkan..
(gambar diambil dari tingkap bilik mie..)


Selepas mie dengan MFS breakup, tak pernah sekalipun mie contact dia.. id dia kat YM mie delete dan no. hp dia pun mie delete dari hp mie.. bukan marah, tapi masa tu mie perlu lakukan sesuatu, sesuatu yang boleh menstabilkan diri mie dari terus bersedih atau menyalahkan diri.. selepas mie delete semua yang boleh mengigatkan mie pada dia, mie cuba yakinkan diri mie bahawa MFS tak pernah wujud dalam hidup mie.. tiap2 hari mie katakan pada diri mie segala yang berlaku hanyalah mimpi buruk.. allah menghantarnya kepada mie hanya untuk menguji.. allah sangat sayangkan mie sebab itu mie diuji dengan pelbagai cara.." inilah diantara kata2 semangat yang sering mie katakan pada diri mie.. dan ianya berjaya.. mie berjaya menempuhnya dengan tenang.. syukur sangat! kali terakhir mie berborak dengan MFS, dia katakan bahawa dia masih ingin menjalin perhubungan dengan mie sebagai kawan biasa namun, saat tu mie perlukan masa untuk mie menerima hakikat di atas segala yang berlaku jadi mie diamkan je.. dan sekarang jika dipertemukan semula antara mie dengan dia, pasti mie menerima dengan tenang tapi hanya sebagai kawan la.. sepertimana mie menerima Mr'ex.. tapi, selepas kejadian tu kami langsung tak berhubung.. sampai sekarang mie langsung tak tahu berita tentang dia.. no. hp dia mie tak hafal la pulak. Tadi mie dapat Offline msg nie dari Qausar...

MQS : salam..
MQS : mie..
MQS : pe kaba..
MQS : haa..mie sy tau mie..
MQS : sy rase fahmi tu sayang kt mie lg lee..
MQS : sbbnye die ade tulih kat status YM dia.. i'm feeling down lately- tabahkan hatimu sabarlah menanti harinya...
MQS : haa..xsilap sy tu tandenye die sayang kt mie...
MQS : pe2pn jg diri baik2 yee..
MQS : salam..

Kalau la betul kata qausar tu, ape patut mie buat ekk?? memang sebenarnya masa dia mintak breakup tu mie yakin bahawa dia punya sebab kenapa dia buat begitu.. sebab tu mie terima segala keputusan dia tanpa bertanya kenapa dan mengapa.. tapi, kalo dia betul2 sayangkan mie kenapa dia tinggalkan mie kan.. ntah la.. malas nak pk. cuma mie nak ingatkan pada sesiapa sahaja yang baru atau pernah ditinggalkan kekasih tu janganlah sesekali bazirkan masa kalian dengan bersedih atau buat sesuatu yang bodoh.. kita diberi peluang hidup hanya sekali, jadi seharusnya kita memilih untuk hidup dlm keadaan yg lebih gembira dan bermakna dari hanya mengikut rasa hati untuk bersendirian dan berdukalara..

Aritu adala beberapa kali kawan mie bawak mie motivate kawan2 diorang yang baru putus cinta nieh... muahahaha... **jangan tak percaya..... :p

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Psstt : "ketika pintu kebahagiaan telah tertutup, pintu yg lain terbuka...namun kita terlalu lama memandang kpd pintu yg tertutup hingga kita tak sedar pintu yang telah terbuka untuk kita jauh lebih baik dari sebelumnya...."
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:15 PM | 0 KomeNs

Seseorang Untuk Mie..??!

Wednesday, February 14, 2007
Abg zely dan semua keluarga mie masih belum tahu ape yang dah berlaku antara mie, mr'ex dan MFS.. Sehingga kini mereka masih beranggapan bahawa mie masih ada hubungan dengan mr'ex' dan MFS.. namun, mereka seolah2 dapat rasakan bahawa perhubungan mie dengan mr'ex' dan MFS takkan kemana.. lalu mereka bersungguh2 mencari 'seseorang' untuk mie.. seseorang itu adalah kawan abg zely sendiri.. huh! berani sungguh dia nak rekemen mie kat kawan dia.. abg zely kata mamat tu ada ghupe, berharta dan sembahyang tak tinggal.. mamat tu pun keje macam abg zely jugak.. terbang sana sini.. maknanya, kalo mie kawen dengan dia(kwn abg zely) mie terpaksa berpisah 2-3 bulan la kalo dia kerja.. hahaha itu kalo mie terima dia la.. tapi, rasanya mustahil, mustahil secepat ini.. rupa paras, kekayaan, pangkat sume tu bukanlah satu syarat wajib untuk mie membina perhubungan yang baru.. mie tak berani nak cakap tentang bagaimana lelaki pilihan mie... segalanya mie berserah pada allah. mie percaya dengan ketentuannya.. buat masa dan ketika ini biarlah mie begini.. mie nak tunggu umo mie cecah 25 tahun, kalo still takder orang ndak, baru pk nak soh org rekemenkan ke ape.. hehehe aci dak?!!

Kat pusat game jusco... ape dah nama game tu, tak tahu la mie.. menarik gaks!

""Jangan Mengucapkan Kata-Kata Indah Dan Manis Buatku Kerana Aku Takut Akan Menyanyangimu... .. Jangan Mengambil Berat Tentang Diriku Kerana Aku Bimbang Akan Mengasihi Dirimu..... Jangan Terlalu Baik Padaku Kerana Aku Takut Akan Merinduimu.....""

Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan.. Jangan... *nyayi ikut rentak lagu JANGAN CEPAT MARAH-aznil... ahakss!!

Psstt : Cinta tak perlu dicari.. ia pasti akan datang sendiri..

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 3:45 AM | 0 KomeNs

Abg Zely Terbang Lagi

Tuesday, February 13, 2007
Lebih 2 bulan abang zely duduk melepak kat umah.. dan hari ini dia harus terbang lagi.. terbang mencari rezeki untuk keluarganya.. bagi membesarkan aina dan arif, juga untuk kesenangan isteri(kak lah) tercinta... itulah kerja abg zely yang memerlukan pengorbannya dan keluarganya.. dia terpaksa mengorbankan masanya untuk bersama keluarga tercinta.. kak lah redha berkorban untuk berpisah sementara dengan suaminya.. aina yang mula memahami akan kerja abg zely seolah2 pasrah dalam terpaksa membiarkan ayahnyer pergi dan arif yang masih belum tahu erti perpisahan juga seolah2 memahami.. mie sendiri tak dapat bayangkan jika mie terpaksa berjauhan dengan suami beberapa bulan dan sanggup kah mie untuk berpisah dengan anak2.. erm, mungkin atas sebab2 itu mereka diberi rezeki yang cukup memuaskan.. kali nie abg zely pergi ABU DHABI lagi dan mungkin akan balik hujung bulan 5 nie.. mie sendiri tak tahu sangat ape kerja abang zely nie sebenarnya.. tapi, apa yang mie tahu dia kerja under SAPURA..

Tiap kali abg zely balik dari offshore, mesti bawak balik banyak souvenir.. berkotak2. diantara sourvenir yang selalu dia bawak balik ialah baju, cekelat dan mainan untuk aina n arif.. macam sebelum2 nie dia pernah bawak balik 3 kotak mainan.. giler banyak! sampaikan umah nie dah macam kedai jual mainan dah.. ada separuh dari mainan2 tu dah bawak balik kampung sebab kat sini dah takde ruang nak simpan mainan.. ada sekali tu dia bawak balik sekotak cekelat.. hah, yang tu memang stok untuk menggemukkan badan rasanya.. huhu manalah kak lah tu tak naik badannyer.. dah hubby dia sendiri seolah2 menggalakkan. hahaha agaknya badan mie dah berisi sket nie gara2 makan cekelat jugak la kot. ihiks! tapi, masa kitaorang pegi Langkawi aritu lagi banyak cekelat yang kami borong.. mie paling suka cekelat KASIS yang ada kacang tu.. cedap ooo...

Diantara cekelat yg abg zely bawak balik.. tak ambik lak gambar sourvenir yang lain tu..

Pepun, mie doakan semoga Allah memberi pelindungan kepada Abg Zely semasa ia di negara orang. semoga allah mempermudahkan perjalanan hidupnya.. tadi kak lah ngan aina hantar abg zely naik ERL ke KLIA.. kak lah cerita sepanjang perjalanan aina cakap "kakak dah besar.. kakak takkan nangis kalau ayah nak pegi kerja..." mie betul2 kagum dengan aina.. walaupun baru berumur 4 tahun tapi pemikirannya cukup matang dan memahami.. semoga dia membesar sebagai budak yang bijak.. ameenn.

Psstt : arif dah pandai sebut "AYAH".. lepas nie mie kena ajar dia sebut "MAKCUMIE" pulak...

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:14 PM | 0 KomeNs

Tournament 1131B Kembali...

Sunday, February 11, 2007

(kiri) Itu la 3 orang hero dalam keluarga mie.. (kanan) abg zely, kak tun, ann n kak dah..

Haaa... jika sesapa ada baca entry di blog mie yang sebelum nie mesti tahu ape yang dimaksudkan dengan "Tournament 1131B" nie... tapi, bagi yang tak tahu.. 1131B tu adalah no. rumah mie.. rumah yang mempunyai 9 orang penghuni termasuk aina n arif(anak buah mie).. dan pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bowling... jika sebelum2 nie, pertandingan diadakan di Ampang Point, kali nie pertandingan diadakan di Time Square.. sama seperti sebelum2 ni, sesiapa berada di kedudukan Ke-3 kebawah kena belanja makan.. dan seperti pertandingan yang sebelum2 nie, mie masih kekal di kedudukan yang paling bawah... hampehh betul! tak tahu dimana silapnya, kalo main dengan kawan2 mie, rasanya mie nie dah kira terer dah(cett! konon....) hahaha serius! mie selalu main bowling dengan kawan2 mie, tapi still tak dapat berada di tangga ke-3 teratas dalam "tournament 1131B".. nampaknyer, lepas nie kena berlatih selalulah (muahahaha... ) untuk memeriahkan suasana, sebelum ke Time Square, kami jemput 3 hero dalam keluarga kami iaitu akmal, amir n amin di pandan perdana.. 3 hero termasuk aina tu hantu bowling jugak.. kitaorang yang besar2 yang cadang nak main bowling, budak2 tu pulak yang lebih2.. nasib baik lah sikecik arif tu tak tahu ape2 lagik, tapi rasanya dah besar sikit nanti sure ikut jejak abang2 dia tu.. nakal!! budak2 tu kami letakkan di lane yang berpagar bersebelahan lane kami supaya senang nak jaga.. manakala ariff dijaga oleh bibik(maid)..

Gaya aina melempar bola.......

Pemenang "Tournament 1131B" kali nie yang diwakili oleh 6 peserta ialah abg zely, kak dah n kak tun.. dan diikuti ann kak lah n mie yang terakhir.. tergiang2 kat telinga nie "hang sesuai main kat lane yang berpagar tu..." kata abg zely dengan selamberrr.. eiiii sabar je.. tapi mie tak ambik hati pun dengan kata2 abg zely tu.. segalanya mie anggap gurauan.. sebenarnya ape yang mie rasa teruja sangat nak becerita adalah mie rasa bangga kerana memiliki sebuah keluarga yang bahagia sangat.. mie rela kalah dalam "tournament 1131B" sampai bila2 pun asalkan kebahagiaan yang mie kecapi sekarang kekal hingga keakhir hayat..

(kiri) Senang je nak bg arif ni dok diam.. (tengah) 3 dari 5 org kakak2 mie.. (kanan) kat pusat game..

Lepas main bowling, kitaorang singgah kat pusat game di tingkat 6 dalam Time Square tu.. jika orang lain datang ke pusat game tu bersama kawan2, tapi mie datang bersama adik beradik mie.. wujud perasaan yang berbeza jika dibandingkan bermain game bersama kawan2 dan adik beradik sendiri.. mungkin apabila dengan kawan2, kita akan hanya rasa keseronokkan semata2 tapi jika dengan adik beradik apa yang dapat kita rasa hanyalah kebahagiaan yang tak dapat digambarkan.. lepas puas bermain game, kami bertolak ke Pandan Perdana untuk mengantar 3 hero tu balik.. tapi sebelum tu kami singgah makan di gerai... dan seperti sebelum2 ni, walaupun syarat2 pertandingan sudah ditetapkan bahawa siapa yang berada di kedudukan no-3 kebawah dalam tournament 1131B harus belanja makan, abang zely jugak yang akan bermurah hati mengeluarkan duit belanja kami semua.. hehehe abg zely ialah sebaik2 abg ipar yang pernah mie jumpe lah...(cehh mengampu lak mie nie...) ihiksss!


Psstt : Sape nak jadi ahli baru 1131B kena aktif bermain bowling... :p
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:02 PM | 0 KomeNs

Siapa Dia??..

Thursday, February 8, 2007
Minggu lepas tak dapat tengok program 'mencari menantu'.. hari nie mie cuba spend masa untuk tengok rancangan tu… erm, sebenarnya mie takder la minat dan mengikuti rancangan tu sangat.. Cuma kali nie rasa teruja plak nak nengok apabila kak dah kata yang menjadi juri bagi rancangan tu ialah abang sedara mie… abang sedara mie tu diantara cucu2 atuk mie yang berjaya la… dia skrg dah jadi ketua pengarah kat JAIP(Jab. Agama Islam Perak) huh! Nasib baik mie x masuk program tu.. kalo tak, sure mati akal nak jawap soklan2 yang dikemukakan gara2 malu kat abang sedara mie tu.. pastu, bila balik kampong sure kena perli2 lagi… hahaha merepek je mie nie.. bayang bakal suami mie pun lom nampak, ada hati nak masuk program tu.. (berangan je…)

Kali nie je la pun mie tengok rancangan “mencari menantu” tu dari awal rancangan sampai habis… erm, bagus juga program seumpama nie di adakan.. sekurang2nya pasangan2 yang ingin mendirikan rumahtangga kat luar sana tu sedar bahawa untuk mendirikan rumahtangga harus ada berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam rumahtangga yang bahagia dan kekal ke akhir hayat.. berdasarkan soalan2 yang dikemukakan kepada setiap pasangan dalam rancangan tersebut kebanyakkannya ada dipelajari semasa mie sekolah menengah dulu.. sape yang belajar matapelajaran “pen. syariah islamiah dan feqah” pasti tak ada masalah untuk menjawap semua soklan2 tu.. itupun kalo ape yang dipelajari beberapa tahun lalu masih segar dalam kepala la..

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Bangun pagi2 tadi mie dapat sms daripada sesesorang berhand phone no. 012-640 0*** seseorang yang mie tak ketahui siapa dan apa kaitan kata2 yang diberi dengan mie.. seperti biasa, mie malas nak ambik tahu.. biarlah siapa pun dia, asalkan ia tak menyakiti hati mie.. jika niatnya baik, sila tampil dan kenalkan diri.. tapi jika sebaliknya, mie mohon agar pergi jauh2 dari hidup mie.. mie tak mahu membenci sesiapa lagik.. saat dan ketika ini, mie ingin katakan bahawa mie senang, tenang dan bahagia dengan kehidupan mie.. biar mie tak punya seorang kekasih yang menyayangi mie, namun mie bersyukur kerana mie masih punya sebuah keluarga yang amat menyayangi mie serta kawan2 disekeliling yang banyak menyokong dan memberi semangat kepada mie. Dan mie percaya bahawa allah sangat menyayangi mie dan sebab itulah mie diberi berbagai2 ujian dan dugaan supaya mie sentiasa ingat padaNYA...

Ni la family mie... ada 3 orang lagi tercicir...

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.

Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Pstt : Kata2 diatas tu mie tujukan kepada semua pasangan2 yang ingin bercinta..
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:47 PM | 1 KomeNs

Cuba Melupakan..

Wednesday, February 7, 2007
Masih berlegar2 dikepala nie setiap patah perkataan yang Mr'ex' katakan semalam.. sanggup dia cuba untuk permainkan perasaan mie lagik.. namun mie bersyukur dan puas hati kerana hasratnya tak tercapai.. mie sendiri semacam tak percaya dengan apa yang berlaku.. "ko tu baik sangat!! sebab tu jantan jah***m asyik nk permainkan perasaan ko." kasar bunyinya.. kata2 reen betul2 buat mie tersentak. marah betul dia dengan Mr'ex'.. 2-3 menjak nie mie senang sekali berkongsi masalah dengan dia.. kawan mana yang tak marah kalo nengok kawan dia dipermainkan dan diprebodoh2kan. timbul pulak rasa sebersalah dengan menceritakan hal ini pada dia.. tapi, patut ke kalo mie pendam sume nie sengsorang? mie perlukan sokongan, mie perlukan kekuatan untuk mie harungi setiap ujian nie.. harap apa yang mie lakukan adalah betul..

Untuk tidak merosakkan mood mie dengan memikirkan hal2 yang boleh buat mie biol ni, mie cuba lakukan sesuatu yang membolehkan mie melupakan segala yang berlaku semalam tak kisah lah walau dapat melupakan sementara sekalipun.. hari ni, pagi2 lagi mie dah bangun then call kak lela.. kebetulan dia tak kerja hari nie.. (yeahh! ada member.. hehehe sekurang2nya mie tak keseorangan hari ini...) kak lela ajak pegi time square.. ada pekara yang patut dia settlekan katanya.. tanpa berfkir panjang mie katakan yang mie nak ikut.. urusan kak lela tak lah mengambil masa yang lama.. lepas tu kak lela belanja main bowling.. (tochee kak lela... macam paham2 je perasaan mie masa tu.. ihiks!) kak lela tak tahu pun ape yang berlaku pada mie. memang mie sengaja tak nak cerita.. kalau reen sebagai kawan beriya2 marah inikan pulak kak lela yang dah anggap mie seperti adiknya.. heii, biarlah. selagi mie terdaya mie akan tempuh segala ujian2 ni.. lepas main bowling, kononnyer nak tengok wayang kat taman dagang.. tapi ntah kenapa agaknyer wayang kat taman dagang tu tutup lak hari nie.. erm, tengok jam dah pukul 5.30ptg nak tengok 'mutiara hati' punyer pasal mie batalkan untuk nengok wayang kat klcc.. lain kali boleh tengok wayang kan.. lagipun kat wayang tu banyak citer seram je.. tak minat ler..
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:00 PM | 0 KomeNs

Tergamak dia...

Tuesday, February 6, 2007
Dia pernah bertahtah dihati mie setahun yang lalu... dia juga pernah mie benci kerana mempermainkan perasaan mie... saat itu hanya tuhan yang tahu bagaimana mie hadapi saat2 ditinggalkan insan tersayang.. bagaimana mie motivate diri mie sendiri untuk menerima hakikat dan tidak terus membenci dia sehingga mie berjaya melalui segalanya dan menerimanya sebagai kawan.. dia sendiri mengaku kesilapannya terhadap mie.. so, tak salah rasanya untuk mie memaafkan dia dan menerima dia sebagai kawan kan? dalam pada itu mie cuba kikis sedikit demi sedikit perasaan sayang pada dia yang masih berbaki dihati mie.. dia dah punya kekasih yang baru ketika itu jadi tak baik rasanya kalau mie terus menyimpan perasaan tu.. lagipun dah mie tetapkan pendirian mie untuk tidak menerima dia kembali setelah ape yang dia pernah lakukan terhadap mie.. selama kami berkawan mie sehabis cuba untuk tidak 'lebih-lebih' hanya kerana dia dah berpunya... mie cuba menjadi kawan yang baik terhadapnya.. tapi ntah dimana silapnya dan ntah apa dosa mie padanya sehingga tergamak dia menipu mie dan cuba mempermainkan preasaan mie sekali lagi.. ya allah, semoga allah memberi petunjuk padanya.. dia pernah menyatakan bahawa dia masih menyayangi mie.. nasib baik mie dah tetapkan pendirian mie untuk tidak kembali padanya... sehinggalah mie dapat tahu perkara sebenar dan apa yang tersirat dihati dia selama ini.. dia berbuat baik terhadap mie semuanya ada niat yang sangat jahat.. semoga allah kuatkan semangat mie untuk menghadapi semua ujian2 ini..

Alhamdulillah syukur kepada allah kerana telah bongkarkan segala2nya... memang mie terkilan sangat dengan ape yang dia lakukan.. kenapa dia tak pernah sedar akan kesilapannya? kenapa mesti dia lakukan semua ini terhadap mie? kenapa dia sanggup permaikan perasaan seorang kawan yang pernah bertahtah dihati dia? syukur sangat diatas permisahan kami dulu.. agaknya inilah hikmah disebalik apa yang berlaku.. sesungguhnya dia tak layak untuk dijadikan sebagai kawan sekalipun.. astaghfirullahal'azim.. semoga tiada benci dihati mie terhadap dia..

Psstt : semoga allah memberi petunjuk kepada mie dan juga dia..
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:31 PM | 0 KomeNs

AlhamduLillah...

Friday, February 2, 2007
Syukur alhamdulillah... mie masih dapat bernafas di alam ciptaan allah s.w.t yang indah ini.. dah lama sangat rasanya mie berehat dari arena 'bloggers' nie.. atas permintaan dari sume pihak kini, mie kembali untuk berkongsi cerita dan segala ape yang mie rasa disini... pepon, terima kasih sangat2 kepada kakak-kakak, abang-abang dan kawan-kawan yang sering bertanya keadaan mie selama ini.. lagipun, masa mie agak terluang sekarang nie berbanding beberapa bulan yang lalu.. so, daripada mie tak buat ape2 lebih baik mie kembali aktif dalam dunia 'blogger' nie kan?..

Pada siapa yang sering mengikuti cerita/kisah mie dalam blog yang sebelum nie pasti tahu bagaimana kehidupan mie.. entry terakhir dalam blog yang sebelum nie jelas menampakkan yang mie sedang baaaaaaaaaaaaahagia tersangat.. bertemu dengan seseorang yang bernama 'MFS' seolah-olah satu anugerah buat mie.. seolah2 ianya adalah pengakhiran kisah sedih mie.. namun, allah itu lebih berkuasa.. kami haya merancang tapi dia yang menentukan segalanya.. genab hari lahir dia 19 Januari, demi kebaikan dia dan mungkin ujian buat mie akhirnya kami memutuskan untuk berpisah.. sebab dan mengapa tu mie rasa tak perlulah mie cerita disini.. mie taknak menyalahkan sesiapa kali ini. bagi mie, segala yang berlaku pada mie sudah tersurat.. dan mie redha dengan ketentuannya.. 6 bulan mengenali MFS cukup untuk mie buat kesimpulan bahawa dia adalah seorang lelaki yang baik.. seorang yang kuat pegangan agamanya... mie kagum dengan dia.. semoga dia dipertemukan dengan seseorang yang lebih baik dari mie.. amin..

Buat 'MFS'........
Hampir sebulan saya tak dengar khabar awak..
Ntah awak dah lupakan saya terus agaknyer..
Tapi tak kisah lah, mungkin itu yang membuatkan awak bahagia..
Awak jangan risau, saya sikit pun tak marahkan awak atas keputusan yang awak buat..
Sebab saya yakin, itu mungkin kebaikan kita bersama...
Cuma saya berharap sangat yang kita akan jumpe lagi satu hari nanti sebagai kawan takpun mungkin sebagai pesakit awak... ihiks!

~*~*~*~*~*~*~*~

Perpisahan kali nie sangat berbeza dengan berpisah dengan Mr'ex' setahun yang lalu.. mie rasa tenang dan dapat kawal perasaan mie dengan baik.. syukur sangat! tapi, tipu la kalo mie kata mie x sedih.. perasan tu tetap ada cuma tak seteruk berpisah dengan Mr'ex' dulu.. mungkin pengalaman yang buat mie mampu untuk kawal situasi tu.. atau mungkin mie dah bertambah matang(cewahh!..) hehehe... apepun, mie takkan serik untuk bercinta lagi.. dan kali nie mie akan pastikan ianya akan kekal ke jinjang pelamin... :-p ape yang berlaku pada mie selama nie, mie percaya ada hikmah disebaliknya.. dan mie yakin yang allah dah sediakan seseorang untuk mie...... :) siapa agaknyer ek???!!

Pstt : ape pun yang berlaku 'hidup mesti diteruskan....'
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 1:11 AM | 0 KomeNs