Cuba Melupakan..

Wednesday, February 7, 2007
Masih berlegar2 dikepala nie setiap patah perkataan yang Mr'ex' katakan semalam.. sanggup dia cuba untuk permainkan perasaan mie lagik.. namun mie bersyukur dan puas hati kerana hasratnya tak tercapai.. mie sendiri semacam tak percaya dengan apa yang berlaku.. "ko tu baik sangat!! sebab tu jantan jah***m asyik nk permainkan perasaan ko." kasar bunyinya.. kata2 reen betul2 buat mie tersentak. marah betul dia dengan Mr'ex'.. 2-3 menjak nie mie senang sekali berkongsi masalah dengan dia.. kawan mana yang tak marah kalo nengok kawan dia dipermainkan dan diprebodoh2kan. timbul pulak rasa sebersalah dengan menceritakan hal ini pada dia.. tapi, patut ke kalo mie pendam sume nie sengsorang? mie perlukan sokongan, mie perlukan kekuatan untuk mie harungi setiap ujian nie.. harap apa yang mie lakukan adalah betul..

Untuk tidak merosakkan mood mie dengan memikirkan hal2 yang boleh buat mie biol ni, mie cuba lakukan sesuatu yang membolehkan mie melupakan segala yang berlaku semalam tak kisah lah walau dapat melupakan sementara sekalipun.. hari ni, pagi2 lagi mie dah bangun then call kak lela.. kebetulan dia tak kerja hari nie.. (yeahh! ada member.. hehehe sekurang2nya mie tak keseorangan hari ini...) kak lela ajak pegi time square.. ada pekara yang patut dia settlekan katanya.. tanpa berfkir panjang mie katakan yang mie nak ikut.. urusan kak lela tak lah mengambil masa yang lama.. lepas tu kak lela belanja main bowling.. (tochee kak lela... macam paham2 je perasaan mie masa tu.. ihiks!) kak lela tak tahu pun ape yang berlaku pada mie. memang mie sengaja tak nak cerita.. kalau reen sebagai kawan beriya2 marah inikan pulak kak lela yang dah anggap mie seperti adiknya.. heii, biarlah. selagi mie terdaya mie akan tempuh segala ujian2 ni.. lepas main bowling, kononnyer nak tengok wayang kat taman dagang.. tapi ntah kenapa agaknyer wayang kat taman dagang tu tutup lak hari nie.. erm, tengok jam dah pukul 5.30ptg nak tengok 'mutiara hati' punyer pasal mie batalkan untuk nengok wayang kat klcc.. lain kali boleh tengok wayang kan.. lagipun kat wayang tu banyak citer seram je.. tak minat ler..
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:00 PM |

0 KomeNs