Teater x jadi.. Rumpun.. Bunga Api & Demam..

Monday, August 27, 2007
JUMAAT
Bawak mak pegi HOSPITAL AMPANG PUTERI. Pada mulanya mak taknak pegi. Mak bohong dengan mengatakan bahawa dia dah tak sakit lagik.. padahal mie tahu mak risau kena bayar mahal untuk pemeriksaan tu nanti. Tak mahal la mak, dalam seratos dua jer.. mie terpaksa bohong sebab nak mak setuju untuk pergi buat pemeriksaan pada hari tersebut. Puas kami adik beradik pujuk dan akhirnya mak bersetuju. Masa bg tahu doktor bahawa mak sakit kat bahagian dada sebelah kiri tu, doktor suspect sakit mak ada kena mengena dengan jantung. Oleh itu, doktor melakukan pemeriksaan jantung keatas mak seperti scan, x-ray, berjalan atas treadmill-bentuk dia macam alat senaman tu, urin test n blood test. Kesian tgk mak masa doktor suruh berjalan atas treadmill untuk pemeriksaan tekanan jantung mak. Nasib baik x tersungkur. Pastu masa ambik darah mak, mie duduk sebelah mak tapi pandang lain sbb tak sanggup nak tgk. Kesian Mak! Mak kena suntik 2 kali sebab suntikan pertama darah mak tak keluar. Pepon mie bersyukur sangat pabila hasil pemeriksaan mak menunjukkan jantung mak OK. Cuma urat kat bahagian dada mak tu sedikit bengkak sbb tu kadangkala mak terasa sakit pabila hendak bernafas. Syukur sangat!

Petang tu memang bercadang nak menyertai Kak retna, Kak sheda n Sodep menonton Teater. Tapi hati mie berbelah bahagi pabila mak cakap...

"Umie nak kemana pilih baju cantik2 nie"
"Kawan umie ajak tengok teater mak.."
"Teater tu ape"
"Dia macam tgk cerita kat tv juga mak. Bezanya diorang tu berlakon betul2 depan kita. di atas pentas.."
"Habis tu taknak ikut mak pegi rumah kak mah ke skejap lagi?"
"Nak buat macamana, umie dah janji dengan kawan umie"
"Tak payah la pegi.. mesti tak meriah kalo umie takde nanti"

Muka mak berubah sangat petang tu. Ayah juga seperti tidak mengizinkan umie pergi "Hujan2 nie nak keluar buat ape?" katanya. Tapi sebenarnya kalo umie pergi pun takpe.. cuma mungkin mie tak HAPPY sebab asyik teringatkan mak&ayah kat rumah. Maaf sangat2 yer kak retna..

Jadi, malam sabtu tu.. mie&family banyak habiskan masa dirumah kakak ke-2 mie di PANDAN PERDANA. Namun, hati mie masih rasa bersalah dengan Kak Retna. Sakit kepala menyerang. Memang 2-3 menjak nie mie tak boleh stres sket, nanti mesti sakit kepala. Ayah cakap mie demam namun pantas mie menafikannya.


SABTU
Oleh kerana tak dapat sertai Kak Retna, Kak Sheda n Sodep tengok teater malam sabtu tu, umie memutuskan untuk pergi GATHERING RUMPUN kat RESTORAN PELITA berdekatan KLCC tu. Kebetulan petang tu family mie pergi shopping.

"Umie nak ikut tak nie"
"Ha.. ikut. tapi umie pergi naik motor"


Cadangnya nak pergi GATHERING RUMPUN sebab tu mie suruh family mie pergi dahulu. Ada 2-3 orang je adik badek mie tahu mie nak pergi GATHERING tu. Masa dah bersiap2 nak pergi, tetiba hujan turun dengan lebatnya :( huhu.. dah takde pilihan mie kena naik teksi la jawapnya. Cari2 kelibat payung di dapur dan terjumpe sebatang payung bewarna PINK. Siap ada gambar kartun lagik.. haha tak kisah la janji boleh bawa mie sampai ke bus stop. Dari rumah ke bus stop memakan masa lebih 5 menet jugak la berjalan kaki.

Sampai2 je di bus stop mie terus dapat teksi. alhamdulillah.. mie suruh pemandu teksi tu ikut highway sbb takut jammed. Dan kurang 20 menet, mie sampai kat RESTORAN PELITA tu. Memandangkan GATERING RUMPUN tu diadakan di bahagian atas restoran, mie duduk di bahagian bawah sementara tunggu Kak Sheda sampai. Segan nak naik sorang2.. buatnya tak kenal sape2, naya! ihikss..

Lebih kurang 5 menet, Kak Sheda sampai. Dan kami naik berdua2an. Kelihatan SOdep n Kiki. 2 orang tu je la yg mie kenal pun ketika itu. Tak lama lepas tu Jun&Kak Carneyz lak sampai. Malas nak cerita panjang pasal GATHERING RUMPUN tu sbb rasanya ramai dah becerita kot. Pepon memang happening sangat dan TERIMA KASIH buat Happymedia dan Adverlets.. terima kasih krn menemukan kami semua..

Masa dah habes gathering tu ntah cemana En. abang Sodep mengeluarkan cadangan untuk besuka ria melihat bunga api di Putrajaya. Ntah macamana Kak Sheda n Jun setuju la pulak dengan cadangan tu.. dan mie ingat malas nak pegi n nak ke Putra LRT je masa tu pastu suruh kakak mie pickup kat mana2. Setelah dipujuk2+saiko lagik, akhirnya mie bersetuju mengikut mereka dalam keterpaksaan. Ceewah!! Alahai.. kenapa la masa mak&ayah ada nie ramai tol ajak kesana kemari. Bukan ape, rasa bersalah sangat masa tu. Sbb dah janji dgn mak nak pergi ikut shopping. Sebelum pergi, mie talifon kakak n abang mie memberitahu mie akan ke Putrajaya dan diorang tak kisah pun.

Perjalanan ke Putrajaya takde la sesak sangat. tapi kan, masa dalam kereta tu kepala mie saaaakit sangat. Mungkin gara2 terkena hujan. Tapi mie diamkan aje. Sampai je di lokasi pameran bunga n taman, mie terpegun melihat bunga2 yang dipamerkan. Cantik sangat gubahan bunga2 kat situ. Kalau mak ada mesti dia suka. Rasa nak bawak balik sejambak bunga untuk mak jer masa tu. hehehe.. Oleh kerana bunga api dijadualkan meletus pada jam 10malam, kami jalan2 sekeliling tapak pameran sambil2 tu kami cari port yg menarik untuk melihat bunga api tu nanti. Sekali dapat port baaek punya.. iaitu di tepi tasek. Ramai juga orang lepak2 kat tepi2 tasek tu. Nak tengok bunga api gak la kot. ihiks! Kami lepak2 makan biskut yg dibawa oleh jun sambil tunggu bunga api meletus.. Tengah2 makan tu, tiba2 kedengaran sayup2 bunyi letupan. KboOMm.. DUuMm.. tercari2 la juga mana bunga apinya.. dan terpandanglah cahaya bunga2 api yg cantik di celah2 bangunan yg terdapat disitu. Uwaaa... rupa2nya kami dah tersalah port la. Hampeh sungguh! tapi tak kisah la.. yg pasti ianya suatu pengalaman yg klakor bila diingat2 balik. hehe mie tak bg tahu kat family mie pun pasal salah port tuh. Tak rela di tertawakan.. ihiks!

Port Baeekk Punyerr!

Adeih! masa balik tu jalan puunyer la jammed. Perut rasa lapar sangat! kepala kembali sakit dan seluruh badan rasa lemah dan seram sejuk. Rasa nak demam tp harap2 jangan la.. dalam diam mie berharap. Cadangan nak singgah makan terpaksa di kansel sbb jam dah menunjukkan ke angka 12 lebih. Risau lak ayah membebel nanti.. Sampai umah kira2 jam 140pagi gak la rasanya. Nasib baik sume orang dah tido masa tu cuma Ann je yg tahu mie balik kol bape sbb dia tgh tgk tv kat ruang tamu. Masuk je bilik terus salin baju, basuh muka, gosok gigi n solat. Pastu merebahkan diri di tilam empuk ku dan terus lena diulit mimpi.

AHAD
Kira2 jam 4.00pagi mie terjaga dari tidur. Kepala mie mengalami kesakitan yang amat sangat. Badan mie terasa panas.. mie nak bangun tapi tak terdaya rasanya. Setelah beberapa kali mie mencuba untuk bangun, akhirnya mie berjaya. Mie berjalan menuju tempat tidur mak.. lenanya mak tido sampai tak sedar mie masuk bilik dia. Terdapat sedikit ruang disebelah mak. Muat2 untuk mie. Tanpa buang masa, mie terus merebahkan diri sebelah mak. Dan mak tersedar. Baru balik ke? tanya mak. Mie hanya menggelengkan kepala. Tak terdaya tuk besuara.. serentak dengan itu mie tarik tangan mak n letakkan di dahi mie. Umie demam nie. pantas mak jawap.. lalu bangun membasahkan tuala kecil dan diletakkan di dahi mie. Sambil2 tu mak urut kepala mie.. Seketika kemudian mie terlena. Subuh tu, mak kejutkan umie. suruh mandi katanya. Oleh kerana mie lemah sangat ketika itu, mak membantu mie.. Mak mandikan mie dengan air asam jawa. Supaya cepat sembuh katanya.

Oleh kerana keesokkan harinya Wani akan memulakan persekolahannya setelah seminggu bercuti, Kira2 jam 3.00petang Ann menghantar mak, ayah n Wani pulang kekampung. Sedih sangat masa tu. Apabila memikirkan khamis nie kami akan pulang ke kampung, terasa tenang sikit hati nie.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:39 PM | 10 KomeNs

Cerita2 terhimpun Ep.2

Friday, August 24, 2007
AHAD
Lebih 2 bulan x dengar khabar berita dari sorang kawan yg sangat akrab dgn mie sejak di tingkatan 1(1997). Segalanya bermula sejak dia menjalinkan perhubungan dengan seorang budak lelaki yg 5 tahun lebih muda darinya. Ntah dimana silapnya dia seolah2 meminggirkan kawan2 yg rapat dengannya sebelum itu (termasuk mie). Mungkin dia bosan mendengar pendapat2 mie tentang budak lelaki tersebut.

"Salah ke aku nak bercinta? aku baru nak mula mencintai seseorang.. tapi kenapa aku rasa macam ramai sangat yg tak setuju dengan tindakan aku"

"Aku tak cakap pun salah kalau ko nak bercinta.. tapi janganlah sampai ko ketepikan kawan2 ko yg sebelum nie banyak membantu ko.. lagipun, ko baru sangat kenal dengan budak tu.. tapi ko seolah2 dah letak harapan yg terlalu tinggi"

"Habis tu ko nak aku buat ape mie? takkan aku nak putuskan hubungan aku dengan budak tu semata2 nak ikut kemahuan korang?"

"Erm ikut ko la.. ko bukan budak kecik lagik.. aku yakin ko tahu bezakan yg mana baik dan yang mana buruk. Buat la ape yg ko rasa baik untuk ko.. kalo ada pepe berlaku cari la aku nanti.."

Lebih kurang begitula dialog diantara mie dan dia semasa kali terakhir kami bertemu lebih 2 bulan lalu. Dan hari sabtu aritu dia tiba2 call mie menggunakan public phone. Katanya HPnya rosak. Tak banyak yang kami bualkan tapi dari cara percakapannya jelas menampakkan dia benar2 dalam kesusahan. Dan kami berjanji untuk berjumpa petang keesokkan harinya di Midvalley.

TAPI, ntah kenapa hari yg dijanjikan (ahad) untuk berjumpa kawan mie tu mie rasa tak sedap hati. Banyak sangat kejadian2 yg mengahalang mie untuk bertemu dia. Dengan ketiadaan HPnya, menyukarkan lagi kami untuk berhubung diantara satu sama lain. Pepon, mie cuba jugak untuk pergi berjumpa dia walaupun hujan renyai2 ketika itu. Kali terakhir dia call mie bg tahu dia tunggu mie kat MPH(MidValley) sampai jam 6.30ptg. Mie cuba kejar masa tu dan alhamdulillah mie bersyukur sangat sebab mie tiba tepat2 jam 630ptg. Mie cari2 dia dalam MPH tu.. puas mie cari tapi tak jumpe. 1/2jam mie berada dalam MPH tu tapi langsung tak nampak kelibat dia. Mie tertunggu2 juga panggilan dari dia, tapi hampa.

Ketika kaki nak melangkah pulang, tiba2 talifon berbunyi. Tertera no. tempatan.. mie yakin itu adalah panggilan dari dia. Pantas mie menjawap "Helo.. Helo.." mie tak dengar suara dia. 2-3 kali mie dapat panggilan dari no. yg sama tapi bila mie jawap, tiada langsung kedengan suaranya. Pelik sangat. Takkan hp mie rosak kot sehingga tak dapat dengar suara org yg menelefon mie. Sedangkan mie call kakak mie ok je. Sehingga kini mie tak pasti kenapa. Mie masih menunggu dan mencari2 kelibat dia. Tapi dalam keadaan Orang2 yg agak ramai di Midvalley tu, agak mustahil untuk mencari2 begitu. Selepas solat maghrib di surau yg disediakan di Midvalley, mie melangkah pulang. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat jumpe dia. Mesti dia marah sangat dengan mie. Mesti dia rasa mie sengaja taknak jumpe dia.. tapi sebenarnya mie dah cuba sedaya upaya mie. Ntah la.. mungkin ada rahmatnya kami tak berjumpa ketika itu.

Buat Halimatus'saadiah Mohd Amin.. aku mintak maaf sangat2 sebab tak dapat jumpe ko tempoh hari.

+ + + Tamat Siaran Tentang Kawan Yg Sangat Akrab + + +

RABU
Alhamdulillah.. mak n ayah sampai KL. Saje kami adik beradik suruh mak&ayah datang sini sbb senang nak bawak mak&ayah buat pemeriksaan kesihatan mereka. Sebelum bertolak ke KL, berkali2 kami pesan supaya jangan bawa terlalu banyak barang. Tapi sampai2 je kat Hentian Duta, kelihatan 2-3 bag di bawa oleh mereka yg mana kesemuanya dipenuhi buah2an. Memang la seronok bila dapat makan buah2an yg dibawa tu tp rasa tak sedap hati sbb dah menyusahkan mereka bawa bag berat2 tu. Kami adik beradik ada bercadang nak konvoi balik kampung lps merdeka ni. Tapi, oleh kerana kejadian yg menimpa mak&ayah tempoh hari membuatkan kami adik beradik mendesak mereka datang KL.

Pssstt : Dah pukul 1.30am nie, umie kena tdo awal. esok nak bawak mak pg hospital.. doakan kesihatan mak&ayah mie yek.. ;)
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 1:41 AM | 6 KomeNs

Cerita2 terhimpun

Tuesday, August 21, 2007
Jumaat
Dapat berita kurang baik tentang mak n ayah di kampung(semalaman tak boleh tdo) tp memandangkan kak dah n Ann akan balik ke kampung bagi menyelesaikan masalah, hati mie sedikit lega..

Sabtu
Pagi2 lagi dah badmood. Bertekak dgn Kak Dah n Ann yg kononnya cakap nak balik kampung tapi tak jadi dengan alasan segalanya dah kembali baik. Namun, ianya belum dapat meredakan hati mie yg begitu risaukan keadaan mak n ayah. Sungguh!! kalau mie punya kereta sebijik, insya'allah umie akan pulang ke kampung pada hari tersebut bagi memastikan mak n ayah benar2 dalam keadaan baik. 2-3 kali mie menefon mak bertanya samada mak benar2 OK atau sebaliknya. "tak ape la.. mungkin ini ujian dari allah utk melihat sejauh mana sesabaran dan keteguhan iman mak" ya alllah.. cekalnya hati orang tua ku ini.. mie benar2 kagum dengan mak.

Memandangkan kak lah satu family balik kampung maka sunyi la umah tanpa keriuhan aina n arif. Bosan giler! masa banyak dihabiskan bermain kucen. Ajakan kawan2 untuk keluar langsung tak menarik minat mie.

Selepas sembahyang maghrib, mie keluar pegi pasar malam. Malas tapi ntah kenapa hati mie meronta2 untuk ke pasar malam ketika itu. Dalam keadaan hujan yg renyai2 mie membonceng skuter hitam milik mie yg dibelikan oleh ayah n mak setahun lebih yang lalu. Ntah bila mie dapat membalas setiap pengorbanan ayah n mak.. Ya allah, semoga mie diberi peluang untuk itu sebelum mie kehilangan mereka.

Kurang 10 menet, mie tiba di tempat meletak motor berhampiran pasar malam Melawati. Tak sampai beberapa langkah utk menuju ke pasar malam, terdengar suara anak kucing! bukan seekor, malah lebih dari itu. Nyaring suara anak2 kucen itu.. anak2 kucing itu mesti dalam kelaparan@kesejukkan@sakit. Dalam suasana yang agak gelap ketika itu.. mie mencari2 arah bunyi2 tersebut. Dengan berbantukan lampu2 kedai yg berhampiran mie dapat lihat terdapat 4 ekor anak kucing!! Masya'allah.. siapa la yg tergamak buang anak2 kucen yg comel di tengah2 hujan nie. Masih terlalu kecil anak kucen yg masih memerlukan ibunya itu dibiarkan di tengah2 hujan begitu. Ah, lagikan bayi yg baru lahir manusia tergamak buang, inikan pula binatang. Ntah dimana sifat perikemanusia mereka2 yg terlibat.

Mie kumpulkan keempat2 ekor kucen tersebut dalam kotak yg sedia ada dan mie letak di di tempat yang agak terlindung dari terkena hujan. Mie pergi pasar malam dan beli sedikit makanan dan keperluan dapur. Ketika membeli barang2 tersebut, mie asyik memikirkan nasib anak2 kucen tu. Kesian! ape yg mereka nak makan? boleh ke mereka bertahan dalam keadaan hujan2 macam nie? Dalam perjalanan ke tempat parking untuk pulang, masih kedengaran anak2 kucen itu mengiau2. Ya allah.. betul2 x sampai hati nak tinggalkan anak2 kucen tu.. lantas mie talifon Kak dah

"Wess! aku jumpe anak kucen nie.. kesian sangat!! badan2 dia basah pastu takde ibu pulak tu. Aku ingat nak bawak balik la.." penuh perasaan mie ceritakan pada kak dah.

"Ye ke? bawak je la balik.. tapi hang nak bawak balik macamana?

"Tengok la macamana.. aku cuba letak kotak tu kat bahagian letak kaki skuter aku tu"

"Ok.."


Puas mie cuba untuk letak kotak yg berisi kucen itu di tempat letak kaki skuter mie. Tapi tak boleh.. kotak tu terlalu besar untuk diletakkan di bahagian itu. Lama mie fikir dan tiba2 mie terpandang sebuah KEDAI HAIWAN berdekatan.

"Uncle.. boleh kasi saya satu kotak kecil tak? Saya nak letak itu anak kucen la.. kesian lah. ntah siapalah yg jahat buang anak kucen yg masih kecil tu"

"Ooo.. manyak kesian oo.. tunggu sekejap. saya pegi cari. haiya.. Manusia.. Manusia.."
taukeh kedai pun mengeluh dgn sifat manusia2 yg takde sifat belas kasihan terhadap binatang2 tu. erm..

Setelah mendapat kotak yg agak kecil itu, mie masukkan keempat2 anak kucing tersebut. alhamdulillah kotak tu cukup2 muat utk diletakkan dibahagian letak kaki motor mie tu.. agak tak selesa ketika mie membonceng dalam keadaan kotak di bawah letak kaki tu.. tp tak kisah la. Jarak dari pasar malam ke rumah pun bukannya jauh.

Sampai2 dirumah, mie panggil kak dah dan kebetulan pembantu rumah turun menjenguk.. mie mintak dia carikan kotak yg lebih besar. Dalam tercari2 kotak tu, tiba2 terdengar jeritan anak kucen..

"Kenapa tu bik?.." mie terkejutt..

"Itu ada kucen besar warna hitam bawak lari anak kucing" terjerit suara bibik sambil mengejar kucen itam yg melarikan anak kucen tersebut.

Malangnya kucin hitam itu hilang dalam kegelapan malam. Kak dah turut mencari kucen hitam tu tapi tetap tak jumpe. Sedihnya.. mesti anak kucen tu dah mati kena bunuh@dimakan oleh bapak kucen tu. Geram sangat! sampai sekarang mie tak jumpe dengan bapak kucen hitam tu. Kalo jumpe tau la ape yg mie nak buat..

Ada satu lagik masalah tentang anak kucen yg mie bawak balik tu. Iaitu Kak Lah. Memandangkan Kak Lah tak sukakan kucen so, risikonya nanti pasti mie akan dimarahinya kerana memandai bawak balik kucen yg org buang ke rumah. Memandangkan Kak Lah sekeluarga balik Kampung mertuanya ketika itu, mie buat keputusan menelefon abg zely(abg ipar) bagi tahu pasal anak kucen yg mie bawak balik tu.. dan alhamdulillah abg zely tak kisah. Kak lah juga nampaknya dah tak kisah sangat. Mungkin Abg Zely dah lembutkan hati dia kot.. huhu LEGA hati mie..

Maka, sekarang kucen mie yg asalnya 2 ekor, telah bertambah ke 5 ekor. Kalau lah kucen kecik tu tak dilarikan bapak kucen tu, mesti ada 6 ekor dah kucen mie. *sedih*



Bersambung.....
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 1:01 PM | 11 KomeNs

Jaket Oh Jaket...

Monday, August 13, 2007
Jumaat aritu mie pegi klcc dengan satu niat.. iaitu nak beli BAG NIKE yang mie tgk 2-3 hari sebelum tu. Sebelum ke KLCC mie singgah Ampang Point-jumpe kak aida untuk memberi barang yg Sharul tinggalkan untukNYA ketika datang KL minggu lalu. Sampai2 je klcc.. langkah yang sepatutnya menghala ke kedai NIKE telah tersasar ke kedai jam jenama SWATCH kat tepi eskeleter tu. Melihat pelbagai2 bentuk n ghupe jam yg santek+chomel+ciuutt tu niat yang satu tadi mula goyahh.. Nak beli bag??! penting ke bag?? kat umah tu rasanya dah ada 3-4 biji bag.. padahal jam baru ada utas kat umah.. itu pun dapat masa birthday aritu. Hati mie berbelah bagi dan akhirnya mie membuat keputusan untuk tidak membeli bag pada hari itu. Hati dah beralih arah pada jam2 yg cute dan comel itu. Tetapi.. memandangkan mie tak bawa CASH secukupnya utk menyambar seutas jam berjenama SWATCH ketika itu, mie bercadang untuk membelinya pada hari lain. Kena balik umah kompol duit dulu atau survey kat tempat lain.. mungkin harganya lebih murah. ihikss!!



Oleh kerana niat yg satu tu yg sudah berubah, mie cuma jalan2 dari kedai ke satu kedai dalam KLCC tu sehingga terdapat sesuatu telah menarik perhatian mie iaitu sepasang JAKET berwarna putih. Tanpa membuang masa, mie membelinya. LEGA.. sekurang2nya takde la balik umah dengan tangan kosong kan? hehe.. sampai2 je umah Kak lah tanya "Mana bag yang hang kata nak beli tu?" pantas mie menjawap "Nie ha.. " sambil meghulurkan paper bag yg berisi JAKET tu. "JAKET lagik!!!.. berapa banyak JAKET la hang nak beli nie.. rasanya ada 2-3 pasang JAKET yg hang lom pakai lagik kan??" mie hanya tersengih sambil bertanya "Cantik tak JAKET tu" hahaha *bengang je muka Kak Lah ketika itu..*

+ + + Tamat Siaran Hari JUMAAT + + +

Sabtu
Masa banyak dihabiskan dirumah.. nonton hindustan.. MIahahaha...

Ahad
Mie, kak lah n aina pegi Jusco.. selain bawak aina jalan2, niat dihati cuma satu *nak survey jam* kat jusco tu.. tapi niat yang satu tu turut goyah sepertimana goyahnya niat nak beli bag NIKE jumaat aritu. dan nak tau ape yg mie beli semalam???!! KLIK SINI.

Hahaha tak tahu ape kena dengan mie nie.. pantang nampak JAKET yg mie rasa cantik n sesuai dgn mie, mesti nak beli.. cuma kalo harga JAKET tu cecah 2 Ratos tu takde la nak beli(baik mie bende lain). Mie tak pasti dah berapa banyak JAKET yang mie ada sekarang nie. yang pasti ianya dah melebihi 10 pasang dengan pelbagai warna. Ada yg lom mie pakai pun lagik rasanya.

Diantara jaket2 mie


Psssstt : Kelmarin mak tegur mie.. katanya mie nyer dressing nampak cam lelaki la.. (patut kah mie ubah imej mie??..)
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:26 PM | 12 KomeNs

MIKIE & MINIE

Thursday, August 9, 2007
Seperti yang dijanjikan, berikut adalah gambar2 kucen mie.. nama dia MIKIE & MINIE. MIKIE(loceng kaler putih) dan MINIE(loceng kaler pink). Nama kucen2 tu anak buah mie yg bagi. Dah 2 minggu kucen tu bersama mie, nampak gayanya kucen2 tu pun macam dah kenal je dengan mie.. mana tak nya, bila tiap kali mie balik umah mesti kucen2 tu akan terkam n panjat kaki mie. Masa mie nak bagi makan pulak, mereka panjat belakang mie la.. geget kaki mie la.. manje betul MIKIE & MINIE tu. seronok sangat! hehehe..

Setakat nie makanan harian dia ialah WISKAS.. bukan taknak bagi makan nasik tu sume, cuma mie takut bulu2 mereka rosak kalo makan makanan sebarangan. Lagipun mereka tu kecik2 lagik.. takut x sesuai dengan mereka. Haritu mie mandikan mereka. tak susah pun.. sebab mereka tak banyak begerak. erm, sesetengah orang kata susah nak jaga kucen nie. tapi bagi mie, tak susah mana pun.. cuma kalo nak travel mana2 tu susah sket la kot.. nak kena tinggalkan kucen kat umah. Sape plak nak bg makan?

Kalau nak ikutkan, lusa dah nak bawak kucen tu balik kampung.. gara2 kak lah la yg asyik bising2 je pasal kucen2 tu :( sedih sangat!! tapi ntah macamana dia jadi lembut hati plak tadi.. dia cakap ikut la nak bawak balik bila2 pun. Horayyy!!! tanpa membuang masa mie khabarkan berita gembira tu pada ann n kak dah. nampaknya mie masih berpeluang bermain dgn MIKIE & MINIE setiap hari lah...

Comelkan Minie&Mikie..

Possst MAUTT dari Minie..

Susah btol nak suruh Mikie nie berposing

Grr.. grr.. baru lepas mandi (bleh jadi model iklan syampoo kucen nie)


Psttt : Ingat nak pg shopping la esok.. sape nak hekoot?!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 3:30 PM | 15 KomeNs

Takdir & Waktu..

Sunday, August 5, 2007
Stop... stop!! berhenti cerita2 pasal UMIE DULU DAN SEKARANG tu. Sedih rasanya memikirkan bahawa mie tidak secomel dulu.. Muahaha perasan SUNGGUH!!! tapi, mie akui la bahawa mie dah kurus berbanding dulu. Mak sendiri sering bertanya kenapa mie kelihatan semakin kurus. Pernah juga dia bertanya samada mie putus cinta atau sakit. Namun pantas mie menafikan. Sebab mie YAKIN bukan itu penyebabnya. Ntah la.. tak tahu kenapa mie semakin kurus sekarang nie dan dah macam orang tak cukup zat (bak kata salah sorg drp kawan mie) mungkin tak bahagia kot. ermm...

+ + + Tukar siaran + + +

Buah tangan dari Sahrulia..


Khamis aritu buat pertama kalinya mie jumpe Kriesz a.k.a Kak Zura dan Sahrulia a.k.a Sahrul. TERIMA KASIH yang tak terhingga buat Kak Zura kerana sudi jemput mie kat rumah dan secara langsung telah menolong mie petang tu. Cadang nak jumpe Shai sekali tetapi mungkin dia ada hal lain ketika itu.. Tak kisah la kan. Semasa dalam perjalanan untuk berjumpa Sahrul di SOGO, mie ngan Kak Zura berborak2 kosong sehingga la dapat tahu bahawa kami rupa2nya mempunyai PERTALIAN KELUARGA yang mana kalo nak diikutkan Kak Zura kena panggil mie dengan panggilan 'Makcumie' Fuh! terasa kecil sangat dunia nie. Bagaimana rakan blogger boleh bertukar menjadi sepupu sepapat lak nie. huhuhu Semuanya kuasa allah kan!.. Buat kak Zura.. tak payah ler ber'makcumie' dgn mie, terasa tua pula diri nie.. :p kui.. kui..

MEMANG BESTT SANGATT jumpe Kak Zura & Sahrul.. Sungguh sporting mereka berdua nie terasa seperti sudah lama mengenali mereka.

Bermula dengan makan McD di SOGO, kami beralih pula ke Kampung Baru. Konon nak minum2 je kat Kampung Baru tu, alih2 terODER lak Yong Tau Foo Kangkung dan Yong Tau Foo Original. Yong Tau Foo Kangkung-hasil ilham sahrul yang tak makan sea food. Pelik kan??!! kelakar plak bila ingat2 balik masa sahrul minta order. Nak Yong Tau Foo, tapi taknak seafood2 tu sume.. just nak sayur je. Dah nama pun Yong Tau Foo, sayurnya hanya kangkung lah semata2 kan. Oleh kerana sahrul nak juga, maka terjadilah YONG TAU FOO KANGKUNG. Hahaha budak yg nak ambil order tu pun jadi blur skejap. HaDoii.. sape DAPAT kawen ngan sahrul nie beruntung tau! hari2 masak nasik dgn sup sayur je.. (promot sahrul*sambil jeling2 kat Kak Zura) Yong Tau Foo Original lak mie sengaja order. Kononnya nak tunjuk kat sahrul lah ghuper Yong Tau Foo Sebenar. Sekali.... HAMPEHH SEHAMPESS HAMPEESSNYA!!! tak sedap langsung Yong Tau Foo Tu.. Seafood dia rasa masam2. eii nak je sound makcik yg jual Yong Tau Foo Tu. GERAM! tapi sahrul cakap "tak baik.." ihiks!! baik sungguh sahrul nie..

Pepon, TERIMA KASIH buat sahrul kerana sudi meluangkan masa bersama mie n Kak Zura malam tu dan sudi belanje McD. hehehe Hope percutiannya dan kakaknya ke Kuala Lumpur tempoh hari membawa seribu erti buat mereka.

+ + + Tamat siaran hari khamis + + +

Oleh kerana hari minggu mie tak berapa best, mie malas nak becerita tentangnya. Fikiran mie kadang2 melayang2 membayangkan keseronokkan Kak Retna & Geng yang pergi bersuka ria di Genting Semalam. Jeless... Jeles.. JELESS!! nak sangat hekott tapi terpaksa menghadiri kenduri cousin mie plak. huhuhu...

Owh ya, dikesempatan ini juga mie ingin melahirkan rasa simpati dah ucapan TAKZIAH buat kak meera sekeluarga di atas kehilangan abang tersayang tempoh hari.. semoga kak meera TABAH serta berSABAR atas segala ketentuan ini dan terus mengharungi hari2 yang mendatang dengan SENYUMAN. AL-FATIHAH mie sedekahkan untuk arwah dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan tenang disana.. AMIN.




Pssstt : Nantikan GAMBAR2 EXCLUSIVE MICKEY & MINIE ..... Insya'allah... :)
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:40 PM | 15 KomeNs