Selamat tahun baru & azam mie..

Wednesday, January 2, 2008
Cepatnya masa berlalu.. dah sebulan lebih mie tinggalkan blog nie dalam keadaan tak berapdate. 2007 pun dah berlalu.. harap masih tak terlewat untuk mie mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua rakan2 bloggers dan sume rakan2 yang tak jemu2 singgah di blog mie nie. Terima kasih yer kengkawan kerana tak jemu2 kesini.

Mie taknak lah cerita kenapa mie dah jarang nak apdate blog skrg nie. Pada sesiapa yg tertanya2 dan musykil tu harap hentikan dari terus berperangsangka yg bebukan. Sebab ianya takde kena mengena dengan sesiapa. Tengok lah! kot2 masuk tahun baru nie mie akan kembali aktif berblogging macam dedulu ke.. hehe.

Hujung minggu aritu mie telah pulang ke kampung kerana bapa saudara mie meninggal(abang sulung ayah) arwah meninggal kerana sakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.. di tambah dengan usia yang yang menjangkau 84 tahun. antibodinya pun maybe dah lemah nak lawan penyakit2 nya tu. al-fatihah untuk arwah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Insya'allah.

Masa hari kejadian, mie telah terserempak dengan kak zura. Tak sangka leh jumpe dia kat kampung.. dari situ, sah/kompon lah bahawa kami sememangnya punya pertalian. Sedara jauh2 mungkin. Sbb ayah kata dia kenal ayah kak zura tu. Kecoh skejap mak kak zura n mak mie becerita kat sedara2 yg ada ketika itu tentang pertemuan kami di KL.

Sempena tahun baru nie mie telah cipta satu lagi azam iaitu meningkatkan keperihatinan terhadap ayah dan mak.. (betul ke ayat mie nie?) hehehe maksudnya mie akan memberi tumpuan lebih dari yang biasa pada mak & ayah. Lebih2 lagi terhadap tahap kesihatan mereka. Ada 2-3 lagi azam baru mie. Segan lak nak cerita... ihiks! (bukan nak KAWEN ea... :p)

Gambar diambil masa kenduri kawen kakak mie aritu.

Pssstt : Baru je jumpe mak & ayah.. tapi rindunya pada mereka bagaikan setahun x berjumpe.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:32 AM |

10 KomeNs

slm cik umie, alhamdulilah bagus azam umie tahun ni:) acaipun nak buat azam camtu jugakla..selain nak kawin tu,hahahha..:) itulah, acaipun pelik umie dah jarang ada kat blog,ehhee
salam umie...

selagi kedua ibu bapa kite masih ader teruskan la berbakti kepada mereka kerna tanpa mereka siapalah kita :)
hai just dropping by dari blog zura lias...cute blog you have here..

somaga ibu & bapa umie sihat sentiasa..slmt tahun baru 2008
--> faisal
alhamdulillah.. lebih bagus kalo semua org punya azam yg sama kan? semoga mak&ayah acai memperoleh kesihatan yg baik :)...

Waa.. azam acai tahun nie nak kawen ke?? dah ada calon ke?? siapa?? yg haritu tu ke:p

Jangan pelik2 ea.. nie umie dah kembali.. ahakss!

--> airynnz
Wsalam kak rynn.. BETUL cakap kak rynn tu. sementara ibubapa kita masih ada nie la kita nak berjasa pun kan? semoga ibubapa kak rynn diberi kesihatan yg baik.. ameen.

--> myfisol
Terima kasih myfisol.. :)singgah selalu yek!
Salam umie..selamat tahun baru 2008, semoga segala impian dan harapan akan tercapai.
salam umie.
akak puji azam umie tu. bukan apa, masa mak ayah ada lagi ni la kita boleh berbakti kan? hargai mereka selagi masih ada ;)

*kenapa ramai sgt berazam nk kawen tahun ni ek? :p
ehhehe..dunia ni kecikkan..pusing-pusing kat situ jugak..
Kuatkan azam ek Umie..Jumpe lagi nanti..:D
--> kak jie
Wsalam kak jie.. insya'allah.. semoga semua azam, harapan n impian kita menjadi kenyataan.. :) selamat tahun baru.

--> Kak Hajar
Wsalam kak hajar.. terima kasih :) nak membalas setiap jasa2 mak ayah tu mustahil utk mie lakukan. jadi,ape yg termampu mie lakukan, insya'allah mie akan cuba lakukan utk mereka..
--> kak zura..
insya'allah kak zura. saya dah pahatkan azam tu kat hati neh..

dunia nie kecik dan bulat.. :p bila nak jumpe lak neh??
hey your blog layout's cool. and your header's awesome~! hehe.