TAG : Peristiwa Puasa/Hari Raya Yang Tidak Dapat dilupakan

Sunday, September 30, 2007
Beberapa hari lalu En. Adik Topek telah mencipta virus TAG dan dengan sesuka hatinya telah menyebarkan virus tersebut pada mie.. dan hari ini dengan setulus hati mie ingin menjawap TAG yang bertajuk PERISTIWA PUASA/HARI RAYA YG TAK DAPAT DILUPAKAN.

TAHUN 199.. *tak ingat la*
Gembira sangat sbb mak belikan kasut raya tumit tinggi. Memang cantik la kasut tu. Warna pink gitu! Kalo tak silap harga dia dalam 13 ringgit gitu la. So, menjelang Hari Raya tu mmg melaram habis dengan kasut baru tuh. Siap ada beg tangan lagik utk isi duit raya.. hahaha. Kebiasaannya bila tiap kali tiba hari raya mie & budak2 kampung akan beraya SAKAN dengan mengelilingi kampung. Bila dah keliling kampung tu duit raya sure dapat banyak kan.. itu yg bestt tuh! So, tak kisah la jalan jauh sket pun.. TAPI malangnya hari itu.. tengah2 beraya SAKAN tu, tiba2 kasut tumit tinggi mie putus.. Sudahnya mie balik berkaki ayam kerumah. sedih sangat! Sepanjang perjalanan mie nangis masa tu. Balik umah mak pujuk tuk beli kasut yang baru esoknya.

TAHUN 2001
Tahun terakhir mie bersama member2 di MTI.. kebetulan peperiksaan SPM tahun tu jatuh pada bulan puasa. So, ia merupakan satu pengalaman yg sudah pastinya tak dapat mie lupakan. Bagaimana tiap2 hari kami beramai2 berjalan kaki dari asrama(Batu 8) ke bazar ramadhan yg terletak di simpang 3 changkat jering. Lebih kurang 30 menet perjalanan kot. Lepas tu, berkumpul ramai2 kat surau asrama dan berbuka bersama2. Indahnya terasa ketika itu..

TAHUN 2002
Gara2 lambat beli tiket balik kampung, buat pertama kalinya mie beraya di kampung owang lain iaitu kampung abg baha(ipar) di Sungai Besar. Uwaaa..... :(( memang sedih sangat masa tu.

TAHUN 2005
Seperti yang dah mie ceritakan dalam entri yang lepas.. tahun 2005 tu mie beraya dalam keadaan hati yang remuk rendam(patah hati). Mana taknya baru seminggu di kecewakan oleh lelaki tu. Badan pun kuuurus sangat masa tu *38kg je!.. macam berat anak kucing je rasanya*. Mana taknya, seminggu sebelum tu mie hanya minum air dan beberapa suap nasi. Mmg ilang teros mood nak raya. Kebiasaannya.. Pagi hari raya tahun sebelumnya, lelaki tu pasti akan talifon mie dari JEPUN wish 'Selamat Hari Raya' tapi pagi raya tu dia tak call pun *mie tertunggu2 la jugak panggilan dari dia*. erm, teruk kan penangan putus centa nie. Fikir2 balik rasa macam diperbodoh2kan je. Sepatutnya masa dia mintak breakup tu mie ketawa dan melompat suka hati. Sebab dia langsung tak sesuai utk mie. Hehehe teremo plak mie nie :p

Erm, dah 23 tahun mie idop kat dunia nie.. banyak lagik rasanya peristiwa di bulan puasa/raya yg tak dapat dilupakan.. untuk menjawap TAG En. Adik Topek nie rasanya cukup la kot. Nak tau lebih banyak nanti jumpe, akak citer.. alamatnya 3 hari 3 malam tak habis2... ihiks!

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

ESOK MIE AKAN MEMULAKAN KERJA DI MUZIUM TELEKOM... DOAKAN MIE HAPPY KEJE DI SANA KEY!




Psstt : Sowie sume.. kerana tak sempat nak singgah semua blog. mie kena tdo nie.... esok kena bangun pagi. kejut umie tau!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:05 PM | 9 KomeNs

Kisah lalu - antara aku dan dia..

Wednesday, September 26, 2007
Semalam.. ketika mie berbual2 dengan salah sorg drp kawan mie kat YM.. tiba2 dia bagi mie URL friendster 'seseorang' untuk mie buka. Ingatkan sape la punyer.. sebab kat URL tu ada tertulis perkataan sayangyin. Sekali mie bukak, terpapar di badground friendster tersebut gambar seorang lelaki yg aaaaaaaamat mie kenali bersama seorang wanita. Mereka kelihatan mesra sekali. Dah lama tak menatap wajah lelaki ini.. Lelaki pertama pernah singgah dihati mie.. Lelaki yang mie pernah sayang gila2 dulu.. Lelaki yang banyak berjanji serta bagi mie harapan.. dan lelaki itulah juga yang telah kecewakan mie hidup! hidup!.. Lelaki yang langsung tak tahu menghargai kasih sayang mie.. Lelaki yang tak pernah memohon maaf dan langsung tak pernah cuba memperbetulkan kesilapannya. Itulah kali pertama mie merasakan sakitnya pabila putus cinta hingga wujud rasa dendam dan benci terhadap dia satu ketika dulu..

Malam 20 Oktober 2005...
Seminggu je lagik nak raya. Dia berubah! dia suruh mie melupakannya.. Langsung tak dinyatakan sebab kenapa dan mengapa dia berbuat begitu. Bila ditanya samada dia punya gf baru, dia menidakkannya.. "Sudah la tu.. sudah la.. die malas nak pk2 dah la.." itu je jawapan dia berkali2. Ntah kenapa peristiwa malam tu terasa segar je dalam ingatan nie. Kadangkala terasa sedih sangat.. kenapa tergamaknya dia buat begitu pd mie.. ape dosa mie pada dia.. sampai sekarang mie tak tahu. Padahal 2-3 hari sebelum tu hubungan kami sangat baik seperti biasa. Berbual di YM dan Skype. 2-3 hari sebelum itu juga mie telah poskan serunding ikan bilis buatnya.

Itulah malam yang paaaaaaling teruk mie rasa. Ntah berapa jam mie menangis membuatkan abg zely menyedarinya *mungkin tangisan mie agak kuat ketika itu* ketika bersahur pagi tu..

"Tadi abg zely ada dengar org menangis dalam bilik hang. siapa yg nangis?"
"Owh ye ke? tak tahu la"
mie menundukkan muka mie sedikit. konon nak sorokkan mata yg bengkak tu. tapi akhirnya terkantoi juga..
"Hang ke nanges? kenapa? gaduh dengan Kak Tun ke?"
Masa tu air mata nie laju je turun. Tak sempat nak menjamah sesuap nasik pun. mie bangun meninggalkan meja makan belari ke bilik dan mennanges lagik...

Pagi 21 Oktober 2005
Mie keluar dari bilik dan berlagak seperti tidak berlaku ape2 semalamnya.. tapi mie tak mampu sorokkan mata mie yang bengkak itu. Pada pagi itu juga abg zely dan kak lah bersiap2 untuk pulang ke kampung abg zely kerana mereka akan beraya di sana dahulu. Mie cuba mengelak dari bertembung dengan mereka dengan membasuh baju di belakang rumah. Betapa prihatinnya abg zely ketika itu.. dia tanya mie sekali lagi...

"Kenapa semalam?"
"Takde ape2"
*air mata mula bergenang*
"Abg Zely mintak maafla kalo umie rasa abg zely nie busy body.. nie pun sebab Kak Lah hang yang suruh abg zely tanya hang kot2 hang ada masalah ke ape"
"Takde pepe la.. cuma sedih sbb ada member rapat meninggal"
ntah bagaimana terkeluar kata2 berunsur penipuan itu.
"Owh ye ke? takpe la kalo macam tu.. cuma abg Zely nak nasihatkan, tak elok menanngis lama2.."
abg zely berlalu pergi dan mie menangis lagi...

Sampailah saat ini tiada seorang pun daripada ahli keluarga mie tahu apa berlaku pada mie malam tu. Kadangkala ada juga mereka bertanyakan tentang hubungan mie dengan lelaki tu. jawapan mie hanya OK jer.. biarlah.. biarlah mie tanggung sendiri. Hampir setahun juga la mie cuba membuang dia jauh dari sudut hati mie hingga mie bertemu dengan MFS yang juga turut meninggalkan mie pada akhirnya.. tapi syukurlah! perpisahan kali ke-2 langsung tidak menggugat emosi mie. Mungkin pengalaman sebelum tu membuatkan mie berfikir lebih matang dan dapat mengawal emosi mie dengan baik.

Kini semua tu dah jd kenangan buat mie. Kenangan yang mungkin takkan dapat dilupakan dalam hidup mie. Kawan mie ada bertanya tentang perasaan mie apabila melihat gambar tu. Mie senyum sendiri. Sungguh! tiada secalit pun rasa sakit hati, cemburu, marah atau sebagainya.. "Kenapa mie harus cemburu? mie dah bazirkan masa mie hampir setahun kerana memikirkan tentang dia.. kini mie harus pandang kedepan. Mie taknak kenangan masa silam mie merosakkan mood mie yang sedang BAHAGIA ini.. lagipun, mie tahu dia juga sedang bahagia kerana mie juga pernah mendoakan kebahagiaanya... :)

Di curik di friendster lelaki tu.. harap2 dia tak dakwa mie nanti. ihiks!



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita...

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka...

Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.. Insya'allah.


Psstt : Mie bahagia kini walaupun tanpa cinta seorg lelaki. Namun bukan bermakna mie akan terus begini. Insya'allah mie yakin, pasti ada seseorang yg bisa membahagiakan mie satu hari nanti. kan?
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 6:30 AM | 25 KomeNs

Terima kasih Kak Retna..

Monday, September 24, 2007
Pertama sekali mie nak ucapkan ribuan TERIMA KASIH buat Kak retna di atas jemputan berbuka puasa di rumahnya sabtu lalu. Majlis yg sederhana tapi cukup meriah dengan kehadiran Jun&Kak Carneyz, Kak Sheda, Shai dan Kiki. Menu yang di hidangkan ialah nasi briani, meehoon dan beberapa jenis kuih muih yg sedap2 belaka.. Salah satu darinya ialah karipap yg tak TerMakan akibat kekenyangan yg melampau. Nasib baik karipap tu inti kentang.. hehe kalo inti sardin sure akan wujud sedikit penyesalan kerana tidak membahamnya ketika itu.. ihikss!

Pepon, nasik briani yg kak retna hidangkan tu mmg power lah. Terima kaish sekali lagik kerana sudi membungkuskan nasik briani tu. Semoga kak retna sekeluarga akan dimurahkan lagi rezeki di bulan penuh barakah ini.. :)


* * * * * * * * * * *

Lagi seminggu(7 Hari) je lagi mie akan menamatkan title 'penggangur terhormat' di rumah nie.. dalam minggu terakhir nie, mie perlu bersedia dengan pelbagai aspek bagi memulakan tugas nanti. Diantaranya ialah pakaian.. dengan jawatan yg ditawarkan pada mie sudah pastinya mie perlu berpakaian formal untuk ke tempat keje. Berbeza dengan kerja mie sebelum2 nie yg bebas dalam soal berpakaian. Pakai jeans, t-shirt n slipar pun takde orang nak halang.ihiks! So, semalam pegi jusco beli beberapa helai baju dan kasut sebagai persediaan untuk bekerja minggu depan.. nasib baik ada beberapa helai baju keje yg lama masih boleh dipakai.. kalo tak, jenuh juga nak membeli yang baru..




Psstt : Dah 3 hari berturut2 makan nasi briani.. tapi kenapa tak muak2 ek? :p
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 7:15 AM | 6 KomeNs

TAG : Tentang Puasa & Hari Raya

Friday, September 21, 2007
Semalam dapat tag dari Honey.. di mana mie perlu menjawap soalan2 berkenaan dengan PUASA & HARI RAYA. Dengan tidak menunggu lebih lama, mie nak jawap sekarang la.. hehe Layannnnnn!


Sejak bila anda mula berpuasa penuh??
Seingat umie la.. sejak tadika lagik umie dah di latih berpuasa.. 'puasa yang-yong yok, masuk tengahari makan kat umah atok' muahaha. Tapi mula puasa penuh masa darjah satu(8 tahun) gara2 nak ganjaran yg di beri oleh pihak sekolah. hehehe.. *hadiahnya ialah set pensel tekan* klakor plak bila ingat2 balik.

Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya??
Saje2 ponteng tu tak pernah la.. tapi ada sekali tu umie tak puasa sebab jatuh telentang kat simen then sesak nafas. kakak pulak bg umie minum air suam dalam tengah sesak nafas tu.. itu je la yg umie ingat pun peristiwa puasa terbatal.. hehe.

Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun??
Mestilah! tiap2 tahun mesti main BUNGA API bersama anak2 buah.. even dah besar panjang nie pun. MERCUN tak pernah la.. sbb umie tak suka la bunyi mercun. Bising! Tapi, memandangkan kat umah umie nie ada 3 org anak buah lelaki dan seorang anak buah pompuan yg suuke sangat main mercun, terpaksalah pekakkan telinga dengar bunyi mercun tiap kali raya. Abang & abg ipar pun sekepala dengan budak2 tu main mercun.. adeih!

Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka??
Makanan kegemaran mestilah semua masakan mak.. tapi memandangkan mie tinggal berjauhan dengan mak, mie makan ape sahaja yg ada di depan mata. hehehe!

Lagu raya manakah yang anda suka??
Semua lagu2 raye yg lame2..

Tahun ini anda beraya di mana??
Kampung Bukit Sapi, Lenggong Perak nan indah.. hehe. alahai kampung ku.. aku merinduiMU.. ting.. tong..!

Pernahkah anda bertugas di hari raya??
Tak pernah.. mie rela benti keje kot kalo kena bekerja di hari raya.. hehe ntah la.

Apakah kenangan paling manis di hari raya??
Kenangan paling indah ialah apabila seluruh ahli keluarga mie berkompol diruang tamu bergurau senda sambil berbual mesra & Bahagia sangat!

Sebarkan tag ini kepada 8 orang sahabat yg dah tak sabar2 nak raya.. ihiks!

1. Kak Zura
2. Kak sheda
3. Acai
4. Pokcik (MZ)
5. Chii
6. Kak Nizie
7. Bro Izali
8. Kak jie

1st time mie tag owang nie.. so, jawab lah kowang plk yek! bukan ape, nak gak berkongsi cerita2 pasal puasa & hari raya nih. Tapi, kalo rasa2 malas atau sibuk tu abaikan jer la.. :)

Pssst : Rasa macam artis menjawap soalan dari pihak media plak mie rasa.. ihikss!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 12:24 PM | 10 KomeNs

Rezeki di Bulan Ramadhan

Wednesday, September 19, 2007
Sejak 2 menjak nie badan2 mie lemah sangat.. lenguh2 dan tulang belakang mie sakit.. "Iks umie nie. sakit belakang la.. lenguh2 la.. macam orang tua pulak" ingat lagi kata2 mak minggu lalu. Mie sendiri pun pelik kenapa boleh jd macam nie.. makin hari makin melarat je rasanya. Pegi klinik doktor cakap kemungkinan sebab tilam yg mie tdo tu tak sesuai untuk mie. Balik je umah terus ajak abg zely cari tilam spring(baru).. ingat nak beli VONO jerk. skali beli tilam brand KING KOIL. kualiti lebih baik dari VONO kot.. sbb mahal gilerss! dalam 4++.00 gitu.. tapi, tak kisah la kan.. bukan nak pakai sehari dua pun tilam tu.. kurang2 kalo mie dah kawen nanti, mie bagi anak2 mie pakai pulak *cett.. KONON!! ntah tahun bila la nak kawen tu..* ihiks!

Dah 2 hari tdo menggunakan Tilam tu.. alhamdulillah TIADA LAGI KESAKITAN.. betul cakap doktor tempoh hari. Tapi sebenarnya memang patut mie tukar tilam mie yg sebelum nie dgn yg baru pun.. sebab dah lama giler pakai tilam tu. Spring2 dia pun dah rosak. Kalo kat kampung, mie suke tdo atas tilam kekabu yg mak buat je.. memang selesa! Ingat nak je bawak tilam kekabu tu ke KL. Tapi nak sumbat kat mana? Bantal2 mie sume bantal buatan mak dari kekabu. rasa selesa sangat tido menggunakan bantal kekabu dari bantal span nie.


Semalam abang zely keluar outstation ke AFRIKA selama sebulan atau mungkin lebih.. dan ini merupakan kali ke-2 dia beraya di negara orang. Kadangkala mie terfikir.. sanggup kah mie nanti berjauhan daripada suami 2-3 bulan dan beraya tanpa suami. Erm, maybe sanggup la kot. Orang lain boleh, kenapa kita tak. Lagipun bukan hubby kita nak balik umah bini ke-2 atau pg berpoya2.. kan? kan? Har... har.. har..! cuma kesian kat budak2 la.. macam aina semalam masa hantar abg Zely kat LRT, memang nampak dia cam biasa je. Tapi jauh disudut hati dia siapa tahu? Lagi2 abg Zely rapat dengat dia. Arif lak masa abg Zely pegi tu tgh tdo. Tapi, masa terjaga dari tido tu dia tercari2 jugak la ayah dia.. Sebelum abg zely berangkat dia bagi mie duit raya RM500.00.. YeeahHooo!! kan dah mie cakap, abang ipar mie tu sporting sangat!! hehehe.. tak sabar nak sambar sebijik jam tangan SWATCH la.. la.. la..

Sempat la Aina&Arif bermain bunga api bersama2..


Pagi2 semalam mie juga telah pergi TEMUDUGA kat MUZIUM TELEKOM... pagi2 tadi pula mie dapat tahu bahawa mie telah di terima bekerja di MUZIUM TELEKOM tu bermula 1hb Oktober nieh.. syukur alhamdulillah! cuma rasa terkilan sket sebab tak dapat beraya lama2 kat kampung seperti yang mie angan2kan.. Iyer la, dah bekerja kan.. so kena la ikut cuti yang di beri oleh pihak pengurusan. adeih!

Pepon, rasanya tak ramai yang tahu mie tak bekerja sekarang.. pada sesiapa yg telah di kelentong oleh mie dgn menyatakan mie bekerja tu, mintak ampun.. mintak maap.. hehe tak baik marah2 di bulan penuh barakah nie.. jom kita layan lagu nie sebelum mie menjadi WANITA BEKERJAYA.. Muahahaha... Terima kasih yang teramat sangat pada En. shaizhar bin abu bakar.. kerana inform pasal jawatan kosong tu...... :) Insya'allah, ada rezeki lebih, saya banje.. ihiks!

Sudirman - Aku Pengganggur

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur


Pstt : Harap2 29hb nie dapat join majlis berbuka buasa anjuran Msjbox. Dah la mie yg cadangkan wat kat Kunang-kunang tuh.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 7:43 AM | 12 KomeNs

Peristiwa di KFC..

Friday, September 14, 2007
Malam rabu aritu.. Orang lain sibuk bertarawikh, mie dan adik badek mie lak pegi celebrate besday anak saudara mie(Muhammad Nazirul Akmal) kat KFC sebelah carrefour Wangsa Maju. iks.. iks.. iks..! Takder la meriah sangat. Just buat untuk ahli keluarga je. Pada mulanya cadang taknak buat.. tapi tau la budak2 kan, tau ape.. so perancangan di buat pun last2 minit je. tempah tempat, kek dan beli hadiah pun last2 minit.. sudahnya hadiah mie tak sempat berbalut.. hehehe

Sebenarnya mie suka bila diadakan majlis2 macam nie.. sebab masa nie la kami adek badek akan berkompol makan bersama2.. dan belbagai cerita di borakkan. memang kami tinggal satu umah kecuali Kak mah sekeluarga yg tinggal berasingan di Pandan Perdana. Tapi, kami jarang duduk makan semeja. Ada pun masa balik kampung dan ayah n mak ada jerk..

Hadiah termahal Akmal dapat ialah Hand Phone. Diberi oleh abg Zely.. bertuahnya anak buah mie nie.. mak sedara dia pun tak pernah dapat hadiah Hand Phone dari sesape tau! Pakai Hand Phone buruk je.. huhu mie tak kisah pun sebenarnya. Janji boleh dipakai.. ihiks!

Ada satu lagi peristiwa berlaku masa tu.. masa mie nak pg basuh tangan, mie ternampak 'seseorang lelaki' yang mie teringin sangat nak jumpe selama nie. Tapi, di sisi lelaki tu ada seorang perempuan. Mesra betul diorang.. pantas mie capai talifon bimbit mie dan call salah sorang dari member mie yg turut kenal dengan lelaki tu.

Ja.. aku jumpe *#%&^ kat KFC la..
Iye ke? biar betol..
Betol la. aku kenal sangat.. dia langsung x berubah.
Ko tegur dia tak?
Tak la.. niat nak tegur dia td. Tapi ada pompuan la dgn dia. Mesra je aku tgk.
oOoOo.. tapi aku dengar2 la yg dia dah bertunang..
Ye ke Ja? kenapa aku tak tahu pun????!!
Aku dah lama nak cakap sebenarnya.. tapi tak tercakap. Sori yer mie..
Erm.. takpe la Ja. terima kasih yer bg tahu aku pasal nie.


Sedihnya! tapi kenapa yer?? Erm mungkin sebab.. 2 tahun lalu, dia pernah menjadi sahabat paaaaaaaling baik dan rapat dengan mie.. ntah macamana satu hari tu dia luahkan perasan dia pada mie.. tapi ketika itu mie dah ada orang lain iaitu Mr'ex'.. Mie cakap kat dia yg kami(mie&Mr'ex') dah rancang nak bertunang pun.. sejak dari hari tu dia mula menjauhkan diri dari mie.. dia pindah umah dan tukar no. hp pun tak bagi tahu mie.. kitaorang Lost contact terus. Sedih sangat! selama kami berkawan memang mie juga ada menaruh hati pada dia. Tapi takkan la mie yg nak mulakan dulu. Lama kami berkawan tapi dia tak luah2 pun.. tu yg mie terima Mr'ex' tu.. skali, jodoh mie dgn mr'ex' pun tak panjang.. betul kata dia, mie tak sesuai dgn Mr'ex'.

* * * * * * * * * * *

Memandangkan kami tak masak untuk sahur pagi khamis(semalam), kami sume pakat2 bersahur di luar.. rasa lain la bersahur kat luar nieh.



Pada malam tu juga mie dapat baaaaaaaaanyak kiriman sms dari kawan2 mengucapkan 'Selamat Berpuasa'.. Terima Kasih Sumer
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:13 PM | 11 KomeNs

Salam Ramadhan

Thursday, September 13, 2007
Do'a Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan:


"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya."


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.

Dapat kita bayangkan, yang berdoa adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasulullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumat.


* * * * * * * * * * * * * *

Nauzubilllah... umie dapat pesanan ini dari YM dan ingin berkongsi dengan kalian. Melalui pesan ini juga, mie ingin memohon maaf pada SESIAPA sahaja sekiranya selama ini mie memiliki kesalahan, baik yang tidak disengaja maupun yang disengajakan.

Di kesempatan ini juga, mie ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA buat seluruh umat islam.. Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan dan kebahagiaan yang dicari selama ini.


Harapan Ramadhan - Raihan dan Man Bai

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Nak MENDOWNLOD klik kat SINI



HADIRMU DIRINDUI, PERGIMU DGN HARAPAN DAPAT JUMPA LAGI, KUKUHKAN TARBIYYAH, GANDAKAN IBADAH, MANTAPKAN JUNDIYYAH…SELAMAT MENJALANI DAN MENIKMATI IBADAH PUASA…SALAM PERJUANGAN MENGAPAI LAILATUL QADAR!! SELAMAT BERJUANG MERINTIH REDHA, RAHMAT DAN KEAMPUNAN ALLAH S.W.T. SEMOGA RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BERMAKNA BUAT SEMUA..
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 2:38 AM | 4 KomeNs

Jemputan melantak laksa sarawak&karnival Sek Keb Pandan Perdana

Monday, September 10, 2007
Malam jumaat aritu dapat sms dari Jun.. dia ajak makan laksa sarawak kat umah dia petang sabtu tu. mie yg sememangnya hantu laksa nie pon sedikit teruja nak pegi. Teringin gak nak rasa cemana rasa laksa sarawak tuh.. kalo nak diikutkan umah Jun dengan umah mie dekat je.. tapi oleh kerana mie tak pasti kedudukan sebenar umah dia kat gombak tu, mie sms kak sheda dan kak retna.. pastu dapat sms dari kak yatt yg mana dia pun nak pegi tapi tak tahu jalan so, mie ajak dia konvoi skali dengan kak sheda dan kak retna.

SABTU
Pagi2 lagi kak lah kejut ajak pegi SOGO.. ada sale gila2 katanya.. huhu mie bukan la kaki shopping pun exceli tapi bila dah ada org ajak, ringan je kaki nie nak mengikut. ihiks! shopping punya shopping x sedar jam dah menunjukkan hampir jam 2 petang.. oleh kerana dah janji nak pegi umah Jun, mie bagi tahu kak lah yg mie nak balik naik LRT.. barang2 yg mie beli pun x sempat nak bayar dan hanya menyuruh kak dah tolong bayarkan.

Masa nak naik LRT tu mie terkejut sangat sbb punyer la ramai umat masa nak beratur beli tiket tu. Nak beli guna mesin, syiling lak takde! Erm.. sejak mie ada motor, inilah kali pertama mie naik LRT. Tak sangka lak orang leh ramai sampai macam tu sekali. Maybe sebab ini adalah minggu terakhir sebelum kita berpuasa khamis nie kot. So, org sibuk shopping baju raya. hehe.. destinasi mie ialah stesen wangsa maju. Kak yatt menanti mie di sana. Terima kasih kak yatt kerana sudi pickup mie kat wangsa maju tu. Dari wangsa maju kami menuju ke shell (kat restoran kunang2).. kerana kak sheda dan kak retna menanti kami di sana.

Sampai2 je umah Jun, kelihatan kak aida duduk bersimpuh sambil menjilat2 jari.. Wah! mesti sedap laksa sarawak tu, kalau tak masakan kak aida sampai menjilat2 jari (hahaha ayat rekaan semata2. mana ada kak aida jilat jari pun. jangan marah kak aida yerk :p) kak aida sorang je dengan Jun.. sementara kak carneyz keluar hantar kawan dia balik. Erm, nasib baik ada mertua ko Jun.. ihik! Pepon, laksa tu memang unik la rasa dia.. lain dari yg lain. Terima kasih Jun & kak carneyz coz sudi menapaukan laksa sarawak tu untuk mie.. dapat la adik badek mie merasa sikit sorang.. hehe.. Balik tu mie tumpang kak sheda. TQ kak sheda!


OoOo macam nie ghupenya laksa sarawak

Mie&Kak aida yg chomel :p

Diantara yg hadir

Klik SINI untuk lihat lain2 gambo. Pinjam kak retna punyer link picasa :p


AHAD
Mie pegi Sekolah Ren. Keb. Pandan Perdana.. ada karnival di sekolah anak buah mie yg lelaki tu. Saje je menghabiskan masa di karnival tu.. daripada tak buat ape2 kat umah. Meriah sangat karnival yg diadakan. Seronok tengok gelagat budak2 menjayakan xtvt sekolah mereka tu. Teringat pula pada zaman mie di sekolah rendah dulu. Memang juga diadakan karnival seperti itu tapi tak semeriah karnival yg diadakan di tengah2 ibu kota tu.

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 9:51 PM | 8 KomeNs

Tinggal Kenangan

Friday, September 7, 2007
Tiada lagik kedengaran bunyi loceng2 mikie&minie di luar umah...
Tiada lagik kedengaran suara malam, bulan & bintang mengiau meminta makanan...
Tiada lagik kelihatan kucen2 mie bekejar-kejaran bermain2 dihalaman rumah...

Semuanya dah tinggal kenangan. Setelah kesemua kucen2 mie di hantar pulang ke kampung minggu lalu.. Mikie&minie dijaga oleh mak&ayah, manakala Malam, Bulan & Bintang di jaga oleh ibu saudara mie yg tinggal bersebelahan rumah. Rindunya kat mereka.. rindu nak usap tubuh mereka yg lembut tu dan rindu nak bermain2 dengan mereka.. ada gak 2-3 kali call mak&ayah bertanyakan keadaan kucen2 mie. Mak kata mereka Ok je. Mereka tak merayau2 jauh2.. dan dah pandai MEMBUANG di dalam toilet. hehehe ayah yg ajar kata mak.

Ape yg mie risaukan adalah keadaan Malam, bulan dan bintang. Iye la.. mereka tu kan masih kecil dan tiada ibu. So, peluang untuk hidup tu tipis sangat! Mie berharap sangat raya nie dapat lihat kelima2 ekor kucen tu dlm keadaan sihat dan comel.

MIKIE

MINIE

BULAN

BINTANG

MALAM


Psst : Rasa suunyi sangat!!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:56 AM | 6 KomeNs

Merdeka & Tag (5 benda....)

Tuesday, September 4, 2007

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA.. Nampaknya bahang 50TH KEMERDEKAAN masih terasa walaupun tarikh keramat 31 ogos telah berlalu.

Pada tarikh tersebut juga mie & adik beradik pulang ke kampung(malam semalam baru balik KL).. rindu sangat dengan ketenangan, kedamaian dan kesegaran udara di kampung.. sebelah malamnya kami berkumpul diruang tamu sambil mendengar cerita2 dari mak n ayah tentang kisah mereka dizaman sebelum KEMERDEKAAN. Asyik sangat mak n ayah becerita hingga kadang kala jelas kelihatan bekerut2 wajah mak n ayah ketika mengigat kembali keperitan hidup di zaman itu.

Dari cerita2 mak & ayah, mie dapat rasakan bahawa KEMERDEKAAN lebih bermakna buat golongan2 yang pernah hidup di zaman penjajah kerana mereka pernah merasai keperitan hidup di zaman itu berbanding dengan generasi muda yang mana mereka hanya mendengar melalui cerita ayah dan datuk mereka tentang penindasan yang telah dilakukan oleh penjajah terhadap rakyat jelata. Di sini mie dapati perbezaan antara dua golongan iaitu yang tua dan yang muda dalam mengerti erti kemerdekaan. Golongan tua menyambut merdeka dengan penuh perasaan hiba sedangkan generasi muda kebanyakannya hanya tahu melompat menjerit perkataan MERDEKA sedangkan diri mereka disalut dengan budaya penjajah.

Apapun, mie berbangga dan bersyukur sangat dengan KEMERDEKAAN yang di kecapi oleh malaysia tanpa berlaku pertumpahan darah. Kini penjajahan berlaku lagi biarpun berlaku tanpa serangan senjata ke arah kita (tanpa kita sedari) kerana ianya berlaku sekarang dalam bentuk penjajahan minda serta budaya.

Tamat cerita tentang KEMERDEKAAN..

* * * * * * * *

Sekarang mie nak jawab tag dari sis honey , kak nizie & shaira pula.. *maaf yer sbb lambat jawap.

5 benda dalam beg saya
-Camera digital (kadang2 je bawak)
-Tumb-drive
-Air masak
-Pen/buku nota
-Tisu

5 benda dalam beg duit saya
-Mykad
-ATM kad
-Driving license
-Wang kertas (syiling takde sbb takde tempat letak syiling pun..)

5 benda faveret dalam bilik bujang saya
-Katil
-Komputer
-Radio
-Gambar mak&ayah
-Hadiah dari kengkawan

5 perkara yang saya TERINGIN SANGAT nak lakukan
-Bawa mak&ayah menunaikan umrah
-Belikan kereta baru untuk ayah
-Sambung belajar
-Kawen (Semestinya! tapi.. lom ada calon.. sob..sob.. )
-Bercuti di pulau

5 perkara yang sedang dilakukan
-Tengah jawab tag nie la.
-BerYM
-Dengar nasyid
-Berangan
-Sms dengan seseorang.. :p

5 orang yang saya nak tag?
-Mikie
-Minie
-Malam
-Bulan
-Bintang
--->> Semua nama2 tu bukan blogger@orang tapi kucen2 umie.. muahahaha.. tak tahu nak tag sape dah.. sbb rasanya macam sume dah kena je :p



Psstt : Rindu sangat kat kucen2 mie.. :( sob.. sob..
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:01 PM | 9 KomeNs