Selamat tahun baru & azam mie..

Wednesday, January 2, 2008
Cepatnya masa berlalu.. dah sebulan lebih mie tinggalkan blog nie dalam keadaan tak berapdate. 2007 pun dah berlalu.. harap masih tak terlewat untuk mie mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua rakan2 bloggers dan sume rakan2 yang tak jemu2 singgah di blog mie nie. Terima kasih yer kengkawan kerana tak jemu2 kesini.

Mie taknak lah cerita kenapa mie dah jarang nak apdate blog skrg nie. Pada sesiapa yg tertanya2 dan musykil tu harap hentikan dari terus berperangsangka yg bebukan. Sebab ianya takde kena mengena dengan sesiapa. Tengok lah! kot2 masuk tahun baru nie mie akan kembali aktif berblogging macam dedulu ke.. hehe.

Hujung minggu aritu mie telah pulang ke kampung kerana bapa saudara mie meninggal(abang sulung ayah) arwah meninggal kerana sakit kencing manis, jantung dan darah tinggi.. di tambah dengan usia yang yang menjangkau 84 tahun. antibodinya pun maybe dah lemah nak lawan penyakit2 nya tu. al-fatihah untuk arwah.. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman. Insya'allah.

Masa hari kejadian, mie telah terserempak dengan kak zura. Tak sangka leh jumpe dia kat kampung.. dari situ, sah/kompon lah bahawa kami sememangnya punya pertalian. Sedara jauh2 mungkin. Sbb ayah kata dia kenal ayah kak zura tu. Kecoh skejap mak kak zura n mak mie becerita kat sedara2 yg ada ketika itu tentang pertemuan kami di KL.

Sempena tahun baru nie mie telah cipta satu lagi azam iaitu meningkatkan keperihatinan terhadap ayah dan mak.. (betul ke ayat mie nie?) hehehe maksudnya mie akan memberi tumpuan lebih dari yang biasa pada mak & ayah. Lebih2 lagi terhadap tahap kesihatan mereka. Ada 2-3 lagi azam baru mie. Segan lak nak cerita... ihiks! (bukan nak KAWEN ea... :p)

Gambar diambil masa kenduri kawen kakak mie aritu.

Pssstt : Baru je jumpe mak & ayah.. tapi rindunya pada mereka bagaikan setahun x berjumpe.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:32 AM | 10 KomeNs