Cerita dh lapuk - Tentang Aidilfitri

Friday, October 26, 2007
Bismillahirrahmanirahim.... & Assalamualaikum sumer!
Waaa, lamanya mie tak apdate blog nie.. msg2 kat msjbox pun banyak tak terjawap.. maaf yer sumer. Nie mie nak citer serba sedikit tentang sambutan Aidilfitri mie tahun nie. Erm, rasanya macam dah agak terlewat untuk mie cerita kan? Tapi, demi untuk tidak menghampakan sesiapa yg nak sangat tahu sambutan Aidilfitri mie tahun nie, mie ceritakan juga la. so, layann jer la yerk....

Alhamdulillah.. ntah kenapa mie merasakan Aidilfitri tahun nie lebih bermakna, sempurna dan gembira sangat dari tahun2 yang lepas walaupun masa untuk bersama seluruh ahli keluarga terasa amat singkat berbanding tahun2 yang lalu. Mie pulang ke kampung petang khamis 11 okt lalu(selepas tamat waktu kerja) bersama kak tun & tunangnya. Keadaan jalan menuju ke PERAK agak sesak ketika itu membuatkan kami tiba di kampung agak lewat ketika itu(kira2 jam 11.00pm)

JUMAAT-12 okt
Memandangkan mie merupakan ahli keluarga yg akhir2 sekali pulang ke kampung, tak banyak persiapan yg perlu mie lakukan kerana kakak2 & bibik yg pulang lebih awal telah melakukannya. Kesian diorang.. selalunya tiap kali raya, bab2 kemas mengemas nie akan dilakukan oleh mie. Cuma jika ada yg tak betul tu mie ubahkanlah sikit2.

Seperti tahun2 yang lalu, lemang dan ketupat menjadi menu wajib dibuat oleh kami. Antara 2 menu tu mie lebih berminat pada ketupat palas. Sedap sangat bila di cicah dengan rendang. yummy!



Pada malam raya plak seperti dah jadi satu kewajipan bagi abang mie melayan kerenah anak2 buah mie bermain mercun dan bunga api. Naik pekak la telinga nie dengar bunyik mercun2 diorang tu berselang seli dengan bunyi mercun dari kampung sebelah. Geram! nak hayati takbir raya pun tak tenang. ihiks..



HARI RAYA PERTAMA
Program dipagi raya tak ubah seperti orang lain kot. Lepas je semayang raya, kami adik beradik berkumpul di ruang tamu bagi sesi salam bersalaman dengan mak&ayah. Dimana ia merupakan salah satu program yg mie nanti2 kan bila tiap kali aidilfitri menjelma. Saat tu mie rasakan mie merupakan seoarang yang sangat bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga tu. Syukur sangat! saat itu juga jelas kelihatan air mata mak&ayah bergenang. Mungkin air mata kebahagiaan atau mungkin juga sebaliknya. Lepas selesai xtvt salam bersalaman itu, kami ziarah kubur sedara mara yg telah kembali kerahmatullah terutama kubur arwah kakak sulung mie.. semoga beliau tenang dan berada bersama2 orang2 beriman di sana. ameeen.


Sebaik pulang dari kubur, kami singgah rumah saudara mie. Tak sempat nak lepak lama2 ayah dah panggil balik umah. Ada orang datang beraya katanya. Sejak dari saat tu, tak putus2 orang datang. Nasib baik ada bibik. Kalo tak, kelam kabut juga jadinya.. mana taknya, sekali orang datang sure penuh ruang tamu tuh. hehehe terasa meriah jerk umah. Dipendekkan cerita masa hari raya pertama tu kami adik beradik tak sempat nak beraya kemana2 la. Sebab orang datang sampai malam.

Hari Raya kedua juga seperti hari raya pertama. Orang masih datang dan datang berkunjung ke rumah. Raya Ketiga, keempat baru kurang sket tetamu yang datang. Dari situlah kami adik beradik mengambil kesempatan untuk keluar menziarahi sedara mara dan jiran2.

HARI RAYA KELIMA(SELASA)
Mie sepatutnya pulang ke KL. sebab keesokkannya mie dah mula kerja. Tetapi memandangkan cuti adik beradik mie yang lain masih panjang, mie dikehendaki pulang sendirian. Iye la, mie kena fikir gak.. takkan kerana mie diorg semua kena ikut pulang KL sedangkan cuti mereka masih panjang kan. So, nak taknak.. mie kena balik sendiri menaiki bas. Tapi nasib tak menyebelahi mie. Tiket bas sume dah habis. Mie takde jalan lain melainkan mintak cuti utk keesokkan harinya. Mak juga menasihati mie agar bercuti kerana kesihatan mie yang mengizinkan ketika itu.

HARI RAYA KEENAM(RABU)
Alhamdulillah mie selamat sampai ke KL kira2 jam 12malam dan bersedia untuk memulakan tugas di MUZIUM TELEKOM keesokkan harinya.. :)

Psstt : Dah lama wat entri nie benarnya.. hari nie baru sempat publish. Ihiks!

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 8:51 AM | 7 KomeNs