Luahan hati

Thursday, June 28, 2007
Ada bf?
Takder..

Tipu la.. org cantik cam ko takkan takde.. *iks! cantik ke aku? (terperasan skejap)*
Betul la. sekarang takde.. dulu2 ada la..

Owh! ye ke.. bila break up?
awal tahun aritu.

Dengan siapa?
Ko tak kenal.

Dia dah kerja?
Masa tu dia masih belajar. skrg dah abes.. bulan 8 nie dia mula keje.

Kerja ape?
Doktor.

Siapa yg mintak break up?
Dia.

Kenapa?
*diam*


Selalu sangat dapat soklan2 nie. dalam banyak2 soalan tu, mie paling tak suka soalan yg terakhir tu. ntah kenapa bila diajukan soalan tu, mie pasti akan terdiam skejap, jiwa mie memberontak, tertekan dan macam2 lg perasan yg timbul. mungkin mereka nampak mie ok je saat tu, tp dalam hati nie, tuhan je yg tahu. ikutkan hati, mie taknak ingat walau sesaat pun kenangan2 antara mie ngan MFS dan ape yg dah dia lakukan terhadap mie. muak dan buang masa memikirkan tentang lelaki2 yg kononnya bijak tapi langsung tak tahu nak menghargai seseorang. tapi, oleh kerana mie tak nak org buat andaian yg bukan2 terhadap mie.. jadi, mie harus ceritakan pekara sebenar. jika dia mengatakan mie sengaja menjaja cerita untuk mendapat publisiti mahupun simpati. pegi mati!!

Beberapa bulan lalu mie seolah2 seperti orang bodoh dan keliru pabila memikirkan tentang alasan MFS meninggalkan mie dengan menjadikan agama sebagai alasan. kenapa ini terjadi pd aku? kalau dia seorang yang religous, pegangan agama aku tak kuat kah hingga dia sanggup meninggalkan aku? aku tak setaraf dia kah yang baru je begelar doktor? itu diantara persoalan2 yang sering timbul dalam diri mie hingga kadang2 mie rasa sangat rendah diri. jadi mie perlu cari jalan penyelesaian bagi kekeliruan tu dengan meminta pendapat orang lain. mie ceritakan pada kawan2 mie dari A-Z kenapa dia meninggalkan mie dan majoriti kawan2 mie langsung tak bersetuju dengan alasan dia meninggalkan mie ditambah pula ketika itu ada 'seseorang' yang sering mengganggu mie dengan menceritakan tentang keburukan MFS. sukarnya nak percaya hingga satu hari mie YM MFS dan cuba selidik sejauh mana kebenaran cerita dari 'seseorang' itu. di awal perbualan kami, mie agak kecewa sebab dia langsung x bukak cerita tentang ape yg 'seseorang' itu bg tahu pada mie tapi ntah bagaimana diakhir perbualan kami...

.... . : awak kenal pompuan tu slps saya kan
.... . : saya tahu..
MFS : hah?
MFS : mana awak tau?
.... . : sbb tu saya fikir
.... . : awk sengaja jadikan alasan agama tu
.... . : takpe la awak.
MFS : takpe la.. padan muka sy
.... . : saya terima qada n gadar nie...
.... . : allah sengaja nak saya tahu
.... . : kebenarannya
.... . : mie pun pelik
.... . : kenapa mie harus tahu sume tu
.... . : padahal mie dh cuba buang segala2nya ttg awak
MFS : atau pun Allah nak ajar, jgn percaya lg pd manusia yg nmpaknya religious
.... . : saya dh taknak cakap ape2 dh
MFS : sbb dia*pompuan yg dia jatuh hati tu * pun religious jugak
.... . : segalanya dh jelas
.... . : saya serahkan semuanya pd allah
MFS : sy minta maaf... sbb semua ni

MAAF?? semudah itu!! Segalanya dah terbukti. die memang sengaja mempergunakan agama untuk melepaskan diri. mie sedih sangat.. kalau benar dia tinggalkan mie disebabkan perempuan lain, kenapa perlu mempergunakan agama sebagai alasan? ape salah mie pada dia? pada keluarga dia? hingga sanggup mempermaikan dan memperbodoh2kan mie sebegitu rupa.

Pada MFS (mie tau, dia pasti akan masuk blog mie)
pls la.. awak dah memperbodohkan saya yang mungkin kurang ariff tentang cinta dalam islam nie, jadi jangan la awak memperbodohkan rakan2 cyber awak. saya tahu ape yg awak cakap tentang saya. kalaulah benar awak dah jatuh hati pada org lain ketika itu, kenapa la tak berterus terang dari awal.. tak payah mie tercari2 jawapan sebenar dan keliru dengan pendapat2 kawan2 mie.

Adeih!! sekali lagi nak cakap kat sini bahawa ape yg mie cerita nie bukan nak cari publisiti mahupun simpati tapi ianya semata2 luahan dari hati... :)


* * * * * * * * * *

NOTA TAMBAHAN :-
Nampaknya macam ramai je yg tak paham tentang alasan agama tu... so, DISINI terdapat email yang MFS kirim pada mie beberapa bulan lalu.. email yang terkandung sebab kenapa dan mengapa dia meninggalkan mie. masa nie mie tak tahu lagik sebab sebenar dia tinggalkan umie... layan je la ek!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:56 PM | 26 KomeNs

Riang Ria Di DESA WATER PARK..

Sunday, June 24, 2007
SABTU - 23 JUN 2007


Yeaahhh!! akhirnya rancangan bermain air di DESA WATER PARK yang asyik tertangguh2 beberapa minggu yang lalu terlaksana juga. excited sungguh kami adek beradek ngalahkan aina n ariff lak.. kami mula berangkat ke DESA WATER PARK kira2 jam 12.00 tengahari dan sampai di DESA WATER PARK kira2 jam 12.45 tengahari. permulaan xtvt kami ialah makan tengahari bersama2 dan selepas zohor, kami sekeluarga pakat2 terjun kolam. hehe...

Ini merupakan kali ke-2 mie bersama keluarga bermain air di DESA WATER PARK. kalo dulu, umie paling takut nak main gelunsur air yang tinggi tu*btol ke ek nama dia? , sekarang mie dah berani sket. 2-3 kali gak la main mende alah tu.. cuma, penat la naik tangga sampai ke atas tu.. tapi, paling best adalah main ombak la.

Syukur alhamdulillah.. xtvt kami sekeluarga berjalan lancar tanpa sebarang masalah. cuaca ketika itu juga amat baik sekali. kami pulang ke rumah kira2 jam 6.00 petang. masa balik tu kami melalui SMART TUNNEL. mie jadi jakun skejap masa dalam terowong tu. dalam hati asyik berkata2 "iks! macamana aku leh tak tahu tentang SMART TUNNEL nie? sah2 tak mengikuti hal2 isu semasa. hehe..." abang zely cakap, ada satu lagi terowong yang dinamakan 'TEROWONG PENGURUSAN BANJIR' mungkin selepas nie risiko untuk KUALA LUMPUR DILANDA BANJIR agak tipis.


Sebelum tiba di rumah, kami sekeluarga singgah di restoran yang terletak di PANDAN PERDANA tempat yang biasa kami sekeluarga makan. Terima kasih buat abg baha(abg ipar) kerana belanja dinner kami malam tu.


* * * * * * * * *

AHAD - 24 JUN 2007

Oleh kerana seharian(semalam) penat bermain air, hari ini adalah hari rehat buat kami sekeluarga. rehat dari xtvt2 luar.. tapi, mie takde la rehat mana pun sebab pagi2 lagi dah sibuk mengemas bilik. mengemop lantai, tukar cadar dan membasuh baju yang bertimbun. juga memandikan Mr'Black' kesayangkan mie tuh. pabila segala kerja umah dan selesai, bosan la pulak. masa tu kaki terasa gatal nak ajak Mr'Black' jalan2. cuba call 2-3 orang member mie. huh! semuanya sibuk berdating. adeih! nasib mie la tak berpakwe.. tersedih skejap!

Psssstt : Kempunan nak makan durian... huhuhu...
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:38 PM | 6 KomeNs

Tugasan Dr. K.dHia - Gambo masa kecik2.

Wednesday, June 20, 2007
Entri kali nie umie nak buat tugasan yang diberi oleh kak dhia beberapa minggu yang lalu. Maaf yer kak dhia coz lambat wat tugasan yg diberi. rasanya umie org pertama sekali dapat tugasan nie tapi nampaknya org2 yg kemudian2 tu dulu yg dah siapkan tugasan diorang. macamana la tu ek.

Semalam puas mie carik. takde pun gambo mie sorang2 masa kecik2. tapi, gambar abang mie sorang2 banyak lak. erm, mungkin masa kecik2 mie nie jenis low profile n tak suka diambil gambar kot.. ahakss!. tapi, gambo mie ngan abang mie ada la..

bergambo bersama radio yg baru dibeli

adeih! mcm anak org minyak dh mie nie



Nah!! itulah diantara gambo mie ngan abang mie masa kecik2. kalo nak ikutkan masa tu abang mie lagi cerah dari mie. mak plak suka cakap yang mie nie bukan anak dia. mak slalu kata mie nie anak buluh betung sbb mie gelap. hahaha masa tu sedih gak la bila mak cakap camtu kan. tapi, bila dh besar sket baru paham yang mak sebenarnya bergurau. mak kata, dulu2 masa umo mie 3 tahun mak dah bawak turun bendang. mie ditinggalkan kat dangau*selain dangau org panggil ape ek?* sementara menunggu mak n ayah tanam padi. kakak2 n abang mie masa tu sume sekolah. iks! sebab la mie nie gelap gulita masa kecik2 ek.. ;;)hehe

psst : Nape tak bleh nak bukak blog kak dhia yer.. dia dh tutup blog ke?

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:37 PM | 10 KomeNs

Minggu Bahagia..

Monday, June 18, 2007
SABTU 16 JUN 2007



Nampaknya sume dah wat citer mengenai HARI WEBLOG SEDUNIA nie.. so, mie rasa tak perlu la mie citer dengan panjang lebar lagik kat blog mie nie. lagipun mie tak join Thunt pun. cuma join potluck je. pepon, mie enjoy sangat2 hari tu. mie suka saat makan ramai2 atas tikar tu. terasa ukhwah yang terjalin diantara ahli2 Msjbox amat erat. mie berharap satu hari nanti Msjbox akan buat piknik lak kat tepi pantai ke atau mana2 je la. sure bestt kan??!

TAHNIAH buat Warga Msjbox yang mengambil bahagian dalam acara Treasure Hunt anjuran Geng Jurnal diatas kejayaan mereka mengungguli tempat ke-3 teratas dan anggaplah kehadiran mie ke sana sebagai satu sokongan.. :)

SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH buat Geng Jurnal yang sudi menjemput ahli2 Msjbox menjolikan diri diHARI WEBLOG tu. Hope lepas nie, leh la jemput kami lagi untuk mewarnai xtvt korang. (hehehe maksudnya memeriahkan lagi xtvt korang.. :p )

SORRY buat Chii coz buat dia menunggu lama kat Petaling Street aritu.. 1st time jumpe chii dan chii bukanlah seperti yang umie sangkakan. chii nampak cam kekok, pendiam n malu2. erm, mungkin sbb baru pertama kali jumpe kot. dulu2 masa memula jumpe Warga2 Msjbox, umie pun cam Chii gak.. kekok, malu dan macam2 la perasaan yg timbul. tapi, sekarang dah ok dah. umie dah anggap diorang tu cam kakak2 n abang2 umie sendiri. diorang mmg sporting dan bestt sangat!! saat yang paling best umie rasa, bila nengok wayang dengan diorang aritu. :D

HAI Shaira & mael.. 1st time kenal & tahu kewujudan shaira di kalangan warga2 Msjbox. mungkin disebabkan shaira tak pernah masuk blog mie ataupun mie sendiri yang tak pernah menerokai semua blog2 yang didaftarkan sebagai ahli Msjbox. hope lepas nie rajin2lah datang blog mie dan menjolikan diri dengan xtvt2 msjbox ek.. :D

* * * * * * * * *






AHAD 18 JUN 2007

Seperti yang dirancang, kami sekeluarga akan pergi bermain air di DESA WATER PARK semalam. so, pagi2 lagi mie, anak buah n yang lelain dah excited nak bermain air. segala persiapa sume sudah siap diatur. sekali, hujan daa.. langit juga mendung je sejak pagi. oleh itu rancangan tuk bermain air di DESA WATER PARK terpaksa ditangguh lagi di saat2 akhir. tapi, kami punya rancangan lain.. iaitu mengada TOURNAMENT 1131B buat kali keberapa mie dah tak ingat. pusat bowling pilihan kami kali ini ialah TIME SQUARE.

TOURNAMENT 1131B ialah satu pertandingan bowling suka2 diantara family mie yang telah wujud beberapa tahun lalu. oleh kerana kak mah(kakak ke-2) dan abg baha(suami) tak dapat nak sertai, kami cuma membawa anak2 mereka(akmal, amir n amin) tunang kakak mie merangkap bakal abang ipar mie juga turut ikut serta dalam pertandingan tersebut. seperti biasa kami menggunakan 2 lane. 1 lane untuk budak2 bawah 12 tahun (akmal, amir, amin dan aina) manakala satu lane lagi untuk dewasa.



Kalo dulu, mie asyik berada ditangga tercorot didalam tournament 1131B, kali nie mie leh berbangga dengan kedudukan ke-2 teratas walaupun markah mie seri dengan bakal abang ipar mie. semacam tak percaya balingan mie leh strike sebanyak 2 kali. yey!! melompat2 mie ketika itu. nengok kakak2 mie yg lain tu macam x semangat je. hehe mungkin diorang tak bersedia dengan pertandingan yang mengejut ini. Ann yang bolanya asyik menuju ke longkang leh berbangga dengan 1 strike. Abg zely masih berada ditangga pertama. geram.. geram.. lepas nie kena wat banyak latihan untuk kalahkan dia. hehehe..

Lepas bermain bowling, kami sekeluarga pakat2 masuk pusat game. hehe kalo adik beradik orang lain masuk pusat game ketika kanak2 dan dibawa oleh ibubapa memasing, tidak bagi kami. mungkin disebabkan masa kecik2 kami tak berpeluang bersama2 berada dipusat game seperti itu dan kami kelihatan seperti kanak2 ribena ketika berebut2 memasukkan bola ke dalam jaring manakala abang ipar, bakal abang ipar n abang mie sibuk bermain game tembak2 bersama akmal, amir n amin. ntah berapa banyak wang kami habis disitu. namun kami gembira dan bahagia dengan kehidupan kami.



Setelah puas menjolikan diri di pusat game tu, kami dinner sama2 di restoran ape ntah kat Pandan Perdana. walaupun kehidupan kami tak sekaya dan semewah orang lain, mie bersyukur sangat dilahirkan didalam keluarga ini dan semoga allah memberkati keluarga mie dan kebahagian adalah milik kami selamanya. ameen..

Psst : kak dhia, lps nie umie publish gambo umie masa kecik2 ek.. ;))

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 5:02 PM | 2 KomeNs

Geramss..

Thursday, June 14, 2007
gambo masa raya aritu - leh wat kawan dgn bibik 'kak sheda' nieh.


Erm.. nak tau..
Pagi semalam mie gaduh dengan bibik..
Geram betul mie kat dia..
Dah lama bersabar benarnya..
Orang layan dia baik2..
Dia pijak kepala kita plak..
Geram.. geram.. geram..

Bibik nak kemana tu?
Tido!!
dlm nada yg keras dia jawap.
(ces! ini jawapan dia pd mie)
Tapi mie masih bersabar.

Bibik, jaga arif nie saya nak pg mandi.
Arif merengek2 nak ikut mie..
Tiba2 je bibik datang ambik arif secara kasar.
dan dibawa ke dapur.
Arif menangis.
Bibik!! kenapa ambik arif macam tu?
tak boleh ambik baik2 ke.

Bibik buat2 tak dengar cakap mie.

Niat nak pg mandi terbantut dengar arif nanges teruk.

Bibik, bawak arif tu ke sini..
Takpe la. saya jaga.. makcumi pg la mandi.
Bibik, bawak arif tu ke sini. kan dia nanges teruk tu..
Bibik buat bodo. tak jawap panggilan mie.
Masa nie kemarahan dh sampai ke kemuncak..
Eh bibik!! dengar tak saya cakap nie.. bawak arif datang sini la. kenapa degil sangat nie. nak kerja buat la nak kerja.

Mie terus rampas arif dari dia.

Dan pada masa tu la perang mulut mie n bibik bermula. geram betul mie. bukan mie suruh buat kerja berat2 pun. suruh jaga arif je nak lawan2 cakap. pantang betul la. masa nie mie marah dia teruk gak la sampai dia kemas2 baju susun dalam bag. nak lari dari rumah agaknya. mie call abg zely yg berada di hospital ngan kak lah masa tu dan ceritakan segala yg berlaku. tak lama lps tu abg zely balik n tanya bibik ape masalah dia sebenarnya. sebab 2-3 menjak nie dia bersikap kurang ajar sket pada kami sekeluarga dan pada masa tu la terbongkarnya rahsia dia ada affair dengan mamat kat belakang umah mie tu. patut la makin naik kepala sejak 2 menjak nie. dia ingat hidup dia dh terjamin bila ada hubungan dgn mamat yg tak tahu asal usul tu.

geram.. geram.. geram...

Malam semalam, kami adik beradik berbincang tentang bibik. keputusannya ialah kami akan tukar orang gaji lagi buat kali ke 6 rasanya. uiks! dah nak masuk 6 org gaji yg bekerja dirumah nie.. sumenya bermasalah. cuma yg ok sket orang gaji kami yang no. 2. tapi kami terpaksa reject dia juga sbb salah sorg kakak mie tak ngam dgn dia.

Mie sebenarnya x kisah sangat pasal orang gaji nie. sebab setakat kemas2 bilik, basuh baju, lipat baju tu sume mie lebih senang melakukannya sendiri. cuma pantang sungguh mie kalo dia buat endah x endah je bila disuruh jaga arif. budak tu kecik lg dan masih tak faham ape2. senang2 hati dia je tinggalkan arif dalam bilik air sorang2 sementara dia lak bergayut ditalifon. silap kami gak sbb belikan hp untuk dia aritu. org nak memudahkan ahli keluarga dia call dia, tapi dia lak mempergunakan kemudahan tu berhubung dgn jantan2 kat belakang umah tu. nasib baik ada pagar, kalo tak tak tahu la ape jd..

hiss.. geram.. geram..

psstt : ape plak pe'el orang gaji baru tu nanti.. erm...
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 1:02 AM | 9 KomeNs

XTVT ujung minggu..

Sunday, June 10, 2007
SABTU 9 JUN..
XTVT bermain air bersama family di DESA WATER PARK terpaksa di tunda ke minggu depan atau mungkin minggu2 akn datang gara2 ada diantara kami punya rancangan lain seperti dating bersama tunang(hehe tau kan sape) dan ann pula sibuk kehulu kehilir uruskan kudenya(motor)yg x sihat(rosak). mie juga punya rancangan lain. mie dah nekad nak pegi majlis makan2 kat umah kak retna.

Masa tu mie sebenarnya masih ragu2. majlis ape yg kak retna nak raikan. nak kata besday dia, 10 hari lagi(19jun) jadi, mie kompius samada nak bawa hadiah atau tak.. pk2 balik, 19jun tu dh x lama dan kalo mie tak bg hadiah sekarang, bila lg nak bg kan. so, sebelum ke rumah kak retna, mie singgah kasis skejap. sebab tu mie sampai agak lewat dan tak dapat merempit bersama shai. dalam dok pilih2 hadiah tu, tiba2 teringat kak carneyz yg baru je sambut besday isnin lepas, kak meera, dan kak sheda yg menyambut hari lahir awal bulan jun aritu. dah terniat nak bg hadiah kat diorg, nampaknya kena gak la cari hadiah mengikut bajet yg ada dlm walet mie waktu tu.

Mie harap akak2 tersayang terima pemberian yg x seberapa dari adik yg x bekerja ini dengan gembira. doakan mie cepat2 dapat keje ek. nanti leh la bg hadiah yg lebih besar. insya'allah. ihiks!

Sepi Itu Indah

Mie tak pernah sampai Sentul. apetah lg Taman Pelangi(kaw. perumahan kak retna) tanya abg ipar mie n abg mie pun diorg tak tahu. berpandukan petunjuk2 dari kak retna, akhirnya sampai gak mie ke umah bernombor. 30 tu walaupun pd mulanya asyik tersalah jalan. cantik umah kak retna.. ada kolam ikan lagik. nnti dah ada umah sendiri, nak wat kolam ikan jugak la.. ihiks! masa mie sampai tu.. kak meera bersama anak2 buahnya, kak sheda bersama 2 org puterinya dan shai dah sampai dulu. tak lama selepas tu jun n kak carneyz lak sampai. wah! bertambah2 havoq umah majlis tu dengan kehadiran jun n kak carneyz. berceloteh tentang kaler mengaler yg tak sesuai di dengar oleh budak2 bawah umo. harap2 la puteri2 kak sheda tu tak paham ape2. kalo tak, leh rosak pemikiran bebudak tu.. =)) selain tu, ada gak la becerita tentang baju Msjbox n Thunt 16hb nanti. mie banyak mendiamkan diri. org tua2 berborak, budak2 xleh masuk campur. tul tak?! khik.. khik..

Diantara yg hadir majlis makan2


ALBUM GAMBO PENUH DISINI
creadit by jun


* * * * * * * * * * *

AHAD 10 JUN..
Hari nie lak mie, kak dah, kak lah, abg zely n bibik jalan2 kat ONE UTAMA. saje jalan2 cuci mata.. tapi, dalam dok cuci2 mata tu kakak mie 2 org tu sambar 2-3 helai baju gak kat ONE UTAMA tu. murah katanya. konon! bg mie, takde satu pun yg berjaya menarik minat mie untuk dibeli. erm, mungkin sbb kena control berbelanja gara2 dah tak bekerja kot. ntah la. rasanya, masih mampu nak sambar beberapa helai baju lagi. ihiks! lain kali je la.. tapi mie lebih teruja nak makan hotdog RM2.00 kat IKEA tu. nasib baik abg zely perkenankan hajat mie nak makan hotdog tu. kalo tak, sure ngidam.. huhu oleh kerana mie yg beria2 ajak makan hotdog tu, terpaksa la banje diorg sekali. nasib baik air dia leh di refill. ;;)

Berposing sementara yg lelain sibuk memilih baju

Naik lenguh kaki jalan2 kat ONE UTAMA tu




 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 2:00 AM | 0 KomeNs

Cerita ceriti yg tertangguh...

Thursday, June 7, 2007
Alhamdulillah mungkin berkat doa kawan2 tercenta mie selamat kembali ke kota duitan nie(KL)dan masih dapat mencoret sesuatu disini. terima kasih pada yg tak jemu2 menjenguk blog mie nie walaupun takde pepe yg menarik disini.. sebenarnya, mie balik dari kampung hari isnin lagik. oleh kerana terdapat hal2 yg perlu mie settlekan, mie jadi sedikit 'sibuk' 2-3 hari kebelakangan nie.

Majlis pertunangan kakak mie berjalan lancar seperti yg dirancang. syukur pd allah kerana mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga. kini, kakak mie dah bergelar tunangan orang dan insya'allah dia akan menamatkan ikatan pertunangannya dgn nikah bulan NOVEMBER nie. semoga ikatan pertunangannya tu diberkati allah s.w.t dan terpelihara daripada segala pekara yg tak diingini. ini merupakan pertunangan kali ke-2 buat kakak mie dan mie berharap sangat ikatan yg terjalin diantara kakak mie n tunangnya berkekalan hingga ke jinjang pelamin. mie tak sanggup lagi nak tengok kakak mie dikecewakan. putus cinta lagikan sakit, inikan pula putus tunang.

Terasa sangat meriah majlis pertunangan kakak mie dengan kehadiran lebih kurang 50 orang wakil dari pihak lelaki. siap ada cameraman sekali. tunang kakak mie pun datang sekali gak masa tu tapi dia duduk luar la. lepas habis perbincangan baru dia masuk umah duduk makan sekali. yg kelakarnya ayah mewakilkan bapa sedara mie yg merupakan bekas kadi bagi perbincangan tu dan kebetulan ayah tunang kakak mie pun mewakilkan sedara dia yg merupakan sorg kadi gak. haha mie tanya tunang kakak mie tu "kenapa datang x pakai baju melayu?" dia jawap "kang buatnya kena nikah terus, cemana? hehehe lawak je la tunang kakak mie tu..

Sesuatu yg mie rasa pelik telah berlaku iaitu hantaran dari pihak lelaki melebihi hantaran pihak perempuan. terkejut mie nengok hantara yg diberi oleh pihak lelaki. terhadapat hampir 30 dulang hantaran!! padahal hantaran dr pihak kami hanya 13 je. pertama kali mie nengok hantaran sebanyak tu. tunang kakak mie cakap, kebanyakkan hantaran2 tu hadiah dari jiran2 dia. kalo nk ikutkan, banyak lg jiran2 dia nak bg katanya. dalam hati mie tak puas2 mengucapkan syukur terhadap allah. mungkin ini petanda baik buat kakak mie. kakak mie bukan sahaja diterima dan disenangai oleh keluarga pihak lelaki, malah jiran2nya juga. mungkin ini kebahagiaan yg dicari2 oleh kakak mie dan ini hikmah disebalik dugaan2 yg pernah dia tempuh dulu. mie juga berharap akan ada hikmah disebalik dugaan2 yg telah mie tempuh selama nie.. :) erm..

Cantik tak kakak mie? mie yg 'make over' dia tau! ihiks...


kakak mie n tunang diapit bakal mertua memasing..


Hampir keseluruhan hantaran2 nie mie yg buat tau. serba purple lagik!...


banyak kan hantaran dr pihak lelaki? terpaksa letak atas lantai sbb x cukup dulang masa sesi penukaran dulang..

wajah kepenatan setelah segalanya selesai


* * * * * * * * * * *

Dah seminggu mie x apdate blog mie nie.. seminggu jugala mie tak jalan2 dari blog, ke blog kengkawan tercenta. banyak information2 yg mie baru tahu diantaranya :-

XTVT MENCARI HARTA KARUN MERANGKAP EXPLORACE
Wah! masa dapat tahu pasal nie mmg teruja sangat nak join. nie salah satu xtvt yg mie sangat suka masa kat MTI dulu. tp, nampaknya mie tak dapat nak join la. atas sebab2 yg tertentu.

MAJLIS MAKAN2 KAT UMAH KAK RETNA
Tentang nie, mie dapat tahu sebelum mie balik kampung lagik. kak retna bg sms, tapi masa tu mie lom bagi kata putus lg s/ada nak join atau tak. insya'allah mie rasa mie pegi kot. sebelum nie kalo ada pepe xtvt, kak retna sure tak lupakan mie. so, rasanya ape salahnya mie cuba spend masa mie untuk majlis dia nie kan.. "insya'allah kak retna, kalo saya x sesat sabtu nie, sampai la saya ke rumah akak.. hehehe"

PROJEK MEGA MSJBOX : BAJU MSJBOX
Mie dah nengok dah sample baju tu kat laman web rasmi msjbox. smart je logo msjbox tu bila dijahit kat baju. cantik la.. insya'allah kalo ada bajet lebih, mie nak order satu la nanti. hehehehe..

Owh ye.. dikesempatan ini juga mie nak ucapkan TAKZIAH buat kak anis di atas pemergian ke rahmatullah ibunda tercinta jumaat lepas *kalo x silap. mie dapat sms dari kak retna kat kampung masa tu. oleh kerana kat kampung mie xde line so, hari isnin aritu baru mie dapat tahu. sedih sangat coz x dapat nak lakukan sesuatu untuk kak anis cuma ape yg mie mampu lakukan saat ini ialah berdoa semoga kak anis sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ketentuan ilahi ini. mie juga berdoa semoga roh arwah bunda kak anis tenteram dan mendapat tempat disisi allah s.w.t. ameen...

HAPPY BELATED BESDAY buat kak meera, kak sheda n kak carneyz. sori sesangat sebab terlambat wish. mie doakan semoga akak2 tercayang dimurahkan rezeki, mendapat keberkatan hidup dan berbahagia disamping keluarga memasing. buat kak meera, mie doakan semoga kak meera dpercepatkan jodoh. ihikss!

Pssstt : Ceria.. Riang.. Gembira.. la.. la.. terbang mencari sang kumbang.


Image Hosted by ImageShack.us
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:04 PM | 2 KomeNs