Salam maulidurrasul..

Saturday, March 31, 2007
" Jom bersalawat bersama2......."

Sempena maulidurrasul nie, mie nak cerita tentang CINTA SEJATI seorang hamba allah terhadap NABI MUHAMMAD S.W.T. kisah nie mie dapat dari salah seorang sahabat mie melalui email. semoga kita sama2 mendapat manfaat dan iktibar daripada cerita nie..

......Seorang hamba allah bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.........


MORAL & IKTIBAR

Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketCinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketMencintai Rasul bermakna mencintai Allah.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketKita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti .
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketHati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketPasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketRasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
Photo Sharing and Video Hosting at PhotobucketRasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Teringat waktu zaman sekolah dulu.. setiap tahun pasti sambutan maulidurrasul akan diadakan di MTI. siang berararak keliling kampung sambil bersalawat manakala sebelah malam pula ada ceramah. biasanya pihak sekolah akan jemput penceramah dari luar.. ramai sangat orang datang untuk mendengar ceramah masa tu yang terdiri dari orang2 kampung dan bandar. mmg meriah la sambutan maulidurrasul di sekolah dulu. (ala2 forum perdana ehwal islam) gitu....!

Mie yang depan sekali.. baju kurung kaler pink...

"Hujan2 pun kitaorg berarak tau!.."

* * * * * * * * * * *

Untukmu Rasulullah

Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu ambia'

Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang

Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman

Ya Rasulullah ya Habiballah

Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan

Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan

Ya Rasulullah ya habiballah


Psstt : Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul terakhir adalah anugerah Allah yang tinggi nilainya sebagai rahmat semesta alam.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:05 PM | 6 KomeNs

alfatihah....

Wednesday, March 28, 2007
Gambar arwah ketika remaja... kat belakang gambar nie tertulis "kenapa manusia sangat kejam?!"

28 mac 1997 hari jumaat... tarikh dimana salah seorang dari ahli keluarga mie kembali kerahmatullah. arwah kak zah (faizzah hj ibrahim) ialah kakak sulung mie. kini sudah 10 tahun berlalu tetapi segala kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan. 10 tahun lalu, mie bukanlah mie yang sekarang nie. bukanlah seorang yang begitu patuh pada kedua ibu bapa. mungkin disebabkan mie adalah anak bongsu. jadi mie sangat manja, degil, suke melawan cakap n macam2 lagik la.. arwah kakak mie yang banyak memberi nasihat pada mie. dia selalu kata bahawa bertapa beruntung nye mie menjadi anak bongsu dan dilahirkan pada zaman tu. arwah juga pernah kata jika mie berasa susah ketika itu, fikirkan lah bagaimana kehidupan dia pada zaman sebelum kelahiran mie. dimana dia terpaksa mengangkut air di dalam perigi untuk memasak dan membasuh baju sume di sungai. arwah banyak berkorban demi kakak2 mie yang lain ketika itu. mulia sungguh hati dia. dia seorang yg peramah n ramai kawan. jadi tak hairanlah jika ramai orang suka dia. waktu dia meninggal tu pun ramai kawan2 dia datang n tolong.

Arwah mengidap barah otak. masih tergiang2 suara dia menjerit sambil mengucap tiap2 malam kerana menahan sakit. di saat akhir hayatnya, badan dia saaaaaaaaaaaangat kurus. tak sampai hati mie nengok. mie tak pasti kenapa tiap2 hari arwah hanya memakan maggie tanpa perencah. tp itulah menunya setiap hari. semasa mie tamat darjah 6, mie bersekolah di sekolah menengah di lenggong(berulang dari umah) tetapi arwah nak sangat mie dihantar ke sekolah agama waktu tu. jadi sebab tu lah mie dihantar ke sekolah agama (MTI). kali terakhir mie jumpe dia 17hb feb 1997 sebelum mie dimasukkan ke asrama. mie langsung x tahu bahawa itu adalah hari terakhir mie akan bertemu dengan dia.. sehinggalah 28 mac 1997 ann (abang) mie memberi tahu tentang kematian arwah. mie pensan masa tu dan apabila mie sedar, mie dah ada kat kampung. oleh kerana arwah meninggal di sini (KL), arwah sudah pun dimandikan n disembahyangkan di sini. rata2 yg memandikan/menyembahyangkan arwah adalah kawan2 dia. mayat arwah tiba di kampung dalam pukul 4 petang camtu la. dan dikebumikan pada jam 6 patang.

Sepanjang menunggu mayat arwah sampai, mie asyik bekurung dalam bilik. sesekali mie memandang wani(satu2nya harta peninggalan arwah) wani pada masa tu baru berusia 5 tahun. seorang kanak2 yg masih belum faham tentang maksud kematian. ketika arwah di masukkan ke hospital Kuala Lumpur, wani ditinggalkan bersama mak ndak di kampung. amat menyedihkan pabila saat kematian arwah tiada anak tersayang disisi. masih teringat kata2 salah seorg dari ibu saudara mie ketika dia ke tadika wani untuk menjemputnya pulang. wani kelihatan amat seronok apabila dikatakan mamanya akan pulang. sedangkan dia tak tahu cerita yg sebenarnya. wani keliru apabila melihat ramai orang di rumah. dan asyik bertanya pada mak ndak kenapa ada ramai orang, kenapa susun2 pingan, kenapa kemas2 katil dan banyak lagi soalan dia tanya. sampaikan mak ndak tak terdaya untuk berdalih lagi. lalu, mak ndak peluk wani sambil berkata bahawa mamanya sudah tiada. tapi tak pasti samada wani faham atau tak maksud makndak. sebab dia tak menangis pun. sebaliknya dia banyak menyendiri. mie simpati pada wani. seorang kanak2 yang masih belum puas mengecapi kasih sayang seorang ibu. sudah lah ayahnya hilang tanpa berita. argh! pegi mati lah bapak ko tu wani. bapak yg tak bertanggungjawap dan seorang bekas suami yg kejam.

Hak penjagaan wani diserahkan pada mak n ayah. Kini dia sudah bersekolah di ting 4. di sekolah menengah biasa kat lenggong. sejak kematian mama dia, kami jarang sekali marah wani dan mungkin sebab tu sekarang nie wani menjadi sangat degil, manje n suka melawan cakap. kalau arwah masih ada, mesti dia akan masukkan wani ke seolah agama.. :) dan mungkin sekarang dia akan jadi baik macam mie.. hehehe

psstt : alfatihah buat arwah kakak mie.. semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. ameen.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:30 PM | 8 KomeNs

Citer2 yg tertangguh...

Monday, March 26, 2007
Firstly, mie nak mintak maaf sangat2 pada sume yg dok tertanya2 kemana n kenapa mie senyap je hari nie... sori yerk kengkawan..... siang tadi mie bz sangat! langsung takde masa nak bukak internet pun. sepatutnya mie apdate malam semalam. tapi lepas je mayang insya' semalam mie tertido sekali dgn telekung kat atas sejadah. mie sedar pun dalam kol 3 pagi gitu la kot. dan masa tu nak bukak mata pun x larat. so, mie sambung tido terus la sampai subuh.

Mie tahu pasti ramai yang nak tahu pasal mini party tu. mie cadang nak apdate kat opis je tadi so, mie datang opis awal sket la dari kebiasaannya. tapi sampai2 je kat workstation, mie lihat ada banyak drawing yg bergulung2 atas meja dan terselit satu note dari bos. mie kena buat amendments utk drawing2 tu dan siapkan sebelum esok. ayark! kebetulan sorg lagi pembantu mie bercuti. so, mie takde pilihan lain melainkan menyiapkan kerja2 mie tu dulu. sori yek kengkawan.. bos mie pun buat2 x nampak mie je hari nie. langsung x wish besday mie. tahun2 yg lepas dia tak pernah lupa pun besday mie. huh! mungkin gf dia dah warning supaya dia tak bleh rapat2 dgn mie dah kot.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

23 mac...
okeh.. mie nak citer pasal wayang yang mie nengok kat GALAXY hari jumaat aritu dulu la.. masa tu cadangnya nak nengok Mr BEAN tapi ntah cemana kak lela terBELI citer CHERMIN. muahaha terbeli la konon. ini adalah kali ke-2 mie nengok citer hantu kat panggung dan alhamdulillah mie dapat kawal emosi mie ketika menonton cerita tu kerana buat pertama kalinya mie tidak menjerit dalam panggung. ihiks! GALAXY... memang la tempat tu tak besh bagi mie tp dah kak lela yg beriya2 ajak tengok wayang kat situ so, mie ikut je la cakap dia. lagipun dekat sket dgn umah. CHERMIN... mie rasa citer nie taklah seram sangat sebab ianya tak berjaya membuat mie menjerit kat dalam panggung tu kot. hehe tapi mie rasa citer hantu JANGAN PANDANG BELAKANG tu macam seram je..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

24 mac...
pagi2 lagi dah bangun. sebab malam tu dah janji dgn aina nak ikut pegi sekolah dia (ada sukan). seronok sangat tengok gelagat bebudak tadika bersukan. comel2 je diorg masa buat peresmbahan tu..




dalam pukul 3.00pm bersiap2 untuk pegi mini party yang dianjurkan oleh shai.. seboleh2nya mie nak sampai awal daripada orang lain sbb selalunya org yg sampai akhir2 tu la yg akan menjadi tarikan. macam yg dialami oleh kak sheda.. hahaha kan dah tersipu2 malu.. tapi ntah cemana masa mie sampai tu, kak retna, shai, kak faizzah n tunang dan sampai dulu. gara2 salah information la.. so, tersesat la skejap. padahal tempat tu selalu mie lepak2 masa zaman budak2 dlu cuma x perasan ada satay kajang kat situ je(ceh! dah besar la kononnyer skrg nie) beberapa minit selepas mie sampai, kak yatt n sepupu dia lak sampai dan diikuti oleh en. junaidi n kak carnez.. first time jumpe mereka dan perasaan malu tu membuak2 dalam diri nie. pepon, seronok berbual dengan mereka. masa diorg suruh tiup lilin tu mie cakap "tak baik tiup2 lilin nie *sambil kipas2 api kat lilin tu* sebenarnya mie MALU.. MALU GILER2.. sebab tu mie cakap macam tu...hahaha harap2 gathering bulan 4 nie mie dah boleh berlagak selamber dengan sume yg hadir.. boleh cayer ke?

Terima kasih shai kerana adakan majlis nie untuk mie.. dan terima kasih buat kak retna, en. junaidi n kak carnez, kak faizzah n tunang, kak faizah serta kak yatt n sepupu kerana sudi datang. SEMOGA UKHUWAH YG TERJALIN PADA 24 MAC TEMPOH HARI AKAN DIBERKATI ALLAH S.W.T DAN KEKAL SELAMANYA.. (hehehe tahun depan buat lagik ek...) sebenarnya hari tu kawan2 mie pun punya rancangan untuk mie. tetapi oleh kerana mie dah janji dgn shai utk hadir pada majlis tu, rancangan bersama kawan2 mie tu ditunda keesokkan harinya.

Sambutan hari lahir mie tahu nie sangat berbeza dan sangat bermakna dalam sejarah kehidupan mie. dan mie rasa banyak sangat yg mie inginkan tertunai pada tarikh tersebut. syukur sangat. diantaranya mie dapat kawan2 baru dan dapat sambut besday dengan family mie. walaupun hanya makan kat luar untuk 1 jam kerana nak nengok af kat umah. muahahaha gila af jugak family mie nie. iks.. iks.. iks..




~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

25 mac..
Oleh kerana semalamnya adalah hari lahir mie, mie langsung tak sentuh kerja2 umah seperti mengemas n membasuh. pagi tu ndak taknak, mie kena gak merajinkan diri mie untuk membuat kerja2 umah tu. petang plak mie, kak lah n aina pegi jusco. saje bawak aina jalan2. masa nak balik tu, kitaorg singgah MPH skejap tengok2 buku. masa tengah belek2 buku tu kan tetiba aina HILANG!! sangat pelik. sebab kebiasaannya kalo aina sedar bahawa kami tidak bersama dgnnya, dia akan menjerit panggil nama mie atau kak lah. tapi masa tu kami langsung tak dengar suara aina. puas mie cari kat dalam MPH tu. tak jumpe pun dia. mustahil aina berani keluar dari MPH tu tampa kami kecuali ada org yg membawanya keluar. tuhan je yg tahu bagaimana perasaan mie ketika tu. kak lah pun cemas cari aina tak jumpe. mie suruh kak lah bg tahu kat service counter mengenai kehilangan aina tu. sementara tu mie menunggu di MPH tu lagik. kot2 aina masih berkeliaran kat kawasan tu. dalam pada tu mulut mie tak henti2 baca ayat seribu dinar dan sedaya upaya tidak memikirkan yg buruk2. mie cuba yakinkan diri mie bahawa mie akan jumpe aina balik. dan alhamdulillah akhirnya aina dijumpai.. akak kat service counter tu cakap ada sorg lelaki yg hantar aina ke service counter tu. aina peluk mie kuat2 sambil menangis terasa seperti bertahun tak jumpe dia. syukur ya allah kerana kembalikan aina kepada kami... ameen. mungkin ini satu pengajaran bagi kami agar lebih berhati2 dilain hari.

Malam tu pula sekali lagi mie celebrate besday bersama kengkawan mie.. tahun nie adalah buat pertama kali mie celebrate besday 3 kali.. mie terharu sangat! tak sangka rupa2nya masih ramai yg memberi perhatian n menyayangi diri mie.

Pssstt : gambo2 hadiah besday akan mie publish dalam entri yg akan datang...
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 9:27 PM | 0 KomeNs

Senyum tak berERTI GEMBIRA

Thursday, March 22, 2007
Sekarang nie boleh dikatakan tiap2 hari hujan.. lebat lak tu. pastu bila dah hujan, otak pun rasa lembab je nak memikir.. buat keje pun x semangat.. sbb asyik teringat kat katil.. selimut... bantal... (tido) muahahaha.. tadi ada meeting... sepatah haram tak masuk kat kepala nie ttg ape yg dibincangkan.

Selesai meeting. ketika hendak bangun utk keluar dari bilik meeting, bos mie (merangkap kawan baik mie 1 ketika dulu) suruh mie tunggu. dalam hati mula la rasa gelabah n kecut perut. dia perasan kah mie langsung x fokus pd perbincangan tadi atau dia dah tahu mie punya rancangan utk berhenti dari sykt dia?? adeih! macam2 la yg mie pk saat tu.

Bos : umie, ko tak sihat ke?
mie : *diam sambil senyum dibuat2* takde la..
Bos : jangan bohong la. muke ko nampak pucat.. *dia buat muka series* tak pahamlah ko nie mie, opis nie kan ada 'medical claim' so, nape tak pegi klinik? kot iye pun marah kat *** takkan sampai sakit pun taknak jumpe doc.
Mie : eh, ape ko merepek nie.. aku cakap x sakit, tak la..

Ntah kenapa rasa sakit sangat hati nie. mie terus keluar dari bilik meeting.. mie tahu dia kecewa dengan tindakan mie. tp, mie terpaksa. mie taknak org salah anggap lagi pada mie.. mie taknak dikatakan perampas bf orang. mie taknak dikata mie baik dgn bos semata2 utk kepentingan diri mie sendiri. biar serapat mana pun mie ngan dia, tak mungkin mie akan biarkan org buat cerita sesuka hati. paling mie benci ialah di cop sebagai perampas cinta orang. sape x sakit hati bila gf kawan mie tu call n cakap mie bebukan. mie kenal mazmal terlebih dahulu sebelum gf dia tu n kami rapat pun mmg sejak dulu lagik. so, kenapa baru sekarang timbul soal nie. dan oleh sebab ini lah mie nak sangat benti keje kat opis tu..

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sekejap je lagi umo mie akan masuk 23 tahun.. alhamdulillah syukur pada allah s.w.t kerana masih diberi peluang utk mie menikmati keindahan alam ciptaanNYA ini. Dan semoga mie di panjangkan usia untuk terus menikmati dan menghayati keindahan alam ciptaanNYA di samping menjalankan tanggungjawab mie sebagai hambaNYA. ameeen...


Baru sekejap td masa tgh baring2 kat katil, mie terpandang album mie yg tersusun rapi di almari. tergerak hati nie utk melihat kenangan2 indah mie di mti dulu.. satu persatu gambar mie selak.


"From taiping with love".... tema album mie... gambar pompuan n lelaki serta tiket bas tu mempunyai rahsia disebaliknya... biarlah rahsia...



AL JAUHAR (maksudnya PERMATA) tu nama kelas mie..



Gambar2 masa kat asrama...


Tersenyum sendiri pabila melihat gambar2 tu sume. alangkah indahnya zaman persekolahan dulu. kenangan paling manis setiap tahun diasrama adalah pada hari kelahiran mie. ada saja rancangan kawan2 untuk mie. pasti ada kek, belon n hadiah. tepat je pukul 12 malam macam3 la kejutan dibuat. kalo mie tgh tdo pun diorg still nak buat kejutan. masa tu kalo mie ada penyakit lemah jantung dah lama 'goal' agaknya. hehe tapi bila dah besar2 nie dah tak terasa kemeriahan dihari ulangtahun tu.



Oh yer... terima kasih yg tak terhingga kepada kawan mie sorg tu diatas jemputan ke majlis (tak sure majlis ape sebenarnya sebab dia suka cakap main2) hari sabtu nie.. dia cakap mie boleh ajak sesape pun yg mie suke.. hehehe sape nak ikut??!!

Psstt : selsema melanda.... haaaaaaahaaaaaaaCoMmmm...!! adeih.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:47 PM | 2 KomeNs

Sekadar bercerita..

Tuesday, March 20, 2007
2 minggu kebelakangan nie mie rasa malas sangat nak masuk ofis.. mie hanya akan masuk opis jika mereka betol2 memerlukan khidmat mie je. *cess! bunyik mengalahkan big bos plak..* lantak la. sape suruh diorg cari pasal dengan mie kan. lagipun awal2 sudah mie katakan bahawa mie akan berkhidmat dengan mereka selagi mereka menghormati mie sebagai pekerja mereka. erm, malas nak cakap banyak mengenai kerja mie nie sebenarnya. jika ada rekeki mie disitu, ada lah kot.. mintak maap sangat2 kat en. mazmal. saya takmo termakan budi org banyak sangat. itu je yg ingin sangat mie katakan pada bos muda mie tu. tapi, mie langsung tak diberi peluang. erm....
~*~*~*~*~*~*~*~*~

Mie dah nengok MUKHSIN semalam kat GALAXY AMPANG.. 1st time tengok wayang kat GALAXY. suasana dalam panggung kat GALAXY tu amat lah tak best sekali ... (sape dah pernah pegi tengok kat situ, tau la cemana keadaannya... menyesal sungguh!) tapi citer MUKHSIN tu betul2 mengigatkan mie pada zaman mie kecik2 dulu.. panjat pokok, main galah panjang, main layang2 kat bendang, ais krem buatan sendiri n berbasikal keliling kampung.. rindunya zaman tu...

Dulu, ayah mie pun ada kete mini cam dalam citer MUKHSIN tapi warna biru. tapi sekarang ayah dah jual kete tu.. duit jual kete tu pulak ayah guna untuk beli scooter mie setahun lepas.. masa dulu, (masa mie darjah 1-6) mak berniaga kat kantin sekolah mie n ayah selalu hantar mak dan barang2 untuk mak berniaga kat kantin sekolah.. sebaik kete mini ayah masuk ke pekarangan sekolah, pasti kedengaran suara budak2 nakal menjerit "wei, pak aji datang bawak wira weii..." budak2 tu perli.. (masa tu proton wira tgh pames lagik) diorg selalu ejek ayah bawak "kete katak" la, "kete kura2" la.. tapi mie tak sedih pun. walaupun kete ayah macam katak atau kura2 sekalipun mie bersyukur sangat kerana kereta tu la banyak berjasa dalam keluarga kami berbanding budak2 lain yang langsung takde kereta.. masa tu boleh dikira la bape orang je kat kampung tu pakai kereta. sekarang nie kalo jumpe je budak2 yg selalu ejek2 dulu tu, mie nak sekeh2 kepala dia.. hehehe.

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Siang tadi..

achik : umie, ko kat mana?..
mie : aku kat opis. kenapa?
achik : aku ada kat klinik nie.. bawak kak lela buat checkup. kak lela sakit. ko tau tak?
mie : ya allah, ye ke? patut la masa aku tengok wayang ngan dia semalam nengok muka dia pucat je. dia sakit ape?
achik : tak tahu result lagik. meh la datang sini..
mie : okeh. jap lagi aku sampai.

Kemas barang2 kat meja then, terus bagi tahu opis mate yang mie halfday hari nie.. dah lama tak bawak motor sampai bangsar. kali nie terasa lama pulak perjalanan untuk sampai ke sana. terasa bersalah pada kak lela.. kenapa la mie tak tanya keadaan dia dulu sebelum ajak tengok wayang semalam. ya allah, semoga kak lela dijauhi dari segala penyakit yg merbahaya. kak lela seorang kakak yang sangat baik yg pernah mie kenal..

Sampai bangsar, achik kata penyakit kak lela tidak lah terlalu bahaya. cuma kak lela memerlukan rehat secukupnyer. kami berbual2 seketika sebelum kami memutuskan untuk pergi lepak2 kat taman tasik titiwangsa. ada 2-3 org lagi kawan2 mie yg lain turut serta. diorg sume nie pakat2 lari dari opis agaknyer. hehehe kami ramai2 lepak kat taman tasik. mie yang kempunan nak makan laksa beberapa hari lepas telah mengOder laksa yang dijual di tepi tasik tu. yummmy! sedap giler. tak cukup dengan itu, mie order rojak di kedai yg sama untuk di bawak balik. muahaha..

Psstt : esok ada interview.. semoga berjaya.. ameeeeeeeenn.

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:54 PM | 2 KomeNs

Cerita Hujung Minggu.. (17-18 March)

Sunday, March 18, 2007
Minggu depan umo mie bukan lagi 22 tahun. tapi dah masuk 23 tahun.. adeih! nak taknak, kena gak terima hakikat bahawa mie nie semakin dewasa dan tak boleh nak bermalas2 lagik. so, cadangnya nak ikut kak lah pegi pasar tani pagi2 semalam. umo dah meningkat nie kena la rajin2 pegi pasar. kot2 la jodoh mie tahun nie ke, tahun depan ke, tak lah kelam kabut nak belajar uruskan rumahtangga. ye tak?! hehehe.. tapi kak lah cakap mie tak perlu ikut sebab dia akan pegi dengan bibik. so, dia serahkan anak2 dia untuk mie uruskan. bagi budak2 tu mandi n sarapan. erm, takpe la uruskan anak2 pun sesuatu yang penting dalam rumahtangga kan. iks! ape kena dgn mie nie.. dah takde idea nak buat intro kat entry nie benarnya. so, itu la jadinyer. berangan je keje. *gelak besar*

Kebiasaanya pada hari sabtu mie akan habiskan masa mie dirumah. mengemas, membasuh, melipat, memasak(tolong je..) dan sewaktu dgnnya la. manakala hari ahad adalah bebas. tak kisah la nak dok umah ke, berpoyer2 ke, shopping ke atau jumpe member. tapi kawan2 mie plak biasanya hari ahad nie la nak berdatting, nak shopping dgn bf la ape la. agaknyer hari ahad nie hari untuk pasangan sedunia kot. kebanyakkan kawan2 mie nie dah berboyfriend so, sebab tu la mie jarang keluar dengan diorang.

Tadi, kak lah ajak pegi sogo. bawak aina ikut sekali sebab semalam dah janji nak bawak dia jalan2 kalo dia siapkan kerja sekolah. cadangnya nak pegi naik LRT je. tapi ann dengan baik hatinya telah menghantar kami ke sampai sogo. dengar2 minggu depan sogo ada sale. erm, memandangkan kami dah sampai ke sana, so kami masuk juga kedalam membelek dari satu baju ke baju. sebenarnya, kak lah yang nak shopping baju untuk aerobic manakala mie hanya meneman. tetapi ntah macamana mata mie tertarik pada sehelai JACKET brand ELLE. berwarna coklat berbelang krim (warna yang tak menarik bagi kebanyakan orang) dan ada satu lagi JACKET ELLE berwarna pink yang berjaya menarik perhatian mie. tetapi, pk2 balik tak banyak seluar n t-shirt yang boleh dipadankan dgn jacket kaler pink nie. so, mie buat keputusan untuk mengambil JACKET yang berwarna coklat berbelang krim tu td. kak lah pun shopping baju kat ELLE jugak. dia beli seluar n t-shirt manakala aina pula kami belikan anak patung princess n bola untuk arif.


Setelah dapat ape yang dikehendaki di sogo, kami pegi cambell. dan mie jatuh hati plak kat sepasang kasut jenama NIKE nie. ingat nak cari kasut brand ADIDAS, tapi takde yang menarik la. so, kasut mie kali nie brand NIKE la plak. pk2 balik dalam sehari nie je hampir RM ***.00 mie habiskan untuk shopping. ya allah, boroskan aku? tapi rasanya jarang sangat mie shopping gila2 camnie. setahun sekali ada la kot. jadi, memandangkan minggu depan adalah hari lahir mie, mie anggap ini adalah hadiah hari lahir untuk diri mie sendiri la.

Sesampai je kat umah petang tadi, kak dah cakap ayah masuk spital lagik. kak dah talifon mak dan mak cakap kami tak perlu balik kampung sebab keadaan ayah tak teruk sangat. tapi, mungkin ann sorang je yang akan balik untuk lihat keadaan ayah. lepas tu mungkin ann akan bawa mak n ayah tinggal bersama2 kami lagi bagi memastikan keadaan ayah betul2 pulih. ya allah, adakah ini balasan di atas keborosan mie hari nie? kalau lah itu puncanya, mie rela tak beli ape2 pun untuk diri mie. sumpah!


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Tag lagi.. (skrg nie tgh musim TAG mengeTAG agaknyer..) pepon, mie sangat menghargai sesape yang rajin mengeTAG mie tu. sekurang2nya mie tahu betapa mereka sentiasa mengigati mie.. cewah! rasa2 je la.. hehehe. kali nie kena tang oleh kak nuuol. katanya dia nak tahu APE HAIWAN PELIHARAAN PILIHAN MIE dan KENAPA MIE PILIH HAIWAN tu.

Umie pilih KUCENN!!

KENAPA??!
Alkisahnya begini.. dulu, masa mie kecik2 mie suke sangat buli kucen. pukul kucen dengan penyapu lidi, duduk atas kucen la, lastik dengan getah n macam2 lagi la. tapi kucen tu tak pernah pun geget atau cakar mie. kesian kucen tu kan? sampai la satu hari tu ayah cakap kat mie, berdosa kalo kita seksa binatang nie pastu ayah cakap lagi nanti nabi tak sayang mie sebab kucen tu kan binatang kesayangan nabi. so, sejak dari tu mie dah tak buli kucen dah. nak nabi sayang la katakan. hehehe pastu ada satu lagi kisah benar yg berlaku kat luar negara (mie nengok tv) kisah dimana seekor ibu kucen sanggup masuk dalam rumah yang terbakar semata2 nak selamatkan 6 ekor anaknya. habis bulu2 ibu kucen tu terbakar. sadis btol! kisah tu betul2 buat mie insaf dan sekarang nie mie dah jadi sayang pulak kat kucen2 nie. lagipun, bagi mie kucen nie seekor binatang yang penyayang n manje. teringin nak bela kucen kat umah nie. tapi si arif lak alah bulu kucen. erm... ingat bila dah kawen nanti nak la bela seekor kucen n nak letak nama MEOWMIE... sedap tak nama tu... hehehe

Psstt : semoga ayah cepat sembuh.....

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:45 PM | 0 KomeNs

Tag Lagi (tentang saya......)

Thursday, March 15, 2007
Kena tag dgn kak syeda .. layannnn!

KESIHATAN

Alhamdulillah walaupun mie diberi berbagai dugaan, tapi tahap kesihatan mie amat memuaskan. selain sinus mie takde sakit ape2 lagi. tak pernah masuk spital dan tak pernah demam sejak umo 18 tahun walaupun suka bermain hujan. syukur sangat! tak payah nak jumpe doktor. (tak suka..) tapi, mie alah dengan habuk.

FIZIKAL

Mie nie kecik je orangnyer.. tinggi 156cm n berat 42kg kot. bermata sepet, berpipi tembam.. lagi ape ek? tak tahu nak citer cemana lagi dah.. tgk la gambar mie tu. hehehe...

GAYA HIDUP

Mie mengamalkan gaya hidup yang sederhana kerana mie sangat simple orangnya.. mie tak kisah kalau jalan2 dengan hanya memakai jeans, t-shirt n selipar (mmg selalu pun) tapi biasanya kalau mie kuar jalan2 naik skuter, mie akan pakai jacket n kasut. pegi opis pun mie biasa pakai jeans, t-shirt, jacket n selipar je. mie keje bahagian teknikal so, tak perlu pakai formal sangat. mie tak banyak barangan berjenama kerana bagi mie ianya tak penting asalkan selesa. so, mie akan pakai ape yg ada je la. mie takde alat make up dan wajah mie tak memerlukan pembersih muka yg mahal2.

PEMAKANAN

Dalam soal makanan juga mie tidak cerewet. mie makan ape yg ada. cuma mie kurang minat makan gulai2 yg menggunakan santan. mie juga jenis yang tak banyak makan sebab tu kot berat mie maintain 45kg n kebawah.. huhuhu tapi sejak 2 menjak nie mie nampak berisi sket tang pipi n peha.. adeih.

SIKAP

Tak tahu nak explain cemana sikap mie.. tapi rasanya rahsia bulan kelahiran kajian dr. fadhilah kamsah nie macam ada kena mengena je. layan je la.....

MAC
*Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* terlalu mengikut selera atau perasaan.

KESALAHAN YG PALING BESAR

Bersikap kurang ajar dengan arwah kakak mie 10 tahun lepas. sampai sekarang menyesal. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. ameeen.


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Ntah kenapa, mie rasa tak patut mie paste email dia kat blog mie semalam.. Email tu hanya untuk mie baca bukan orang lain.. "maafkan saya kalau buat awak tersinggung dengan perbuatan saya semalam" mie tahu, biar apa jua alasan yang dia beri untuk menamatkan epilog cinta kami, hakikatnya antara kami sememangnya tidak ada jodoh. dari email yang dia bagi, mie sedar satu pekara bahawa sekiranya benar alasan yang diberi (BERPISAH DGN MIE KERANA ALLAH) mie lah yang TAK LAYAK untuk dia.. selama nie mie memang sering menyalahkan dia diatas ape yg terjadi walaupun mie yakin bahawa dia punya alasan tersendiri dan sudah pasti alasannya adalah sesuatu yang terbaik untuk kami berdua. cuma mie sering terfikir.. kalau benar alasannya adalah sesuatu yang terbaik untuk kami, kenapa dia tak berterus terang dengan mie sejak awal2 lagi. kenapa biarkan mie tertanya2. kenapa perlu tunggu tempoh sebulan baru nak bagi tahu semua alasan2 tu? itu pun hanya melalui email yang mie baru berpeluang membacanya kelmarin.

2 bulan lepas mie rasa cukup tenang.. ape yg berlaku antara mie dan dia, mie hanya menganggap satu mimpi.. sebab tu mie delete friendster dia daripada list friends profile mie.. dan bukan itu sahaja, malah id YM dan No. talifon dia sekali mie delete. sebab mie taknak ingat ape2 pasal dia. tapi itu tak bermakna mie benci dia. sewaktu dia membuat keputusan untuk berpisah dengan mie melalui sms, mie turuti kehendak dia tanpa bertanya kenapa n mengapa dia buat begitu. sebab bagi mie dia berhak membuat keputusan tentang kehidupan dia. dia berhak memilih arah jalan kehidupan dia dan mie rasa mie juga punya hak untuk memilih jalan kehidupan mie. mie memilih untuk gembira dan bahagia daripada berdukalara akibat perpisahan yg dia wujudkan. jadi mie perlu lakukan sesuatu. lagipun masa tu tak ramai yg tahu ape yg berlaku pada mie, jadi mie perlu motivate diri mie sendiri, mie terpaksa buat begitu supaya mie tak terus bersedih. cukup la ape yang mie sudah alami ketika kecewa buat pertama kali dlu.

Sesape yg kenal mie, mesti akan cakap mie nie seorang yang tak bermasalah. sbb dari sudut luaran, mie nie jenis happy go lucky. suka bercakap, suka ketawa, suka buat lawak dan susah sangat nak nengok mie menangis depan orang. lagipun mie nie bukan lah jenis yg suka sangat nak layan2 perasaan nie. tapi, hakikatnya mie selalu menangis malam2. dia tahu mie macamana. sebelum mie terima dia mie dah cerita segalanya tentang mie dan juga dia berjanji untuk lenyapkan kesedihan mie. sekiranya dia ceritakan segala2nya sejak dari awal kenapa dia inginkan berpisah tentu mie tak kisah dengan janji2 yg dia buat tu.

Kalau dia rasa dia tak bersalah dan tindakan yg dia lakukan itu adalah betul, kenapa harus takut untuk berdepan dengan mie. dulu mie benci sangat dgn Mr'ex' dan ape yg Mr'ex' lakukan adalah lebih teruk berbanding dia. tapi Mr'ex' masih berani berdepan dengan mie. tak jemu memohon maaf dan tak jemu mengambil hati mie untuk menerima dia sebagai kawan. alhamdulillah sekarang kami masih berkawan...

Mie tak tahu nak cakap ape dah, kalau mie ada kuasa mie nak padamkan semua kenangan2 pahit yang pernah mie lalui..





Psstt : saya tunggu awak mulakan dulu..

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:16 PM | 7 KomeNs

Benci...

Wednesday, March 14, 2007
...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(al-Baqarah: 216) .


Mie pernah membenci seseorang satu ketika dulu dan alhamdulillah mie berjaya menukar kebencian itu sebagai kekuatan untuk mie harungi kehidupan mie yang seterusnya. dan sekarang, ada seseorang lagi yang seolah2 menyuruh mie membenci dirinya. beraninya dia mempermainkan perasaan mie walaupun telah berjanji untuk tidak melukakan hati mie. mie rasa benci, marah sangat apabila teringat segala yang telah dia lakukan. tapi, mungkin allah tak benarkan perasaan benci terhadapnya terus wujud dihati mie sebab ntah macamana mie terbukak email mie yg tak pernah mie explore.. ada satu email yang berjaya menarik perhatian mie untuk meneroka segala isi yang terkandung didalamnya. sudah sebulan lebih rupanya email tu dikirim.. erm.

Date: Sat, 10 Feb 2007 03:39:57 +0000 (GMT)
From: "Fahmi_SR" Add to Address Book Add Mobile Alert
Yahoo! DomainKeys has confirmed that this message was sent by yahoo.co.uk. Learn more
Subject: Assalamualaikum...
To: "@},-Mie ."

Assalamualaikum,

Pertama sekali sy nak minta maaf kalau sekiranya e-mail nih datang dengan tak semena-mena dan mengganggu ketenteraman Umie di sana. Sy tak bermaksud nak mengganggu kehidupan Umie. Kedua, sy mohon izin untuk memanggil awak dengan nama Umie.

Dah hampir satu bulan tak ada apa-apa berita tentang Umie selepas kita berpisah. Sy tahu Umie selalu online YM!, tapi sy tak ada kekuatan untuk menegur Umie. Kalau dulu sy selalu fikirkan bahawa tak semestinya pihak lelaki yg kena tegur wanita, tapi kali ini perasaan sy lebih kepada takut. Sy takut kalau-kalau sy tegur Umie, akan menyebabkan Umie rasa tak selesa.

Semalam sy jalan-jalan dalam Friendster. Sy tengok-tengok koleksi kawan-kawan yg sy ada dalam Friendster. Pada mulanya sy tak perasan sangat, tapi bila sy ulang tengok beberapa kali, sy dapati sy kehilangan satu Friend Profile dalam ramai-ramai kawan dalam Friendster tu. Kenapa Umie buang profile saya? Dah tak nak berkawan dengan saya ke? Mungkin sy tak berhak nak tentukan profile siapa yg Umie nak delete, tapi sy tak sangka perpisahan kita akan memutuskan ikatan persahabatan jugak.

Umie,
Sy mula sedar sekarang, bahawa lebih baik menyayangi seseorang tu dalam keadaan dia tak tau kita menyayangi dia, ketika dia sekadar kawan kita.. berbanding menyatakan rasa sayang tu dan menukar ikatan persahabatan kepada ikatan kasih. Kerana bila ikatan kasih putus, ikatan sahabat juga terlerai.

Semenjak kita berpisah, sy tak pernah jelaskan sebab kenapa saya buat keputusan untuk berpisah. Untuk itu, sy akan jelaskan kesemuanya di dalam email ni. Lepas nie, kalau Umie rasa sy bersalah, sy mohon jutaan maaf.

Sy pernah bagi tahu dulu bahawa sy bukanlah lelaki yg baik seperti yg dibayangkan. Dan sy juga pernah berkata yg sy akan berusaha menjadi lelaki yg baik. Sy minta untuk berpisah bukan kerana sy bencikan Umie, bukan kerana Umie gadis yg tidak baik dan bukan juga kerana fizikal Umie. Tidak ada kaitan langsung dengan perkara-perkara tersebut. Ikhlas sy katakan Umie adalah gadis yg baik. Bukan sy nak ambil hati Umie, tapi ini adalah apa yg sy nampak dari diri Umie sejak dulu.

Sy dah banyak sakitkan hati Umie sejak mula kita bercinta hinggakan sy rasa sy bukan berusaha menjadi seorang yg baik tapi menjadi yg sebaliknya. Sy juga rasa sy tak mampu untuk berikan rasa bahagia pada Umie kerana cara sy menyampaikan rasa cinta sy tak sama seperti yg Umie mahukan. Pada sy cinta tak semestinya dizahirkan dgn mesej, telefon, perbualan, pertemuan dan sebagainya. Bagi sy, cukup sekadar sy tahu bahawa sy menyayangi seseorang, dan dia juga tahu dia disayangi oleh sy.

Sy mengaku bahawa kesilapannya adalah pada sy. Kerana cinta ini, sy lah yang mulakan dulu. Sy sedar kesilapan itu. Sy tak tahu macam mana nak mohon maaf dari Umie. Sy malu. Sebab saya yg mulakan dan sy juga yang rosakkan dan sy juga yang tamatkan cinta tu. Kalau masih ada peluang, sy mohon maaf sebanyaknya dari Umie kerana melakukan semua ini.

Biarlah saya terus terang saja di sini. Sy tamatkan cinta ini untuk kebaikan kita. Kerana sy rasa sy mula lalai dengan cinta yg pada mulanya sy berjanji pada diri saya untuk memeliharanya. Sy gagal mengawal diri sy untuk tidak lalai dengan cinta nie. Sy taknak kita melakukan perkara yg tidak boleh dilakukan di dalam agama kita. Kerana setiap yg kita buat sentiasa dikira olehNya.

Sy tak tahu samada perlu untuk sy jelaskan atau tidak. Kita telah sebenarnya melanggar peraturan agama kita sendiri. Kita tak sepatutnya berjumpa dulu, dan kita banyak berbual perkara yg melalaikan seperti berkhayal tentang masa depan dan perkahwinan dll. Itu semua akan membunuh cinta Allah kepada kita, bukannya menambah cintaNya ke dalam cinta kita. Sy lah yg bersalah kerana sy tahu semua ini, tapi sy mendesak juga untuk berjumpa Umie dulu, sy juga yg melayan perasaan sy hingga kita lalai dan lari jauh dari batasan cinta yg ditetapkan Allah swt. Kerana sy tak mahu lagi membiarkan diri Umie lalai dengan cinta yg sy bawa itu, sy mohon untuk berpisah sahaja. Sy pernah berjanji untuk menjaga Umie dari perkara yg tak baik, tapi sebaliknya sy yg bawa Umie kepada perkara semacam tu.

Memang pedih bila nak difikirkan balik tindakan nie. Sy tidak pernah membenci Umie atau merasakan Umie tak sesuai dengan sy. Cuma sy tak mahu lagi cinta kita menjauhkan kita dari Allah. Sy tahu mungkin pelik pd pandangan Umie alasan yg saya beri nie. Tapi percayalah, inilah saja sebabnya sy mohon bepisah.

Akhir sekali, untuk kesekian kalinya, sy menyusun sepuluh jari mohon jutaan maaf dari Umie atas kesalahan yg dah saya lakukan selama ini. Halalkan apa-apa saja dan sy juga menghalalkan semua. Semoga Allah berikan insan yg lebih baik dari sy kepada Umie yg dapat membawa Umie kepadaNya. Sy doakan Umie tenang dengan kehidupan sekarang. Kalau Umie rasa tak perlu untuk kita sambung semula persahabatan kita, sy terima keputusan Umie. Kerana sy tak berhak memaksa Umie.


Assalamualaikum...

fahmi

~*~*~*~*~*~*~*~*~


Dengan tak semena2, air mata mie turun mencurah2 walaupun sudah berkali2 mie cuba untuk tidak menangis lagi kerana hal2 yang sering merosakkan mood mie ni dan bermula la persoalan demi persoalan yang timbul dari lubuk hati mie.. mie telah buat dia lalai melaksanakan t/jawap terhadap allah kah?! nauzubillah.. ia salah satu drp soalan2 yang membuatkan mie tak lena tdo semalam. kenapa sejauh itu pemikiran dia. kami pernah jumpa hanya sekali dan boleh dibilang berapa kali kami berbual di talifon. aduhh!! kadang2 cinta nie betul2 buat mie bingung. kalau masa dgn Mr'ex' mie dah boleh accept bahawa dia bukanlah yang terbaik utk mie. tapi bila dah jumpa dengan dia, seseorg yang mie rasa baik dan mampu membimbing mie, macam nie la pulak masalah yang timbul. mungkin dia dia juga bukan yang terbaik untuk mie kot. adeihh sakit kepala menyerang lagik.. *duishh*

Mintak maaf banyak2 kat sesape yang rajin datang kat blog mie nie.. mie tahu, tentu sume org bosan sbb mie asyik becerita ttg kisah sedih je kan? tp mie rasa ini lah yang perlu mie buat kerana tujuan mie create blog nie pun semata2 untuk mie luahkan ape yang mie rasa. maaf yer adik, kakak, abang, pak cik, mak cik yang selalu singgah kat blog umie nie. sebenarnya, mie sendiri tak suka sangat nak layan2 perasaan nie sebab mie bukankan orang yang sebegitu. cuma kadang2 tu mie betul2 tak dapat nak kawal perasaan.

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Jika kau pernah terluka kerana seseorang….
Cubalah untuk tidak membenci dia..
Kerana kau akan selalu teringat apa yang pernah dia lakukan kepadamu…
Menyakiti dan mengecewakan hatimu…
Dan kau akan selalu mengingati dia dan semua tindakan dia…
Semuanya membuatkan kau lemah..
Kerana hatimu telah diselubungi dengan kebencian dan ingatan pada dia…

Jika kau pernah disakiti oleh seseorang…
Jangan kau cuba melupakannya…
Semakin kau berusaha melupakannya, semakin kuat pula ingatan itu tertanam di hati dan fikiranmu…
Biarkan saja… nikmati saja rasa sakit itu..
Hingga rasa sakit itu akan menjadi sesuatu yg biasa buatmu
Dan hatimu kebal terhadap rasa sakit itu.
Sampai akhirnya, suatu pagi kau bisa bangun dari tidur dan berkata.
“siapa dia yang ingin mengecewakan aku? Dia bukan sesuatu yang bererti dalam kehidupan aku,”

psstt : biarkan saya sendiri.. awak berhak buat ape sahaja yang awak mahu...

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:34 PM | 7 KomeNs

Cerita Hujung Minggu..

Sunday, March 11, 2007
Uwarghhh.. mengantuknye *mengeliat sambil menguap* hehehe mungkin mie kepenatan kot. eh! ape plak yg mie buat selama 2 hari nie agaknya sampai terkeluar perkataan penat tu. erm, semua orang pasti mempunyai agenda yg best2 dihujung minggu nie seperti bershopping, datting, tgk wayang dsb nya la kan?. tetapi mie pula lebih senang mengabiskan masa bersama2 keluarga mie. ada gak 2-3 org member mie ajak keluar, tapi mie katakan bahawa mak n ayah ada kat sini dan diorg faham maksud mie. diorg tahu bahawa mie takkan keluar dengan sesiapa kalau mak n ayah ada. bukan kerana takut atau mak n ayah menghalang, tetapi ini adalah satu penghormatan buat mereka sebagai orang tua mie. bersalah rasanya kalau mie keluar dengan kawan2 mie ketika mak n ayah ada kat sini. lagipun mak n ayah bukan selalu pun berada dekat dengan kami. hari rabu nie mungkin mak n ayah dah nak balik kampung semula sebab hari khamis tu ayah ada appointment dengan doktor berkenaan dengan penyakitnya tu.

Selama 2 hari nie, mie n family takde la duduk dirumah je. sabtu aritu kak lah ajak pegi jusco dia nak beli kasut, baju n seluar untuk dia pegi aerobic esok. bersemangat betul dia nak kuruskan badan nampaknya. hehe harap2 dia dapat la capai target untuk kurus macam mie. muahaha. suit utk aerobic pun dah cecah RM5++.00 dan semuanya jenama adidas. ermm.. jangan mula2 je bersemangat udah. cadangnya mie pun nak beli kasut exceli. tapi kebanyakkan kasut yg mie berkenan mesti takde saiz. sedih betul! tapi tak kisah la, sebab tak penting pun.. ('',) masa pegi jusco tu bawak mak ayah sekali. saje bawak diorg jalan2.

Tadi pulak pegi tesco. bawak mak n ayah jalan2 lagi. masa kat tesco tu ada la Pantai Medical Centre buat ujian darah, free je. memandangkan mie nie susah sangat nak pegi klinik atau hospital utk buat ujian, tadi mie telah merajinkan diri untuk membuat ujian tu sementara mak, ayah dan yang lelain pegi shopping. jururawat hosp. tu guna ape ntah untuk kuarkan darah kat jari mie *sakit sket je* tapi sampai sekarang masih ada kesan dia.. huhu. masa tgh tunggu giliran untuk check tekanan darah pula, tetiba je mie rasa sakit kepala ya amat. mie perlu cari tempat duduk. kalo tak, mungkin mie akan pengsan kat situ. rasanya ada dalam 10 menet mie duduk di bangku tak jauh dari Pantai Medical Center tu buat ujian. sakit kepala mie dah bekurang dan semasa nak pegi beratur semula, mie nengok punya la ramai orang berkerumun kat tempat ujian tu dan niat untuk meneruskan ujian tu terus terbantut. ntah bila agaknya mie berpeluang untuk buat ujian kesihatan tu.. ermmm...

Dah lama betul tak makan siput sedut. dah hari nie mie berpeluang memakannyer. ayah bawak siput sedut tu dari kampung kelmarin. sedap! teringat semasa zaman kecik2 dulu mie ngan budak2 kampung yang lain selalu cari siput kat sungai berdekatan. pastu bawak bekal siput sedut ke sekolah petang(agama). biasanya siput sedut kitaorg buat gulai labu. sedap sangat! asyik rasanya menyedut isi siput sambil menontoh TV. nengok mie khusyuk je menyedut siput, aina pun sibuk nak sedut jugak. hahaha tapi asyik tak keluar je isi siput tu dia sedut. dan mie lak jadi tukang sedut isi siput tu utk dia.. heiii nasib..

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sekejap lagi dah nak masuk hari isnin 12hb march 2007. bermakna, genab la sudah 23 tahun umur Mr'Q'.. (dia tua 12 hari je dari mie) mie tak boleh nak call atau sms dia sebab hp mie takde creadit. jadi, sempena hari lahir Mr'Q' nie, mie nak ucapkan kat sini je la:-

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 TAHUN..

SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI..
SEMOGA DIBERKATI ALLAH S.W.T..
SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN SERTA SEGALA URUSAN

DIDUNIA & AKHIRAT...



Harap2 awak tak marah la yek saya letak gambar awak nie Mr'Q'.. hehe.

Mr'Q' a.k.a Muhammad Qausar nie ialah diantara kawan lelaki yg rapat dengan mie.. kami kenal sejak di sekolah menengah dulu lagi dan menjadi rapat beberapa tahun yang lepas.. sejak Mr'ex' tinggalkan mie, Mr'Q' la banyak bagi mie semangat dan banyak menolong mie. masa mie kaple dgn MFS pun kami still berkawan rapat dan alhamdulillah MFS seolah2 memahami situasi kami. lagipun Mr'Q' sendiri mengaku bahawa dia dah punya seseorang dalam hati dia. anak ustaz katanya. cuma belum masanya untuk dia meluahkan isi hatinya pada anak ustaz tu. harapan mie, semoga dia berjaya memiliki hati anak bekas ustaz mie tu nanti.. :) tapi ntah kenapa sejak mie breakup dengan MFS nie, kami jarang berhubung. sepatutnya dia ada bersama2 mie sama seperti dia ada bersama2 mie ketika mie ditinggalkan oleh Mr'Ex' satu ketika dulu. mungkin dia agak sibuk kebelakangan nie. tak kisah la. pepon, mie doakan semoga dia berjaya dalam ape jua bidang yang dia ceburi... AJA AJA FIGHTINGG!!! ihiks..

psstt : kepala kembali berdenyut.. adeih!

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:33 PM | 0 KomeNs

Kena Tag.. (Show Me Ur Desktop)

Thursday, March 8, 2007
This is mine :-


Resolution : 960 by 600 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor
Been using this desktop since : January 2007

Semalam kena tag dengan kak faizzah dan mengikut Kata penyebar utama virus nie En. acai, desktop, arrangement, resolution mengambarkan tingkah laku kerja seseorang" mie tak tahu la pulak bahawa tingkah laku seseorg tu dapat digambarkan melalui dekstop. ada kaitan eh En. acai ?! nanti bg tahu ek cemana tingkah laku saya.

Apa yang mie tahu, dekstop yang menarik boleh mempengaruhi mood kita untuk bekerja. sebab dekstop nie kita akan selalu tengok apabila ingin memulakan sesuatu kerja. tapi, mie nak nasihatkan supaya jangan la sesekali letak gambar boyfriend. sebab ape tau, ada salah seorang kawan mie nie dia letak gambar boyfriend dia kat dekstop. satu hari tu dia gaduh dengan bf dia. masa nak mula kerja tu kan, dia tertengok gambar bf dia kat dekstop dia pastu terus takde mood nak buat kerja dah.. asyik menangis je. hehehe haru dibuatnyer. Mie selalu gak la tukar2 gambar kat dekstop mie but currently, this is the one i use.

Mie rasa sume dah terkena virus nie, so mie takmo la jadi penyebar.. :p

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aina : makcumie.. makcumie.. tadi kan masa kat carrefore kan, ada sorg budak tu dia kena tinggal dengan mama dia.
Mie : Owh, ye ke kenapa mama dia tinggal dia?
Aina : a'ah.. budak tu jalan perlahan2 tapi mak dia jalan laju2 lepas tu dia cari2 mama dia dah takde. pastu dia nangis la.
Mie : La.. lepas tu dia jumpe tak dengan mama dia?
Aina : Jumpe.. masa dia nangis2 tu ada pakcik tu, tolong.
Mie : Owh.. tu la, lain kali kakak kalo nak kemana2 pegang la tangan ibu nanti hilang macam budak tu ha, cemana.
Aina : Kakak selalu je pegang tangan ibu kalau nak pegi carrefore. *sengih2*
Mie : Macam tu la makcumie sayang *sambil cium pipi dia*

Hahahahahahaha.... ini la satu2nya anak buah mie yg paling rapat dengan mie AINA FATINI nama dia bulan 10 nie genap 5 tahun.. yang kat atas tu perbualan mie dengan dia sewaktu dia balik dari sekolah dia semalam. memang kak lah selalu bawak dia berjalan2 selepas balik dari sekolah dan aina selalu cerita tentang pengalaman dia bersekolah atau ape yang berlaku depan mata dia. contohnyer, kalo sewaktu dia balik dari sekolah dia nampak orang eksiden, balik tu dia mula la becerita dekat mie. dan ntah macamana semalam tu maybe dia dah takde idea nak becerita agaknyer. ape yg dia cerita tu sebenarnya kisah dia sendiri. dia malu agaknya nak cerita dekat mie bahawa budak yang hilang tu adalah dia. mie mati2 percaya bahawa ape yg dia cerita tu berlaku pada budak lain. mie dapat tahu cerita sebenar pun dari kak lah. sabar je la aina nie.


psstt : sakit kepala......... :(
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:32 PM | 1 KomeNs

Terima Kasih Semua..

Terima kasih abang2, kakak2, kawan2 dan semua yg telah berdoa dan memberi mie semangat untuk menempuh ujian2 nie.. :) Alhamdulillah berkat doa dari semua pihak, ayah mie mungkin dibenarkan pulang kerumah hari nie. mengikut kata doc. salur darah yg menuju ke jantung ayah tersumpat (terdapat darah beku dlm salur darah tu) dan mungkin esok ayah dan mak akan tinggal bersama2 kami di KL nie bagi memastikan keadaan ayah benar2 pulih..

Dalam sibuk2 memikirkan tentang ayah, sekali lagi mie terlupa untuk memikirkan tentang orang lain. ah, bukan orang lain tetapi ibu saudara mie sendiri yg mana masa mie kecil2 dia lah yg sering bermain dengan mie dan sering membeli mainan buat mie. mak itam (ibu saudara mie-adik mak) telah pergi mengadap ilahi kelmarin. hari yang sama mie balik untuk menjenguk ayah. arwah mak itam memang baik sangat! oleh kerana dia tidak mempunyai anak perempuan, dia mengambil ramai anak angkat perempuan. arwah mak itam semasa hayatnya memang mempunyai masalah dengan jantungnya (pakai bateri) tetapi masa dia dimasukkan kehospital jumaat lalu doc. kata jantung dia takde masalah tetapi buah pinggang dia dijangkiti kuman. arwah dimasukkan ke hospital jumaat aritu. sebelum2 tu arwah sihat je. mak kata, masa dia dimasukkan ke hospital tu arwah tak rasa sakit pun cuma rasa penat je. pastu lepas sampai hospital, doc. suntik ubat tido dan arwah terus koma sehinggalah dia menghembuskan nafas yg terakhir. tiada kata2 terakhir dari arwah. terkilan sangat. pepon, semoga roh arwah diterima disisi allah s.w.t dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Cadangnya pagi selasa tu kami nak bertolak lewat sikit tetapi apabila mendapat tahu mak itam meninggal, lepas subuh terus begerak balik kampung dan terus ke rumah arwah. alhamdulillah kami sempat melihat mayat arwah dan mie sempat mencium pipi arwah buat kali terakhir. selepas ini kami pasti merindui mak itam yang sangat penyayang.

Sebolehnya mie nak stay kat kampung tu 2-3 hari lagi. tetapi, atas sebab2 yang berkaitan dengan kerja mie, mie terpaksa pulang petang semalam ke KL. mie tumpang abang sepupu mie yang kebetulan ingin balik kl pada hari yang sama.

~*~*~*~*~*~*~*~

Nampaknyer ramai yang vote genting, satay kajang dan taman tasik titiwangsa.. mie dah vote semalam. mie vote TASIK TITIWANGSA... hehehe genting dan satay kajang tu menarik gak. tetapi apabila memikirkan tempat tu jauh dan mie tak tahu cara nak pegi nanti, so mie pilih taman tasik titiwangsa je la. dekat sket. lagipun mie masih dalam proses untuk mengenali ahli2 Msjbox jadi mie rasa biarlah sebolehnya buat yang dekat2 dulu nanti bila dah kenal betul2 mie pasti tak kisah nak buat kat mana2 tempat pun. iks! mie nie pentingkan diri sendiri pulak. hehehe pepon ikut persetujuan orang ramai je la.. insya'allah kalo bukan kat TASIK TITIWANGSA pun mie cuba la luangkan masa mie untuk gathering Msjbox nie..

p/s : Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. sabar yer umi..... ;)

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:34 AM | 2 KomeNs

Maafkan umie.. AYAH.

Monday, March 5, 2007
Berita yang mie dapat maghrib tadi betul2 mengejutkan mie..

..."ayah sesak nafas dia masuk hospital petang tadi.." kata2 dari kak dah betul2 buat mie terkejut. lemah seluruh badan mie dan laju je air mata nie mengalir. 2-3 menjak nie, mie terlalu rindukan mak.. terlalu fikirkan tentang mak sehingga mie terlupa seketika tentang ayah. sedangkan ayah dan mak sangat penting dalam kehidupan mie. maafkan umie ayah..

..."jangan risau la, td mak cakap keadaan ayah dah stabil.." kak dah cuba tenangkan mie. tapi, tak tahu kenapa mie rasa bertambah sedih. mak memang begitu. semuanya ok, baik, tak apa2. jika dia sakit sekalipun dia akan kata ok, ok, tak apa2, mak sihat sume. kenapa? sebab mak taknak kami adik beradik risaukan mereka. kenapa la agaknya mereka boleh berfikiran macam tu. terasa diri mie nie macam anak yang tak berguna je.

Saat nie, mie betul2 risaukan ayah n mak. betul ke keadaan ayah dah stabil? mak kat spital tu makan ape la agaknya?.. aduh! rasa nak je balik kampung malam nie jugak. tapi tak boleh.. sbb ann lak tak sihat. dia cakap kalo dia dah ok, esok pagi2 baru nak bertolak balik kampung. masa nie mula la terfikir kalau la doraemon tu wujud, mie nak je pinjam pintu masa dari dia. nak peluk mak, nak cium tangan ayah. nak mintak maaf sbb mie rasa mie gagal jadi anak yg baik.

Akhir2 nie mie sering diuji, dan hari ini allah menguji mie lagi. mungkin menguji sejauh mana kasih sayang mie terhadap org tua mie. Insya'allah, apapun yang akan berlaku, mie tetap akan balik esok. bagi mie ini adalah salah satu bukti bahawa mie sangat sayangkan mereka.

~*~*~*~*~*~*~*~

Mie cuba tenangkan hati mie agar tidak terlalu memikirkan tentang ayah dan mak. seperti biasa mie melangkah dari satu blog ke satu blog sehinggalah secara tak sengaja mie terbuka blog dia.. ntah bagaimana hati mie tersentuh lagi dan dalam tak sedar mie menangis kembali. coretannya mie baca sehingga habis dan ada note di akhir coretannya dan mie pasti note tu untuk mie..

Merasa cinta pada seseorang adalah suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah swt. Manusia itu dilahirkan dalam keadaan fitrahnya suka disayangi dan menyayangi (Sense of belonging) saling memiliki gitu. Dan merasa cinta itu tidak salah, tapi pendamkanlah dulu hingga korang dan aku sampai ke masa yang mana korang dan aku sudah bersedia untuk melamar si dia menjadi permaisuri/raja di hati korang (maksud aku nikah le).

Kerna AMAT payah untuk seorang yang bergelar manusia itu untuk menjaga tatatertib dalam bercinta dan meluahkan rasa cinta kepada pasangannya. Tahukah anda bahawa berangan nak kawin kat atas kereta kuda dan sebagainya ketika hangat dilamun cinta itu salah? Kerana angan-angan itu akan membawa korang khayal. Dan khayal itu dilarang kerana syaitan akan masuk ke dalam hati manusia bila dia jauh dari Tuhannya.

Maka bila mana manusia jauh dari Tuhannya, syaitan masuk jarum, faham-faham sendirilah akibatnya. KAMU seorang lelaki dipertanggungjawabkan untuk memelihara wanita dari kerosakan. Jika kamu seorang lelaki, membawa seorang wanita ke alam khayalan tiada bertepi maka kamu telah menyalahi amanah Allah kepada kamu tau tak? (Termasuk ingatan ini untuk aku juga.. hehe)

Kamu menyatakan bahawa, "saya mencintai awak ikhlas... saya nak membimbing awak ke arah kebaikan...". Ke arah kebaikan yang mana satukah yang kamu (lelaki) nak bawa si gadis itu jika kamu asyik masyuk membelai asmara dengan si dia. Asyik berbual, gurau senda, cubit-cubitan, senggol-senggolan, cintaku 100 persen, bunga-bunga cinta, dedebu cinta dan sebagainya hingga dia hanyut dalam badai cinta. Apakah kamu sedang menunaikan amanah itu, atau kamu sedang menghancurkan amanah itu. Adakah kamu sedang membimbing si dia ke arah Allah atau kamu sedang membawa dia JAUH dari Allah?

Pernikahan adalah suatu yang sangat suci. Nikah adalah syariat Allah swt dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Maka sesuatu yang bergelar syariat Allah dan sunnah Rasul Allah sudah pasti suatu yang suci dan sangat tinggi nilainya. Jika kamu (lelaki) mahu membina sebuah rumah yang kukuh dan cantik. Ada kolam renang dan ada taman. Maka dah tentulah kamu akan mencari tapak yang kukuh dan strategik. Begitu juga dengan rumahtangga. Untuk memiliki rumahtangga yang dirahmati Allah, permulaannya dan asasnya mesti juga dirahmati Allah.

Kalau masa bercinta juga sudah tiada rahmat Allah, apakah mungkin Allah akan menyayangi rumahtangga yang akan kamu bina itu? Renungkanlah sahabat lelaki ku semua. Ini tanggungjawab lelaki. Kerana wanita itu bersifat lembut seperti kapas. Mereka memerlukan lelaki sebagai pemimpin dan penunjuk jalan kepada Allah. Jika lelaki pun sudah terpesong dan tergelincir, bagaimanakah nasib muslimah-muslimah pula? Walaupun wanita itu ibarat racun dunia, penawarnya bukan di tangan wanita. Allah jadikan di tangan wanita itu racun kepada dunia, dan dikurniakan penawar racun dunia itu kepada lelaki. Jangan bazirkan penawar itu.

Note : Saya minta maaf pada awak kerana tak dapat teruskannya... Moga Allah menggantikan insan yang terbaik untuk awak...

Buat awak.. sejak awak menyatakan hasrat awak untuk berpisah, saya dahpun memaafkan awak. saya tahu awak punya alasan tersendiri dan saya yakin bahawa alasan awak sangat kukuh dan saya percaya bahaya setiap keputusan yang awak buat adalah yang terbaik untuk diri awak. cuma saya terkilan dengan cara awak meninggalkan saya. sebenarnya, selepas saya breakup dengan Mr'ex' saya betul2 dah tawar hati untuk terima lelaki lain. bukan kerana saya masih setia atau masih teringatkannya. cuma saya ingin bagi ruang pada diri saya untuk bersendirian. berfikir ape jalan seterusnya yang patut saya ambil. tapi, ntah bagaimana kita dipertemukan dan awak bersungguh2 menyakinkan saya bahawa awak ingin meleyapkan kesedihan, menyayangi saya sekaligus membimbing saya. dan sekarang nie saya tak tahu samada awak masih ingat atau tidak janji2 awak tu.

~*~*~*~*~*~*~*~

Arghhh! STOP..! STOP..! STOP..! kepala dah pusing.. mie nak tdo.... SELAMAT MALAM SEMUA..

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:46 PM | 2 KomeNs

Peliknya mie..

Sunday, March 4, 2007
Nampaknya sume orang sibuk buat entri pasal APA YG PELIK TETANG DIRI mereka di blog masing2.. dan hari nie mie ingat mie nak becerita jugak la APA YG PELIK TENTANG DIRI MIE nie.. sekadar suka2 je.

SAKIT..
Alhamdulillah, selama 23 tahun mie idop kat dunia nie mie tak pernah sakit yg serius2.. demam pun adala dalam 4 tahun sekali kot. sebab, seingat mie la mie pernah demam teruk masa darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 5. masa tingkatan 5 tu la kali terakhir mie demam sampai sekarang alhamdulillah mie masih tak terkena virus tu lagi. harap2 biar la sampai dah kawen nanti tak demam. bukan sebab ape, mie nie kalo demam memang teruk, nak bangun pun tak boleh. masa mie demam darjah 1 ngan darjah 4 tu mak la yg uruskan mie manakala masa ting. 1 dan 5 tu kawan2 mie la yg banyak tolong mie. masa tu, kawan2 mie layan mie tak ubah macam anak raja. diorg carring sangat. itu lah salah satu sebab kenapa mie rindu sangat kat zaman sekolah dulu.. nengok la nanti kalo ada masa mie nak cerita serba sedikit kenangan2 masa mie sekolah dulu.

KARTUN..
Mie suke sangat tengok kartun. tak tahu la kenapa. kalo hari minggu tu, pagi2 dah tercongok kat depan tv tengok kartun.. hahaha malu la. jangan kutuk tau!

HUJAN..
Mie suka bermain hujan. dulu masa kecik2, mie paling suke main bola sepak dalam hujan kat padang sekolah. balik2 umah je mak bising2 sebab baju kotor. (dulu mie nie lasak. skrg je dh jd lemah lembut sket. cewah! tuih.. tuih..) aritu mie ada citer pasal mie ngan acik suke lepak2 kat taman tasik taiping kan? pernah la 2-3 kali masa kami tgh dok lepak2 bawah pokok tu kan, hujan turun dengan lebatnya. so, bermain hujan la kitaorg.. habis basah kuyup. last2 dok bawah aircond FAJAR utk keringkan baju. hahaha.. sekarang nie kalo hujan, mie tetiba je keluar umah semata2 untuk bermain hujan ada lak yg kata otak mie dah tak betul. hehe so, semasa mie tgh bawak motor bersama achik atau pun sengsorang n tiba2 hujan turun mencurah2 mie takkan berhenti di bus stop atau bawah2 jambatan, sebaliknya mie akan teruskan perjalanan sambil menikmati hujan..

JIWA SENSITIP..
Mie bukanlah seorang yang pemarah exceli. tapi, kalo mie marah memang teruk la pastu mie mesti menanges padahal org yg kena marah tu relaks je. pastu, mie tak boleh la nengok org marah budak2 kecit nie sbb, mesti mie yg rasa nak nanges.. tapi kalo mie yg marah budak2 tecit tu takpe la pulak.. :D

BANTAL BERSEPAH..
huhu sama macam shai.. atas katil mie sekarang nie ada 7 biji bantal (termasuk bantal kecik 2 biji) hehehe puncanya dedulu mie nie penakut sket. bila mak suruh mie tdo asing dengan dia kan, mie mula la buat kubu keliling tempat tdo mie tu. kiranya bila dah banyak bantal tu, takde la makhluk yang tak diundang datang untuk tumpang tdo sekali dengan mie sbb katil dah takde ruang. hehehe sampai la sekarang nie dah jadi terbiasa plak tido bertemankan bantal2 yg bersepah. salah satu bantal mie akan letak atas badan mie sbb org kata kalo taknak kena tindih dengan h**** kena letak something atas badan kita dan satu lagi bantal mie akan tutup muke sbb kalo tak buat camtu, mie rasa macam ada org tengok mie je.. waaa, tolong! meremang bulu roma mie dah nie..

KERJA RUMAH
Walaupun dirumah mie ada orang gaji, tapi mie tak pernah suruh dia buat kerja2 seperti membasuh baju, kemas bilik dan iron baju mie. sedangkan mie punya hak untuk mengarah dia untuk buat sume tu. sebaliknya, mie lebih berpuas hati jika mie sendiri yang lakukan sume kerja2 tu. biasanya baju2 kerja, mie akan basuh sendiri guna tangan manakala baju/kain2 yg biasa tu baru mie basuh guna washing machine. mungkin kerana sejak kecil mie sudah terbiasa melakukan sume kerja2 tu sendiri. lagipun kesian tgk maid mie tu. cukup la dia dah uruskan aina n arif dan kemas satu umah.

MAKEUP..
Muka mie nie seolah2 tak sesuai apabila dimakeup. tak tahu la kenapa mie rasa muka mie macam badut je bila dimakeup jadi, selama nie mie tak pernah makeup la apabila nak keluar pegi kerja atau keluar jalan2. kecuali mie hanya pakai bedak je itupun lepas ambil air semayang dah malas nak berbedak2 balik dah. masa kerja kat majutera dulu, adala sorg akak nie suke makeupkan mie.. tapi tak sampai sejam mie dah pg basuh muke. lipstik pun seolah2 tak lekat kat bibir mie ni. x sampai sejam dah hilang.. hehehehe.

JACKET AND BAG..
2 mende alah nie dah jd syarat wajib bagi mie kalo nak keluar kemana2. tak selesa rasanya kalo keluar tanpa jacket dan bag. tapi kalo tak pakai jacket, baju mie mesti berlengan panjang.. tak kiralah tengah panas terik ke, mesti pakai jacket. rasanya dalam almari mie tu ada lebih 10 pasang jacket kot. *hehehe gila jacket btol!*. dalam bag mie mesti ada air masak. :)

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Erm, tu je la kot yang mie rasa PELIK TENTANG diri mie.. ingat nak buat 7 je, tapi dah terlebih pulak. mie suka no. 7 dan 3 mungkin disebabkan mie nie anak no. 7 drp 7 adik beradik dan mie dilahirkan di bulan tiga. tapi, bulan 3 asyik membawa kesedihan je buat mie.. sob.. sob.. sob..

Ha, nie la buat pertama kalinya mie melaram bagai nak rak. masa nie wedding dinner opis mate mie kat PWTC. kena paksa pakai camtu.. huhu ayu tak?! masa tu kan, sume org tak percaya nengok mie pakai camtu.. kelakar la bila ingat2 balik. ntah bila la dapat pakai camtu lagik?!.. :p

Psstt : Berharap sangat tahun 2007 nie meninggalkan kenangan yang paling indah buat mie... :)

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 8:19 PM | 0 KomeNs

Naluri seorang ibu..

Thursday, March 1, 2007
Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke-4 mie bangun awal.. dan mie lakukan pekara yang sama seperti beberapa hari lalu.. membaca quran sementara menunggu subuh.. tenang dan lapang sungguh hati mie ketika ini walaupun dihimpit dengan berbagai masalah dan dugaan.. selepas habis solat, mie kembali mengambil alquran tadi.. alquran sederhana besar itu mie belai dan mie cium.. ntah kenapa mie rindu sangat pada pemberi alquran tu iaitu mak. alquran tu dibeli oleh mak kat mekah ketika dia pegi haji tahun 2001 lalu.. "jangan tinggal sembahyang dan bacalah alquran selalu..." itu lah yang selalu diingatkan oleh mak terhadap mie.

Malam semalam...
Talifon berbunyi ketika mie dan adik beradik mie yg lain sedang menonton tv... ann angkat.

Ann : Assalamualaikum..
*diam*
Ann : Owh! mak.. ape khabar?
*diam*
Ann : Umi ada tu tengah tengok tv.
*diam*
Ann : Mak mimpi umie apa?..
*diam*
Ann : Alaa, umie tu kan memang macam tu.. pantang orang tegur/marah sikit mesti menangis... mak nak cakap dengan dia ke?
*diam*

Dalam hati mie dapat mengagak ann dan mak bercakap mengenai mie.. tapi, masa bila pulak mie menangis kena marah nie? dan ape kaitan dengan mimpi2 plak?

Ann menyerahkan talifon kepada mie..

Mie : Assalamualaikum..
Mak : Waalaikumussalam.. ape khabar? ( selalunya mie dahulu yg akan tanya khabar mak)
Mie : Alhamdulillah sihat sangat.. Mak pulak ape khabar, tangan mak dah ok ke?
Mak : Alhamdulillah sihat.. tangan ada rasa sakit sikit2 lagi..
Mie : Ingat pesan doktor, mak jangan buat kerja berat2 tau.. mak dah makan ke belum nie?
Mak : Yer laa.. mak tengah tunggu ayah hang balik masjid..
Mie : Mak masak ape hari nie. . (soalan yang selalu mie tanya setiap kali talifon mak)
Mak : Masak gulai tempoyak, gulai keladi pastu ada la masak sayur sikit..
Mie : Wahh! sedap tu.. rindu la nak makan masakan mak..
Mak : *mak ketawa* yer lah tu...
Mie : Ha.. tadi tu mengumpat ape dengan ann pasal umie??
Mak : *mak ketawa lagi* (kemudian suara mak berubah perlahan) Nie mak nak tanya, umie ada masalah ke?
Mie : Takder la mak.. umie ok je. kenapa nie?
Mak : 2-3 hari nie Mak mimpi umie macam orang susah hati je.. mak nampak umie menangis2. macam ada masalah besar, itu yang mak tanya ann tadi tu kot umie ada ape2 masalah.
Mie : (waktu nie mie betul2 sebak.. tak tahu nak cakap ape.. nak je mie menangis2 waktu tu bagi tahu ape yang mie rasa, namun mie gagahkan juga diri untuk bercakap seperti biasa ) takder ape la mak.. mie ok je. pasal masalah mie tu mak jangan risau, mie masih boleh kawal. tapikan mak, mie pun ada mimpi mak aritu tau.. sebab tu mie talifon mak kelmarin. tapi ayah cakap mak kat umah mak ndak. (memang kebiasaanya mie akan talifon mak kalau mie mimpi dia)
Mak : ooo waktu tu mak pegi hantar barang kat umah mak ndak hang. Lega hati mak umie tak ape2.. jangan fikirkan sangat masalah tu. jangan lupa sembahyang, buat sembahyang hajat mintak petunjuk dari allah dan bacalah alquran selalu. insya'allah hati akan tenang..

Itulah diantara perbualan mie dengan mak. mak dah banyak sangat berjasa pada mie.. sejak dari mie lahir hingga saat mie berusia 23 tahun nie pun mak masih menabur jasa... mie takut sangat sekiranya mie tak sempat nak balas jasa2 mak tu.. sungguh! mie takut.. sebab tu seboleh2nya mie taknak mak tahu ape yang mie rasa saat nie.. betapa mie risau, susah hati dan sedih sangat.. tapi akhirnya mak tahu juga.. walaupun mie tak bagi tahu, tapi mak sendiri dah melihatnya walaupun hanya dalam mimpi.. risau, sedih dan susah hati. semua yang mak nampak dalam mimpi tu adalah hakikat sebenar diri mie sekarang nie. mie terpaksa berlagak seperti biasa ketika bercakap dengan mak semalam. biar mak tahu bahawa mimpinya tu hanya mainan tidur semata2.. mintak maaf mak.. umie terpaksa berbohong.. mie taknak mak risau..

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 7:30 AM | 2 KomeNs