KESIHATAN
Alhamdulillah walaupun mie diberi berbagai dugaan, tapi tahap kesihatan mie amat memuaskan. selain sinus mie takde sakit ape2 lagi. tak pernah masuk spital dan tak pernah demam sejak umo 18 tahun walaupun suka bermain hujan. syukur sangat! tak payah nak jumpe doktor. (tak suka..) tapi, mie alah dengan habuk.
FIZIKAL
Mie nie kecik je orangnyer.. tinggi 156cm n berat 42kg kot. bermata sepet, berpipi tembam.. lagi ape ek? tak tahu nak citer cemana lagi dah.. tgk la gambar mie tu. hehehe...
GAYA HIDUP
Mie mengamalkan gaya hidup yang sederhana kerana mie sangat simple orangnya.. mie tak kisah kalau jalan2 dengan hanya memakai jeans, t-shirt n selipar (mmg selalu pun) tapi biasanya kalau mie kuar jalan2 naik skuter, mie akan pakai jacket n kasut. pegi opis pun mie biasa pakai jeans, t-shirt, jacket n selipar je. mie keje bahagian teknikal so, tak perlu pakai formal sangat. mie tak banyak barangan berjenama kerana bagi mie ianya tak penting asalkan selesa. so, mie akan pakai ape yg ada je la. mie takde alat make up dan wajah mie tak memerlukan pembersih muka yg mahal2.
PEMAKANAN
Dalam soal makanan juga mie tidak cerewet. mie makan ape yg ada. cuma mie kurang minat makan gulai2 yg menggunakan santan. mie juga jenis yang tak banyak makan sebab tu kot berat mie maintain 45kg n kebawah.. huhuhu tapi sejak 2 menjak nie mie nampak berisi sket tang pipi n peha.. adeih.
SIKAP
Tak tahu nak explain cemana sikap mie.. tapi rasanya rahsia bulan kelahiran kajian dr. fadhilah kamsah nie macam ada kena mengena je. layan je la.....
MAC
*
KESALAHAN YG PALING BESAR
Bersikap kurang ajar dengan arwah kakak mie 10 tahun lepas. sampai sekarang menyesal. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. ameeen.
Ntah kenapa, mie rasa tak patut mie paste email dia kat blog mie semalam.. Email tu hanya untuk mie baca bukan orang lain.. "maafkan saya kalau buat awak tersinggung dengan perbuatan saya semalam" mie tahu, biar apa jua alasan yang dia beri untuk menamatkan epilog cinta kami, hakikatnya antara kami sememangnya tidak ada jodoh. dari email yang dia bagi, mie sedar satu pekara bahawa sekiranya benar alasan yang diberi (BERPISAH DGN MIE KERANA ALLAH) mie lah yang TAK LAYAK untuk dia.. selama nie mie memang sering menyalahkan dia diatas ape yg terjadi walaupun mie yakin bahawa dia punya alasan tersendiri dan sudah pasti alasannya adalah sesuatu yang terbaik untuk kami berdua. cuma mie sering terfikir.. kalau benar alasannya adalah sesuatu yang terbaik untuk kami, kenapa dia tak berterus terang dengan mie sejak awal2 lagi. kenapa biarkan mie tertanya2. kenapa perlu tunggu tempoh sebulan baru nak bagi tahu semua alasan2 tu? itu pun hanya melalui email yang mie baru berpeluang membacanya kelmarin.
2 bulan lepas mie rasa cukup tenang.. ape yg berlaku antara mie dan dia, mie hanya menganggap satu mimpi.. sebab tu mie delete friendster dia daripada list friends profile mie.. dan bukan itu sahaja, malah id YM dan No. talifon dia sekali mie delete. sebab mie taknak ingat ape2 pasal dia. tapi itu tak bermakna mie benci dia. sewaktu dia membuat keputusan untuk berpisah dengan mie melalui sms, mie turuti kehendak dia tanpa bertanya kenapa n mengapa dia buat begitu. sebab bagi mie dia berhak membuat keputusan tentang kehidupan dia. dia berhak memilih arah jalan kehidupan dia dan mie rasa mie juga punya hak untuk memilih jalan kehidupan mie. mie memilih untuk gembira dan bahagia daripada berdukalara akibat perpisahan yg dia wujudkan. jadi mie perlu lakukan sesuatu. lagipun masa tu tak ramai yg tahu ape yg berlaku pada mie, jadi mie perlu motivate diri mie sendiri, mie terpaksa buat begitu supaya mie tak terus bersedih. cukup la ape yang mie sudah alami ketika kecewa buat pertama kali dlu.
Sesape yg kenal mie, mesti akan cakap mie nie seorang yang tak bermasalah. sbb dari sudut luaran, mie nie jenis happy go lucky. suka bercakap, suka ketawa, suka buat lawak dan susah sangat nak nengok mie menangis depan orang. lagipun mie nie bukan lah jenis yg suka sangat nak layan2 perasaan nie. tapi, hakikatnya mie selalu menangis malam2. dia tahu mie macamana. sebelum mie terima dia mie dah cerita segalanya tentang mie dan juga dia berjanji untuk lenyapkan kesedihan mie. sekiranya dia ceritakan segala2nya sejak dari awal kenapa dia inginkan berpisah tentu mie tak kisah dengan janji2 yg dia buat tu.
Kalau dia rasa dia tak bersalah dan tindakan yg dia lakukan itu adalah betul, kenapa harus takut untuk berdepan dengan mie. dulu mie benci sangat dgn Mr'ex' dan ape yg Mr'ex' lakukan adalah lebih teruk berbanding dia. tapi Mr'ex' masih berani berdepan dengan mie. tak jemu memohon maaf dan tak jemu mengambil hati mie untuk menerima dia sebagai kawan. alhamdulillah sekarang kami masih berkawan...
Mie tak tahu nak cakap ape dah, kalau mie ada kuasa mie nak padamkan semua kenangan2 pahit yang pernah mie lalui..
7 KomeNs
saya bukan nak marah ape kak syeda, saya pelik kenapa lelaki nie susah sangat nak berterus terang sebab2 diorg mintak berpisah tu. padahal, masa propose tu kemain lagik sebut2 nama allah. buat semayang istikharah la ape la. itu je.. tapi, ikhlas saya katakan saya tak pernah berdendam dengan sesiapa. kalau boleh, saya nak sume lelaki2 yg pernah permainkan perasaan saya tu tahu bahawa saya bahagia n tenang sekali dengan keputusan yg mereka buat. dan selepas tu, tolong jangan muncul dalam hidup saya lagi. untuk menukar title percintaan kpd persahabatan tu sangat susah ianya memerlukan masa yg agak panjang.
Dengar cerita kak syeda, saya yakin satu hari nanti saya pun akan kecapi kebahagiaan bersama org yg ikhlas menyayangi saya..
" Once upon a time, there was a teacher and his student lying down under a big tree near a big grass area. Then, suddenly, the student asked the teacher,
Student : Teacher, I'm confused, how can we find our soul-mate? Can you please help me?
Teacher : (Silent for few second, than he answer) Well, it's a pretty hard and easy question.
Student : (Thinking hard) Huh
Teacher : Look on that way, there are a lot of grass there, why don't you walk there but please never walk backward, just walk straight ahead. On your way, try to find a beautiful grass and pick it up then give it to me. But just one.
Student : Well, ok then... wait for me... (walked straight ahead to the grass field).
A few minutes later...
Student : I'm back.
Teacher : Em,! well I don't see any beautiful grass on your hand.
Student : On my journey, I found few beaut iful grass, but I thought that I would find a better one, so I didn't pick it up. But I didn't realizethat I'm at the end of the field, and I hadn't picked up any. Cause you told me not to go back, so I didn't go back.
Teacher : That's what happened in real life.
What is the message of this story?
* Grass - is people around you
* Beautiful Grass - is people that attract you
* Grass Field - is time
In looking for your soulmate, please don't always compare and hope that there will be a better one. By doing that, you'll waste your lifetime, cause remember "Time Never Goes Back".It applies the same in finding your ideal life partner, your suitable career or business, therefore the morale is LOVE & grab hold of the opportunity that you have now, don't waste time... "
semoga umie tabah..
dan..
Terima kasih diatas semangat yg kak dhia bg .. selalunya org yg pernah alami(kekecewaan) yg akan memahami situasi(kekecewaan) org lain..
Pada malam la biasanya segala yg terbuku dihati dilepaskan.. terima kasih malam.. :) syukur kepada allah s.w.t.