Kena Tag.. (Show Me Ur Desktop)

Thursday, March 8, 2007
This is mine :-


Resolution : 960 by 600 pixel (right clik/properties/setting)
Laptop, LCD or CRT monitor : CRT monitor
Been using this desktop since : January 2007

Semalam kena tag dengan kak faizzah dan mengikut Kata penyebar utama virus nie En. acai, desktop, arrangement, resolution mengambarkan tingkah laku kerja seseorang" mie tak tahu la pulak bahawa tingkah laku seseorg tu dapat digambarkan melalui dekstop. ada kaitan eh En. acai ?! nanti bg tahu ek cemana tingkah laku saya.

Apa yang mie tahu, dekstop yang menarik boleh mempengaruhi mood kita untuk bekerja. sebab dekstop nie kita akan selalu tengok apabila ingin memulakan sesuatu kerja. tapi, mie nak nasihatkan supaya jangan la sesekali letak gambar boyfriend. sebab ape tau, ada salah seorang kawan mie nie dia letak gambar boyfriend dia kat dekstop. satu hari tu dia gaduh dengan bf dia. masa nak mula kerja tu kan, dia tertengok gambar bf dia kat dekstop dia pastu terus takde mood nak buat kerja dah.. asyik menangis je. hehehe haru dibuatnyer. Mie selalu gak la tukar2 gambar kat dekstop mie but currently, this is the one i use.

Mie rasa sume dah terkena virus nie, so mie takmo la jadi penyebar.. :p

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Aina : makcumie.. makcumie.. tadi kan masa kat carrefore kan, ada sorg budak tu dia kena tinggal dengan mama dia.
Mie : Owh, ye ke kenapa mama dia tinggal dia?
Aina : a'ah.. budak tu jalan perlahan2 tapi mak dia jalan laju2 lepas tu dia cari2 mama dia dah takde. pastu dia nangis la.
Mie : La.. lepas tu dia jumpe tak dengan mama dia?
Aina : Jumpe.. masa dia nangis2 tu ada pakcik tu, tolong.
Mie : Owh.. tu la, lain kali kakak kalo nak kemana2 pegang la tangan ibu nanti hilang macam budak tu ha, cemana.
Aina : Kakak selalu je pegang tangan ibu kalau nak pegi carrefore. *sengih2*
Mie : Macam tu la makcumie sayang *sambil cium pipi dia*

Hahahahahahaha.... ini la satu2nya anak buah mie yg paling rapat dengan mie AINA FATINI nama dia bulan 10 nie genap 5 tahun.. yang kat atas tu perbualan mie dengan dia sewaktu dia balik dari sekolah dia semalam. memang kak lah selalu bawak dia berjalan2 selepas balik dari sekolah dan aina selalu cerita tentang pengalaman dia bersekolah atau ape yang berlaku depan mata dia. contohnyer, kalo sewaktu dia balik dari sekolah dia nampak orang eksiden, balik tu dia mula la becerita dekat mie. dan ntah macamana semalam tu maybe dia dah takde idea nak becerita agaknyer. ape yg dia cerita tu sebenarnya kisah dia sendiri. dia malu agaknya nak cerita dekat mie bahawa budak yang hilang tu adalah dia. mie mati2 percaya bahawa ape yg dia cerita tu berlaku pada budak lain. mie dapat tahu cerita sebenar pun dari kak lah. sabar je la aina nie.


psstt : sakit kepala......... :(
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:32 PM |

1 KomeNs

Chot..
hehehe ye ke chot? saya letak gambar diorg sbb diorg la semangat saya... :)