Dalam sibuk2 memikirkan tentang ayah, sekali lagi mie terlupa untuk memikirkan tentang orang lain. ah, bukan orang lain tetapi ibu saudara mie sendiri yg mana masa mie kecil2 dia lah yg sering bermain dengan mie dan sering membeli mainan buat mie. mak itam (ibu saudara mie-adik mak) telah pergi mengadap ilahi kelmarin. hari yang sama mie balik untuk menjenguk ayah. arwah mak itam memang baik sangat! oleh kerana dia tidak mempunyai anak perempuan, dia mengambil ramai anak angkat perempuan. arwah mak itam semasa hayatnya memang mempunyai masalah dengan jantungnya (pakai bateri) tetapi masa dia dimasukkan kehospital jumaat lalu doc. kata jantung dia takde masalah tetapi buah pinggang dia dijangkiti kuman. arwah dimasukkan ke hospital jumaat aritu. sebelum2 tu arwah sihat je. mak kata, masa dia dimasukkan ke hospital tu arwah tak rasa sakit pun cuma rasa penat je. pastu lepas sampai hospital, doc. suntik ubat tido dan arwah terus koma sehinggalah dia menghembuskan nafas yg terakhir. tiada kata2 terakhir dari arwah. terkilan sangat. pepon, semoga roh arwah diterima disisi allah s.w.t dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Cadangnya pagi selasa tu kami nak bertolak lewat sikit tetapi apabila mendapat tahu mak itam meninggal, lepas subuh terus begerak balik kampung dan terus ke rumah arwah. alhamdulillah kami sempat melihat mayat arwah dan mie sempat mencium pipi arwah buat kali terakhir. selepas ini kami pasti merindui mak itam yang sangat penyayang.
Sebolehnya mie nak stay kat kampung tu 2-3 hari lagi. tetapi, atas sebab2 yang berkaitan dengan kerja mie, mie terpaksa pulang petang semalam ke KL. mie tumpang abang sepupu mie yang kebetulan ingin balik kl pada hari yang sama.
Nampaknyer ramai yang vote genting, satay kajang dan taman tasik titiwangsa.. mie dah vote semalam. mie vote TASIK TITIWANGSA... hehehe genting dan satay kajang tu menarik gak. tetapi apabila memikirkan tempat tu jauh dan mie tak tahu cara nak pegi nanti, so mie pilih taman tasik titiwangsa je la. dekat sket. lagipun mie masih dalam proses untuk mengenali ahli2 Msjbox jadi mie rasa biarlah sebolehnya buat yang dekat2 dulu nanti bila dah kenal betul2 mie pasti tak kisah nak buat kat mana2 tempat pun. iks! mie nie pentingkan diri sendiri pulak. hehehe pepon ikut persetujuan orang ramai je la.. insya'allah kalo bukan kat TASIK TITIWANGSA pun mie cuba la luangkan masa mie untuk gathering Msjbox nie..
p/s : Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.. sabar yer umi..... ;)
2 KomeNs
Terima kasih..
Semoga ayah Umie kembali sembuh... sihat walafiat...