Cerita Hujung Minggu..

Sunday, March 11, 2007
Uwarghhh.. mengantuknye *mengeliat sambil menguap* hehehe mungkin mie kepenatan kot. eh! ape plak yg mie buat selama 2 hari nie agaknya sampai terkeluar perkataan penat tu. erm, semua orang pasti mempunyai agenda yg best2 dihujung minggu nie seperti bershopping, datting, tgk wayang dsb nya la kan?. tetapi mie pula lebih senang mengabiskan masa bersama2 keluarga mie. ada gak 2-3 org member mie ajak keluar, tapi mie katakan bahawa mak n ayah ada kat sini dan diorg faham maksud mie. diorg tahu bahawa mie takkan keluar dengan sesiapa kalau mak n ayah ada. bukan kerana takut atau mak n ayah menghalang, tetapi ini adalah satu penghormatan buat mereka sebagai orang tua mie. bersalah rasanya kalau mie keluar dengan kawan2 mie ketika mak n ayah ada kat sini. lagipun mak n ayah bukan selalu pun berada dekat dengan kami. hari rabu nie mungkin mak n ayah dah nak balik kampung semula sebab hari khamis tu ayah ada appointment dengan doktor berkenaan dengan penyakitnya tu.

Selama 2 hari nie, mie n family takde la duduk dirumah je. sabtu aritu kak lah ajak pegi jusco dia nak beli kasut, baju n seluar untuk dia pegi aerobic esok. bersemangat betul dia nak kuruskan badan nampaknya. hehe harap2 dia dapat la capai target untuk kurus macam mie. muahaha. suit utk aerobic pun dah cecah RM5++.00 dan semuanya jenama adidas. ermm.. jangan mula2 je bersemangat udah. cadangnya mie pun nak beli kasut exceli. tapi kebanyakkan kasut yg mie berkenan mesti takde saiz. sedih betul! tapi tak kisah la, sebab tak penting pun.. ('',) masa pegi jusco tu bawak mak ayah sekali. saje bawak diorg jalan2.

Tadi pulak pegi tesco. bawak mak n ayah jalan2 lagi. masa kat tesco tu ada la Pantai Medical Centre buat ujian darah, free je. memandangkan mie nie susah sangat nak pegi klinik atau hospital utk buat ujian, tadi mie telah merajinkan diri untuk membuat ujian tu sementara mak, ayah dan yang lelain pegi shopping. jururawat hosp. tu guna ape ntah untuk kuarkan darah kat jari mie *sakit sket je* tapi sampai sekarang masih ada kesan dia.. huhu. masa tgh tunggu giliran untuk check tekanan darah pula, tetiba je mie rasa sakit kepala ya amat. mie perlu cari tempat duduk. kalo tak, mungkin mie akan pengsan kat situ. rasanya ada dalam 10 menet mie duduk di bangku tak jauh dari Pantai Medical Center tu buat ujian. sakit kepala mie dah bekurang dan semasa nak pegi beratur semula, mie nengok punya la ramai orang berkerumun kat tempat ujian tu dan niat untuk meneruskan ujian tu terus terbantut. ntah bila agaknya mie berpeluang untuk buat ujian kesihatan tu.. ermmm...

Dah lama betul tak makan siput sedut. dah hari nie mie berpeluang memakannyer. ayah bawak siput sedut tu dari kampung kelmarin. sedap! teringat semasa zaman kecik2 dulu mie ngan budak2 kampung yang lain selalu cari siput kat sungai berdekatan. pastu bawak bekal siput sedut ke sekolah petang(agama). biasanya siput sedut kitaorg buat gulai labu. sedap sangat! asyik rasanya menyedut isi siput sambil menontoh TV. nengok mie khusyuk je menyedut siput, aina pun sibuk nak sedut jugak. hahaha tapi asyik tak keluar je isi siput tu dia sedut. dan mie lak jadi tukang sedut isi siput tu utk dia.. heiii nasib..

~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sekejap lagi dah nak masuk hari isnin 12hb march 2007. bermakna, genab la sudah 23 tahun umur Mr'Q'.. (dia tua 12 hari je dari mie) mie tak boleh nak call atau sms dia sebab hp mie takde creadit. jadi, sempena hari lahir Mr'Q' nie, mie nak ucapkan kat sini je la:-

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-23 TAHUN..

SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKAN REZEKI..
SEMOGA DIBERKATI ALLAH S.W.T..
SEMOGA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN SERTA SEGALA URUSAN

DIDUNIA & AKHIRAT...



Harap2 awak tak marah la yek saya letak gambar awak nie Mr'Q'.. hehe.

Mr'Q' a.k.a Muhammad Qausar nie ialah diantara kawan lelaki yg rapat dengan mie.. kami kenal sejak di sekolah menengah dulu lagi dan menjadi rapat beberapa tahun yang lepas.. sejak Mr'ex' tinggalkan mie, Mr'Q' la banyak bagi mie semangat dan banyak menolong mie. masa mie kaple dgn MFS pun kami still berkawan rapat dan alhamdulillah MFS seolah2 memahami situasi kami. lagipun Mr'Q' sendiri mengaku bahawa dia dah punya seseorang dalam hati dia. anak ustaz katanya. cuma belum masanya untuk dia meluahkan isi hatinya pada anak ustaz tu. harapan mie, semoga dia berjaya memiliki hati anak bekas ustaz mie tu nanti.. :) tapi ntah kenapa sejak mie breakup dengan MFS nie, kami jarang berhubung. sepatutnya dia ada bersama2 mie sama seperti dia ada bersama2 mie ketika mie ditinggalkan oleh Mr'Ex' satu ketika dulu. mungkin dia agak sibuk kebelakangan nie. tak kisah la. pepon, mie doakan semoga dia berjaya dalam ape jua bidang yang dia ceburi... AJA AJA FIGHTINGG!!! ihiks..

psstt : kepala kembali berdenyut.. adeih!

 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:33 PM |

0 KomeNs