Mie tahu pasti ramai yang nak tahu pasal mini party tu. mie cadang nak apdate kat opis je tadi so, mie datang opis awal sket la dari kebiasaannya. tapi sampai2 je kat workstation, mie lihat ada banyak drawing yg bergulung2 atas meja dan terselit satu note dari bos. mie kena buat amendments utk drawing2 tu dan siapkan sebelum esok. ayark! kebetulan sorg lagi pembantu mie bercuti. so, mie takde pilihan lain melainkan menyiapkan kerja2 mie tu dulu. sori yek kengkawan.. bos mie pun buat2 x nampak mie je hari nie. langsung x wish besday mie. tahun2 yg lepas dia tak pernah lupa pun besday mie. huh! mungkin gf dia dah warning supaya dia tak bleh rapat2 dgn mie dah kot.
23 mac...
okeh.. mie nak citer pasal wayang yang mie nengok kat GALAXY hari jumaat aritu dulu la.. masa tu cadangnya nak nengok Mr BEAN tapi ntah cemana kak lela terBELI citer CHERMIN. muahaha terbeli la konon. ini adalah kali ke-2 mie nengok citer hantu kat panggung dan alhamdulillah mie dapat kawal emosi mie ketika menonton cerita tu kerana buat pertama kalinya mie tidak menjerit dalam panggung. ihiks! GALAXY... memang la tempat tu tak besh bagi mie tp dah kak lela yg beriya2 ajak tengok wayang kat situ so, mie ikut je la cakap dia. lagipun dekat sket dgn umah. CHERMIN... mie rasa citer nie taklah seram sangat sebab ianya tak berjaya membuat mie menjerit kat dalam panggung tu kot. hehe tapi mie rasa citer hantu JANGAN PANDANG BELAKANG tu macam seram je..
24 mac...
pagi2 lagi dah bangun. sebab malam tu dah janji dgn aina nak ikut pegi sekolah dia (ada sukan). seronok sangat tengok gelagat bebudak tadika bersukan. comel2 je diorg masa buat peresmbahan tu..
25 mac..
Oleh kerana semalamnya adalah hari lahir mie, mie langsung tak sentuh kerja2 umah seperti mengemas n membasuh. pagi tu ndak taknak, mie kena gak merajinkan diri mie untuk membuat kerja2 umah tu. petang plak mie, kak lah n aina pegi jusco. saje bawak aina jalan2. masa nak balik tu, kitaorg singgah MPH skejap tengok2 buku. masa tengah belek2 buku tu kan tetiba aina HILANG!! sangat pelik. sebab kebiasaannya kalo aina sedar bahawa kami tidak bersama dgnnya, dia akan menjerit panggil nama mie atau kak lah. tapi masa tu kami langsung tak dengar suara aina. puas mie cari kat dalam MPH tu. tak jumpe pun dia. mustahil aina berani keluar dari MPH tu tampa kami kecuali ada org yg membawanya keluar. tuhan je yg tahu bagaimana perasaan mie ketika tu. kak lah pun cemas cari aina tak jumpe. mie suruh kak lah bg tahu kat service counter mengenai kehilangan aina tu. sementara tu mie menunggu di MPH tu lagik. kot2 aina masih berkeliaran kat kawasan tu. dalam pada tu mulut mie tak henti2 baca ayat seribu dinar dan sedaya upaya tidak memikirkan yg buruk2. mie cuba yakinkan diri mie bahawa mie akan jumpe aina balik. dan alhamdulillah akhirnya aina dijumpai.. akak kat service counter tu cakap ada sorg lelaki yg hantar aina ke service counter tu. aina peluk mie kuat2 sambil menangis terasa seperti bertahun tak jumpe dia. syukur ya allah kerana kembalikan aina kepada kami... ameen. mungkin ini satu pengajaran bagi kami agar lebih berhati2 dilain hari.
Malam tu pula sekali lagi mie celebrate besday bersama kengkawan mie.. tahun nie adalah buat pertama kali mie celebrate besday 3 kali.. mie terharu sangat! tak sangka rupa2nya masih ramai yg memberi perhatian n menyayangi diri mie.
Pssstt : gambo2 hadiah besday akan mie publish dalam entri yg akan datang...