Cerita2 terhimpun Ep.2

Friday, August 24, 2007
AHAD
Lebih 2 bulan x dengar khabar berita dari sorang kawan yg sangat akrab dgn mie sejak di tingkatan 1(1997). Segalanya bermula sejak dia menjalinkan perhubungan dengan seorang budak lelaki yg 5 tahun lebih muda darinya. Ntah dimana silapnya dia seolah2 meminggirkan kawan2 yg rapat dengannya sebelum itu (termasuk mie). Mungkin dia bosan mendengar pendapat2 mie tentang budak lelaki tersebut.

"Salah ke aku nak bercinta? aku baru nak mula mencintai seseorang.. tapi kenapa aku rasa macam ramai sangat yg tak setuju dengan tindakan aku"

"Aku tak cakap pun salah kalau ko nak bercinta.. tapi janganlah sampai ko ketepikan kawan2 ko yg sebelum nie banyak membantu ko.. lagipun, ko baru sangat kenal dengan budak tu.. tapi ko seolah2 dah letak harapan yg terlalu tinggi"

"Habis tu ko nak aku buat ape mie? takkan aku nak putuskan hubungan aku dengan budak tu semata2 nak ikut kemahuan korang?"

"Erm ikut ko la.. ko bukan budak kecik lagik.. aku yakin ko tahu bezakan yg mana baik dan yang mana buruk. Buat la ape yg ko rasa baik untuk ko.. kalo ada pepe berlaku cari la aku nanti.."

Lebih kurang begitula dialog diantara mie dan dia semasa kali terakhir kami bertemu lebih 2 bulan lalu. Dan hari sabtu aritu dia tiba2 call mie menggunakan public phone. Katanya HPnya rosak. Tak banyak yang kami bualkan tapi dari cara percakapannya jelas menampakkan dia benar2 dalam kesusahan. Dan kami berjanji untuk berjumpa petang keesokkan harinya di Midvalley.

TAPI, ntah kenapa hari yg dijanjikan (ahad) untuk berjumpa kawan mie tu mie rasa tak sedap hati. Banyak sangat kejadian2 yg mengahalang mie untuk bertemu dia. Dengan ketiadaan HPnya, menyukarkan lagi kami untuk berhubung diantara satu sama lain. Pepon, mie cuba jugak untuk pergi berjumpa dia walaupun hujan renyai2 ketika itu. Kali terakhir dia call mie bg tahu dia tunggu mie kat MPH(MidValley) sampai jam 6.30ptg. Mie cuba kejar masa tu dan alhamdulillah mie bersyukur sangat sebab mie tiba tepat2 jam 630ptg. Mie cari2 dia dalam MPH tu.. puas mie cari tapi tak jumpe. 1/2jam mie berada dalam MPH tu tapi langsung tak nampak kelibat dia. Mie tertunggu2 juga panggilan dari dia, tapi hampa.

Ketika kaki nak melangkah pulang, tiba2 talifon berbunyi. Tertera no. tempatan.. mie yakin itu adalah panggilan dari dia. Pantas mie menjawap "Helo.. Helo.." mie tak dengar suara dia. 2-3 kali mie dapat panggilan dari no. yg sama tapi bila mie jawap, tiada langsung kedengan suaranya. Pelik sangat. Takkan hp mie rosak kot sehingga tak dapat dengar suara org yg menelefon mie. Sedangkan mie call kakak mie ok je. Sehingga kini mie tak pasti kenapa. Mie masih menunggu dan mencari2 kelibat dia. Tapi dalam keadaan Orang2 yg agak ramai di Midvalley tu, agak mustahil untuk mencari2 begitu. Selepas solat maghrib di surau yg disediakan di Midvalley, mie melangkah pulang. Rasa bersalah sangat sebab tak dapat jumpe dia. Mesti dia marah sangat dengan mie. Mesti dia rasa mie sengaja taknak jumpe dia.. tapi sebenarnya mie dah cuba sedaya upaya mie. Ntah la.. mungkin ada rahmatnya kami tak berjumpa ketika itu.

Buat Halimatus'saadiah Mohd Amin.. aku mintak maaf sangat2 sebab tak dapat jumpe ko tempoh hari.

+ + + Tamat Siaran Tentang Kawan Yg Sangat Akrab + + +

RABU
Alhamdulillah.. mak n ayah sampai KL. Saje kami adik beradik suruh mak&ayah datang sini sbb senang nak bawak mak&ayah buat pemeriksaan kesihatan mereka. Sebelum bertolak ke KL, berkali2 kami pesan supaya jangan bawa terlalu banyak barang. Tapi sampai2 je kat Hentian Duta, kelihatan 2-3 bag di bawa oleh mereka yg mana kesemuanya dipenuhi buah2an. Memang la seronok bila dapat makan buah2an yg dibawa tu tp rasa tak sedap hati sbb dah menyusahkan mereka bawa bag berat2 tu. Kami adik beradik ada bercadang nak konvoi balik kampung lps merdeka ni. Tapi, oleh kerana kejadian yg menimpa mak&ayah tempoh hari membuatkan kami adik beradik mendesak mereka datang KL.

Pssstt : Dah pukul 1.30am nie, umie kena tdo awal. esok nak bawak mak pg hospital.. doakan kesihatan mak&ayah mie yek.. ;)
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 1:41 AM |

6 KomeNs

xpe umie..umie dh cube yg terbaik nk jumpe kwn umie..tp dh xde rezeki..jgn slhkan diri key...semoga mak ayah umie sehat2 selalu..psss..xnak kasik buah skit kt akak ke..ehehhee
  At August 25, 2007 at 7:43 AM Anonymous Anonymous said:
Ooooo..tak pe Umie....Selalunyer kalo orang tengah berchenta, semuanyer terasa indah belaka......doakan sajer dia bahagia...hehehehe
belum jodoh nk jumpa la tu...sekurang2 nya Mie dah mencuba kan....
cinta itu buta umie,hehe..emm, biasalah tu kalau ngah bercinta, sumenya nampak ok je tapi bila realiti dah kembali, baru sedar mana yg silap..:)
betul tuh umie. orang tgh mabuk bercinta mmg la mcm tu. akak pun dah biasa. dah lali.

xpela umie, yang penting umie tak pernah melupakan kawan-kawan umie.

wah, mak ayah datang ek? kem slm diorang ek? :)
[Kak Zura]
Ermm mmg saya dah dh cuba yg terbaik utk jumpe kawan saya tu kak zura, tapi kawan saya tu langsung tak faham situasi saya. dia cakap saya sengaja taknak tolong dia :(

[Kak merak]
Tu arr kak merak. ape lg yg sorg kawan perlu lakukan melainkan berdoa sgl yg terbaik utk sahabat dia.. :)

[Kak Jie]
Tapi kalo jumpe pun kami sure akan bergaduh.. mungkin ada hikmah disebaliknya la. :D

[Faisal]
Saya dah kenal kawan saya tu dah lama sangat dah wak.. dan mmg begitu la sikap dia. bila susah baru cari saya... :) dah lali sangat dgn sikap dia tu.

[Hajar]
Itulah hakikatnya kak.. Manusia nie rambut je sama kaler, tp hati lain2.. Insya'allah harap2 saya bukanlah jenis yg cepat lupakan kawan :)

Mak&ayah dah balik kampung ahad aritu :(