Kali nie je la pun mie tengok rancangan “mencari menantu” tu dari awal rancangan sampai habis… erm, bagus juga program seumpama nie di adakan.. sekurang2nya pasangan2 yang ingin mendirikan rumahtangga kat luar sana tu sedar bahawa untuk mendirikan rumahtangga harus ada berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam rumahtangga yang bahagia dan kekal ke akhir hayat.. berdasarkan soalan2 yang dikemukakan kepada setiap pasangan dalam rancangan tersebut kebanyakkannya ada dipelajari semasa mie sekolah menengah dulu.. sape yang belajar matapelajaran “pen. syariah islamiah dan feqah” pasti tak ada masalah untuk menjawap semua soklan2 tu.. itupun kalo ape yang dipelajari beberapa tahun lalu masih segar dalam kepala la..
Bangun pagi2 tadi mie dapat sms daripada sesesorang berhand phone no. 012-640 0*** seseorang yang mie tak ketahui siapa dan apa kaitan kata2 yang diberi dengan mie.. seperti biasa, mie malas nak ambik tahu.. biarlah siapa pun dia, asalkan ia tak menyakiti hati mie.. jika niatnya baik, sila tampil dan kenalkan diri.. tapi jika sebaliknya, mie mohon agar pergi jauh2 dari hidup mie.. mie tak mahu membenci sesiapa lagik.. saat dan ketika ini, mie ingin katakan bahawa mie senang, tenang dan bahagia dengan kehidupan mie.. biar mie tak punya seorang kekasih yang menyayangi mie, namun mie bersyukur kerana mie masih punya sebuah keluarga yang amat menyayangi mie serta kawan2 disekeliling yang banyak menyokong dan memberi semangat kepada mie. Dan mie percaya bahawa allah sangat menyayangi mie dan sebab itulah mie diberi berbagai2 ujian dan dugaan supaya mie sentiasa ingat padaNYA...
Ni la family mie... ada 3 orang lagi tercicir...
~*~*~*~*~*~*~*~*~
Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda.
Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.