Shawal lagik... n Selamat Hari Ibu...

Monday, May 14, 2007
Uwarrghh!! ngantuknya.............

shawal yg poyor.. tetaaap dihati.. ihiks!
creadit by : joe


Nak tau tak,

Kelmarin, semalaman mie tak bleh tdo.. asyik teringat pasal SHAWAL jer. mie pk ape tau? mie asyik terfikir tentang perasaan SHAWAL dan PARENTS dia. tentu dia kecewa dan sedih sangat dengan penyingkiranya di saat2 akhir menuju konsert final tu. sebab, masa diari nampak jelas raut wajah SHAWAL yg kecewa dengan persembahanya minggu ke-8 aritu dan mie tahu, dia bersungguh2 untuk memberikan persembahan yg terbaik untuk konsert minggu ke-9(terakhir sblm konsert) sabtu tu. mie selalu tengok shawal berlatih nyayi kat diari extend. dia la pelajar yg paling banyak bertanya pada tenaga2 pengajar tentang nyayian dia. agak susah bagi orang yg kurang fasih bahasa inggeris menyayi lagu inggeris nie benarnya. tapi shawal mampu lakukan. nyayian dia tidaklah seteruk nyayian aswad masa nyayi lagi 'watching 60's tv' kan?. apepon, SHAWAL dah lakukan yg terbaik dan peminat2 shawal juga telah cuba lakukan yg terbaik untuk SHAWAL. kawan2 mie pun ramai vote dia habis2an. cuma tu la, segalanya allah yang menentukan....... tentu ada hikmah disebaliknya tu.

Malam tu, mie cuba paksa gak tdo tapi, bila pejam mata je sure terbayang wajah SHAWAL yang sayu n penuh kekecewaan dan terngiang2 lagu2 yg dia pernah nyanyi masa konsert mingguan kat tinger mie. rasa macam nak je pegi umah SHAWAL malam tu. nak bagi semangat kat dia. tapi tak boleh.. takut lak mengundang spekualasi2 yg tak baik nanti. ihiks! asyik ngutuk n mengeji diri sendiri je semalam. apsal la sampai leh jd cantu. orang lain yg bertanding, dia plak yg dok frust2.. adeih! cemana x frust wess!! mie dah undi dia banyak kali malam tu. ntah bape hengget la dia charge. tak kire!! SHAWAL KENA BANJER TENGOK WAYANG JUGAK!!!!... :D pekara yang sama berlaku apabila berlaku tsunami dan kes kehilangan yin tak lama dulu. tiap2 malam sure terfikir tentang mereka2 yg ditimpa musibah tu. ermm...

Mie capai talifon n call 'seseorang' nie.. dia terkejut. mana taknya, pukul 3 pagi mie call bagi tahu yang mie tak boleh tdo. dengar sore dia pun cam lemah je. ngantuk giler la tu.. dia cakap mie nie kena cari 'seseorang' untuk mengisi ruang kosong kat hati mie. baru lah leh tdo lena. hahaha dah tak betul agaknya dia tu. lain yg orang cakap, lain plak yg dia jawap. takde kena mengena langsung.

Tentu tak ramai yang tahu, bahawa SHAWAL dah ada KEKASIH HATI. pompuan tu satu tempat keje dengan dia dan bertudung lagik. ihiks! mie tahu dah lama dah tentang tu sejak dia di akademi lagi. so, mie berharap sangat bila dah popular nie dia tak pinggirkan makwe dia tu. hope dia tak ikut jejak mawi la. tapi tak tahu la kan, segala kemungkinan mungkin berlaku sebab nya mereka takde pepe ikatakan lagi. pepon, mie doakan segala yg terbaik untuk dia n makwe dia tu. ameen...



Siang(semalam)tepon mak, wish "HAPPY MOTHERS DAY" kat mak... mie tanya mak, nak hadiah ape atau nak mie buat ape untuk mak sepena HARI IBU nie. Mak gelak sambil ucap terima kasih pastu tiba2 mak diam.. mak kata mak tak nak ape2 pun.. cukup lah sekadar kasih sayang yg kami(anak2 mak) curahkah padanya itu sudah memadai. masa tu mie seeeebak sangat hingga rasa lemah seluruh badan. x mampu nak kata ape2 tapi mie cuba gagahkan diri. mie cakap kat mak samada mie boleh mintak sesuatu tak daripada mak sempena HARI IBU nie. mie tahu mak perasan suara mie dah serak2 tahan nanges. mak tanya ape permintaan mie sambil buat lawak(mak taknak mie nanges kot) dengan sore yg tersekat2 mie jawap, mie nak mak supaya jaga diri. mie nak mak banyakkan rehat dan tak buat keje2 berat. itu je... mak mie nie jenis tak suka duduk diam. walaupun tengah2 sakit pun mak nak buat itu ini. so, mie berharap sangat supaya mak banyakkan rehat dan tak buat keje2 berat.

psstt : semangat yang hilang....... v(ToT)v
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:49 PM |

2 KomeNs

Salam hormat buat adik. Berkorban apa sahaja, dahulu ibu berkorban untuk kita, sekarang kita mesti berkorban untuk ibu.
  At November 11, 2008 at 8:43 PM Anonymous Anonymous said:
Great work.