Tenang tetapi masih belum bersedia...

Friday, May 25, 2007

Alhamdulillah jiwa dh sedikit tenang.. tapi masih belum bersedia untuk menjawap panggilan2 dan sms2 yg diterima. ntah kenapa mie rasa belum bersedia. mie risau mie akan berkecil hati dengan kata2 mereka nanti. sebab mie yakin, panggilan2 tu sume bukan semata2 ingin bertanya keadaan/masalah mie tapi ada hal lain yang mungkin akan buat mie bertambah sedih.

Terima kasih pada sume kawan2 blog yg tercenta.. mie saaaaaaaaaaangat hargai kata2 semangat, nasihat dan segala teguran2 kalian. kadang2 mie bertanya pd diri mie.. dimana sahabat karib mie?? dimana sahabat2 yg bertahun2 mie kenal?? dimana mereka disaat mie memerlukan mereka?? ah! mie sendiri yg tak cari mereka sepertimana mereka sering mencari mie dikala susah. mie sendiri yg seolah2 benci nak sentuh hp yg dah berapa hari tak dicaj baterinya.

Tapi, sebenarnya.. sebelum nie mie pernah cuba nak ceritakan masalah mie pada salah sorg kawan baik mie. tapi, belum sempat mie bg salam ketika mie menelefonnya "aku tgh sibuk skrg! nanti aku call ko balik" belum sempat mie berkata apa2 dia sudah matikan talifon. seharian mie tunggu panggilan dari dia. jangan kata call, sms mie pun tak. esoknya mie cuba call dia lagik. masa tu mie mmg perlukan seseorg utk dengar luahan hati mie. "ha, umie! nape call aku nie? aku tgh makan la. kat kedai nie bising.. nanti aku call ko balik.." lebih kurang camtu la jawapan dia. allah je yg tahu bagaimana perasaan mie ketika itu. sedih sangat!! mie cuba call sorg lg kawan mie tapi tiada jawapan. bertambah2 sedih mie ketika tu. mungkin diorg tgh sibuk waktu tu. mie cuba fikir positif.

Tiga hari selepas tu.. kawan baik yg mie call tempohari, call mie. mungkin dia nak mintak maaf dan boleh la mie luahkan ape yg mie rasa sangka mie ketika tu. tapi sangkaan mie benar2 salahh. dia langsung x mintak maaf dan bertanya kenapa mie call dia tempohari. sebaliknya dia call mie semata2 nak minta tolong. dah memang sikap mie, susah sangat nak tolak permintaan org. lbh2 lg kawan baik sendiri.. lama mie fikir slps habis borak dgn kawan mie tu. patutkah mie tolong dia sedangkan ketika mie perlukan dia, dia langsung x hiraukan mie. segala macam perasaan wujud dalam jiwa mie ketika itu. sakit hati, geram, sedih, kecewa dan macam2 lagik. tapi oleh kerana mie dah setuju untuk menolong dia, mie terpaksa laksanakan dan cuba membantu dia seikhlas mungkin. tapi sebenarnya perasaan sakit hati lebih kuat. hingga mie tak pasti samada pertolongan mie ketika itu ikhlas atau tidak.

Itulah salah satu sebab kenapa mie tak ceritakan pd sesiapa ape yg mie rasa. kawan baik mie sendiri langsung x ambil tahu pasal mie. ada ke org nak dengar cerita mie?? memanglah bukan dia sorg je kawan baik mie, malah ramai lg. tp disebab kan kawan baik mie yg sorg tu la mie rasa tawar hati/serik nak citer kat sesape. mie taknak berkecil hati dengan sesiapa. jadi, sekiranya mie mampu tempuh sengsorang.. mie akan cuba. mie yakin, secara mie tak sedari pasti ada yg ambil berat tentang mie salah satu drnya ialah kawan2 blog yg tercenta. terima kasih sume. terima kasih sangat2.. mie tahu, kalian tak mampu nak bantu mie ape2 cuma mie harap sangat kalian akan sentiasa berdoa untuk mie.

Tiba2 teringat masa bercenta dedulu.. "mie selalu sangat cerita tentang masalah mie sampaikan die tak boleh nak tumpukan pelajaran sebab asyik terfikir tentang masalah mie" dia kena extend study. kerana mie kah?? mungkin mie tak patut becerita pd sesiapa ttg ape yg mie tanggung sebab ianya mungkin akan menyusahkan org yg mendengar cerita mie.. dia juga ada cakap kehidupan dia lebih tenang bila berpisah dengan mie. ahh!! tetiba rasa sebak plak teringat tentang dia.. jika ada jawapan mie teringin nak tahu MIE NIE PEMBAWA MASALAH PADA ORANG KAH??!!




Pssstt : adeih! rasa sebak dah nie.. mata dah start berair2 dah.. sabarlah duhai hati.... ihikss!
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 2:17 AM |

3 KomeNs

Bersabarlah wahai hati yang sedang berduka.

"Bercintalah" dengan Allah, Dia pasti akan memberikan kebahagiaan yang dicari.
[abg long]
insya'allah la a.long...
Terima kasih atas nasihat abg long..
  At June 7, 2007 at 10:58 AM Anonymous Anonymous said:
tiada sesiapa yang dapat membantu kita selain diri kita sendiri... kawan2 yang setia susah dicarik...hilang kekasih mungkin berganti..hilang sahabat punah segala. setiap masalah yang datang bertimpa2 hanyalah sementara dan pasti akan ada hikmah di sebaliknya.