Hidup Mesti Diteruskan..

Monday, April 2, 2007
Cepatnyer masa berlalu kan? sedar tak sedar sekarang ni dah masuk bulan APRIL 2007. Lagi lapan bulan masuk lak tahun 2008. Rasanya baru semalam mak n ayah hantar mie masuk MTI dan rasanya baru semalam mie menamatkan zaman persekolahan mie. Apabila mie membuat entry bekenaan arwah kakak mie beberapa hari lepas, mie sendiri bagaikan tak percaya bahawa kejadian tu sudah berlaku 10 tahun yang lepas. tetapi, segala kenangan2 bersama arwah tetap segar dalam ingatan nie. Terasa baru sangat kehilangannya. Tetapi.. apepun yang mie rasakan saat ini, ianya tetap berlaku dan telah berlalu.. Hidup harus diteruskan dan bersyukur kepada ALLAH S.WT. Kerana ini membuktikan bumi ini masih berputar di atas paksinya dan dengan kerana itulah mie masih dapat hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi ini. alhamdulillah ya allah, kerana masih memberi mie peluang untuk hidup di alam ciptaanMu ini.

Dari putaran inilah terjadinya siang nan permai dan malam nan indah. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam. Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah sebaliknya.

Apakah yang akan terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih 100ºC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu yang berterbangan. nauzubillah.. mie plak rasa takut nak cerita lelebih.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Sama juga dengan PERTEMUAN & PERPISAHAN. Pertemuan adalah suatu kepastian manakala perpisahan adalah mutlak. Semua yang hidup didunia ini pasti akan mengalami perpisahan. Perpisahan walaupun amat menjerihkan untuk dihadapi, namun begitu kita mesti belajar bersemuka dengannya.

PERTEMUAN yang ikhlas diibaratkan sebagai salah satu dari nikmat dalam kehidupan. Bertemu, berkenalan dan dari situ akan wujud satu perhubungan. Dalam perhubungan yang telah terjalin kita bergurau senda, bergembira, berduka malah akan wujud satu perasaan saling menyayangi dan merindui. Namun apabila telah tertulis perpisahan berlaku... Kun Faya Kun... kita akan merindui semua detik tika kita bersama. Semua kenangan akan menjadi igauan kita dalam merindui yang telah pergi.

Tak kira bagaimana sayang dan kasih pada seseorang sekalipun, suatu hari kita akan berpisah juga. Jika tidak berpisah kerana tugas kerja atau apa2 urusan dunia, akan berpisah juga kerana dipanggil Yang Kuasa. Tiada satu apa pun didunia ini yg kekal! Walaupun sukar menerima hakikat perpisahan tapi itu yg pasti dan pasti akan terjadi. Semuanya akan merasa, malah ada juga yg mengatakan pertemuan adalah permulaan untuk perpisahan.

Dan mie juga tak lepas dari ketentuanNYA. mie sering dipertemukan dengan seseorang dan perpisahan itu seolah2 wajib berlaku tatkala hati mie mula menerima kehadiran mereka. ntah dimana silapnya mie sendiri tak pasti. Insya'allah, mie takkan mengelak sekiranya mie dipertemukan lagi dengan seseorang bernama LELAKI selepas ini kerana mie dah lali dengan perpisahan.. :) Jika masih berlaku perpisahan, bermakna ia bukan tercipta untuk mie. Teringat kata2 nie :-

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia"

Diawal pemergian arwah kakak mie 10 tahun lalu.. mie betul2 tak dapat terima hakikat bahawa mie takkan dapat bertemu dengannya lagi, mie takkan dapat dengar nasihat2 dari dia lagi, mie takkan dapat buat kuih raya tiap2 tahun dengan dia lagi dan takde sesiapa nak sebelahkan mie setiap kali ayah marah2 mie. Tetapi apabila mengenangkan penderitaan yang dia tanggung ketika sakit, mie jadi redha. Mie tak sanggup dengar rintihan nya setiap malam mengadu kesakitan. mungkin itu yg dikatakan bahawa allah lebih menyayangi dirinya kerana tak mahu arwah kakak mie terus menderita menahan sakit akibat barah tersebut. Terima kasih ya allah. Semoga arwah ditempatkan disisi-MU.

Member2 MTI.. mie tak pernah anggap bahawa kami sudah terpisah. Kerana mereka dan kenangan2 bersama mereka tetap ada dekat di hati mie sampai sekarang dan mie yakin, bahawa mereka juga seperti mie. Mungkin kami jarang berhubung tapi persahabatan antara kami sangat utuh. Mei 2006 adalah detik pertemuan pertama kami secara beramai2 selepas tamat tingkatan 5 tahun 2001. Walaupun ada yg tak dapat hadir, mie tahu mereka juga sangat merindui kami dan insya'allah ogos nanti kami akan adakan reunion lagi untuk ex MTI batch SPM 2001... jika tahun lepas kami hanya buat di restoran nelayan, tasik titiwangsa. kali nie mungkin kami akan buat di teluk batik. insya'allah......
klik sini kalo nak tgk gambo REUNION EX-MTI BATCH SPM 2001 tahun lepas.

Member2 pompuan.. (time nie ramai dah balik).

Member lelaki.. (pun ramai dah balik)..

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

Mereka pernah berkata...
"Sakitnya penantian,bahagianya pertemuan."

Mereka juga berkata :
"Usah ditangisi sebuah perpisahan,kerana tanpa perpisahan,kita tak dapat merasai betapa manisnya sebuah pertemuan".

Tapi kemudiannya mereka menangis.Kenapa? Kata mereka:
"itulah penghargaan untuk sebuah pertemuan."
Ya,benar begitu.Tapi...penantian yang lama lebih baik dari perpisahan sekelip mata!
Setuju tak?

kini
Aku masih mendengar mereka berkata...
mereka bertanya dan mereka ketawa
masih di tempat yang sama..
tanpa usaha

Aku hanya mendengar.. tanpa berkata-kata
kerana aku tahu mereka berdusta
mereka cuba lari.. cuba sembunyi..
kerana takut berduka.. takut kecewa..


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


Dengan ini, maka terjawap la sudah TAG dari chii..... :p

Psstt : Sejarah dan kenangan silam itu adalah sesuatu yang pasti tidak dapat dilupakan, tetapi ketahuilah bahawa masa akan membuatkan kita lali dengan apa yang telah berlaku.
 
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 11:38 PM |

0 KomeNs