♥TAHUN 199.. *tak ingat la*♥
Gembira sangat sbb mak belikan kasut raya tumit tinggi. Memang cantik la kasut tu. Warna pink gitu! Kalo tak silap harga dia dalam 13 ringgit gitu la. So, menjelang Hari Raya tu mmg melaram habis dengan kasut baru tuh. Siap ada beg tangan lagik utk isi duit raya.. hahaha. Kebiasaannya bila tiap kali tiba hari raya mie & budak2 kampung akan beraya SAKAN dengan mengelilingi kampung. Bila dah keliling kampung tu duit raya sure dapat banyak kan.. itu yg bestt tuh! So, tak kisah la jalan jauh sket pun.. TAPI malangnya hari itu.. tengah2 beraya SAKAN tu, tiba2 kasut tumit tinggi mie putus.. Sudahnya mie balik berkaki ayam kerumah. sedih sangat! Sepanjang perjalanan mie nangis masa tu. Balik umah mak pujuk tuk beli kasut yang baru esoknya.
♥TAHUN 2001♥
Tahun terakhir mie bersama member2 di MTI.. kebetulan peperiksaan SPM tahun tu jatuh pada bulan puasa. So, ia merupakan satu pengalaman yg sudah pastinya tak dapat mie lupakan. Bagaimana tiap2 hari kami beramai2 berjalan kaki dari asrama(Batu 8) ke bazar ramadhan yg terletak di simpang 3 changkat jering. Lebih kurang 30 menet perjalanan kot. Lepas tu, berkumpul ramai2 kat surau asrama dan berbuka bersama2. Indahnya terasa ketika itu..
♥TAHUN 2002 ♥
Gara2 lambat beli tiket balik kampung, buat pertama kalinya mie beraya di kampung owang lain iaitu kampung abg baha(ipar) di Sungai Besar. Uwaaa..... :(( memang sedih sangat masa tu.
♥TAHUN 2005♥
Seperti yang dah mie ceritakan dalam entri yang lepas.. tahun 2005 tu mie beraya dalam keadaan hati yang remuk rendam(patah hati). Mana taknya baru seminggu di kecewakan oleh lelaki tu. Badan pun kuuurus sangat masa tu *38kg je!.. macam berat anak kucing je rasanya*. Mana taknya, seminggu sebelum tu mie hanya minum air dan beberapa suap nasi. Mmg ilang teros mood nak raya. Kebiasaannya.. Pagi hari raya tahun sebelumnya, lelaki tu pasti akan talifon mie dari JEPUN wish 'Selamat Hari Raya' tapi pagi raya tu dia tak call pun *mie tertunggu2 la jugak panggilan dari dia*. erm, teruk kan penangan putus centa nie. Fikir2 balik rasa macam diperbodoh2kan je. Sepatutnya masa dia mintak breakup tu mie ketawa dan melompat suka hati. Sebab dia langsung tak sesuai utk mie. Hehehe teremo plak mie nie :p
Erm, dah 23 tahun mie idop kat dunia nie.. banyak lagik rasanya peristiwa di bulan puasa/raya yg tak dapat dilupakan.. untuk menjawap TAG En. Adik Topek nie rasanya cukup la kot. Nak tau lebih banyak nanti jumpe, akak citer.. alamatnya 3 hari 3 malam tak habis2... ihiks!
ESOK MIE AKAN MEMULAKAN KERJA DI MUZIUM TELEKOM... DOAKAN MIE HAPPY KEJE DI SANA KEY!
Psstt : Sowie sume.. kerana tak sempat nak singgah semua blog. mie kena tdo nie.... esok kena bangun pagi. kejut umie tau!