Tuesday, July 31, 2007
Kak dah : Umie, kawan aku nak bg kucen nih. hang rasa2 nak tak??
Umie : (tanpa berfikir panjang) ambik je la.
Kak dah : Hang rasa2 Dilah marah tak?
Umie : Erm, kalo bg tahu sekarang sure dia tak setuju pelihara kucen tu. macam nie la.. hang jangan bg tahu dia lagik! bawak je balik kucen tu. petang kang dia pg aerobik so, hang mesti sampai umah sebelum dia habis aerobik.
Kak dah : OK..
Syoknyer.. akhirnya cita2 nak pelihara kucen, termakbul juga. Berita gembira tu mie khabarkan pada Kak tun(kakak ke-5). Dia juga turut teruja untuk memelihara kucen tu dan bersetuju dengan RANCANGAN yang mie aturkan tu.
Sebenarnya salah satu faktor yang menghalang kami memelihara kucen dirumah nie adalah Kak lah(kakak ke-4) mie. Dia tu tak berapa suka sangat dengan kucen nie. Berbeza dengan mie n adik beradik yang lain. Tapi ntah macamana mie teruja sangat masa Kak dah cakap kawan dia nak bg kucen 'on the spot' tu kat kitaorang. Lalu membuat keputusan untuk terima je kucen yg comel tu tanpa memikirkan tentang Kak lah. Sebenarnya kucen tu akan kami bawa pulang ke kampung nanti. Dapat pelihara sekejap kat sini pun jadilah kan? hehehe..
Hari yang Kak dah nak bawak balik kucen tu(semalam), Mie n Kak tun pakat2 buat tak tahu tentang kucen yg bakal Kak dah bawak balik tu. Kitaorg siap keluar senyap2 pegi beli sangkar kucen pastu sorokan dalam kereta. Kebetulan petang tu Kak lah keluar pegi aerobik. So, senang sket la nak buat rancangan. huhuhu.. Terpaksa buat macam tu.. kalo bg tahu awal sure Kak lah tak bagi kucen tu dibawa balik. Masa mula2 Kak lah dapat tahu tu, membebel2 jugak la.. tapi selepas bg tahu yang kami akan bawa pulang kucen2 tu ke kampung 2-3 minggu lagik, dia jadi cool sket. Sampai sekarang mie, Kak dah n Kak tun tak bg tahu tentang rancangan kitaorang semalam tu. Kalau dia tahu, mesti perang besar la kitaorng. huhuhu
Pagi2 tadi, Kak lah masuk bilik mie.. "eh! umie.. kalo hang nak biarkan kucen tu main kat luar, kena letak reben kat leher dia tu.. nanti hilang." Macam tak percaya je Kak lah cakap macam tu. "ha.. yer la... " ringkas je jawapan mie.. tapi, dalam hati masih tertanya2 samada kakak mie nie dah BUANG TEBIAT ke hape?
Tengahari tadi, ketika Kak lah pulang dari membeli belah.. "Nah! makanan kucen nie (sambil hulurkan sekotak WISKAS) Jangan bg makan makanan sebarangan.. nanti muntah plak kucen tu" Sekali lagi mie tertanya2. baik la pulak kakak mie yg sorang nie.. ntah2 malam semalam dia dapat mimpi NGERI kot! muaahaha ada kena mengena ke mimpi NGERI dengan kucen hah?? abaikann....
Okeh, tutup cerita tentang kucen.....
Oleh kerana ada yg tak boleh nak bukak video gambar umie DULU & SEKARANG tu, kali nie mie tukar buat versi slide plak. Tengok lah sampai LEBAM yer... :p

Pssstt : Mengharap sesesuatu akan mengubah PERJALANAN hidup mie ke arah yg lebih baik.. :(
Diconteng Oleh uMIe MieSYa pada 10:02 PM | 14 KomeNs