JUMAAT Bawak mak pegi HOSPITAL AMPANG PUTERI. Pada mulanya mak taknak pegi. Mak bohong dengan mengatakan bahawa dia dah tak sakit lagik.. padahal mie tahu mak risau kena bayar mahal untuk pemeriksaan tu nanti.
Tak mahal la mak, dalam seratos dua jer.. mie terpaksa bohong sebab nak mak setuju untuk pergi buat pemeriksaan pada hari tersebut. Puas kami adik beradik pujuk dan akhirnya mak bersetuju. Masa bg tahu doktor bahawa mak sakit kat bahagian dada sebelah kiri tu, doktor
suspect sakit mak ada kena mengena dengan jantung. Oleh itu, doktor melakukan pemeriksaan jantung keatas mak seperti
scan, x-ray, berjalan atas
treadmill-bentuk dia macam alat senaman tu,
urin test n
blood test. Kesian tgk mak masa doktor suruh berjalan atas treadmill untuk pemeriksaan tekanan jantung mak. Nasib baik x tersungkur. Pastu masa ambik darah mak, mie duduk sebelah mak tapi pandang lain sbb tak sanggup nak tgk. Kesian Mak! Mak kena suntik 2 kali sebab suntikan pertama darah mak tak keluar. Pepon mie bersyukur sangat pabila hasil pemeriksaan mak menunjukkan jantung mak OK. Cuma urat kat bahagian dada mak tu sedikit bengkak sbb tu kadangkala mak terasa sakit pabila hendak bernafas. Syukur sangat!
Petang tu memang bercadang nak menyertai Kak retna, Kak sheda n Sodep menonton Teater. Tapi hati mie berbelah bahagi pabila mak cakap...
"Umie nak kemana pilih baju cantik2 nie"
"Kawan umie ajak tengok teater mak.."
"Teater tu ape"
"Dia macam tgk cerita kat tv juga mak. Bezanya diorang tu berlakon betul2 depan kita. di atas pentas.."
"Habis tu taknak ikut mak pegi rumah kak mah ke skejap lagi?"
"Nak buat macamana, umie dah janji dengan kawan umie"
"Tak payah la pegi.. mesti tak meriah kalo umie takde nanti"
Muka mak berubah sangat petang tu. Ayah juga seperti tidak mengizinkan umie pergi
"Hujan2 nie nak keluar buat ape?" katanya. Tapi sebenarnya kalo umie pergi pun takpe.. cuma mungkin mie tak HAPPY sebab asyik teringatkan mak&ayah kat rumah. Maaf sangat2 yer kak retna..
Jadi, malam sabtu tu.. mie&family banyak habiskan masa dirumah kakak ke-2 mie di PANDAN PERDANA. Namun, hati mie masih rasa bersalah dengan Kak Retna. Sakit kepala menyerang. Memang 2-3 menjak nie mie tak boleh stres sket, nanti mesti sakit kepala. Ayah cakap mie demam namun pantas mie menafikannya.
SABTUOleh kerana tak dapat sertai Kak Retna, Kak Sheda n Sodep tengok teater malam sabtu tu, umie memutuskan untuk pergi GATHERING RUMPUN kat RESTORAN PELITA berdekatan KLCC tu. Kebetulan petang tu family mie pergi shopping.
"Umie nak ikut tak nie"
"Ha.. ikut. tapi umie pergi naik motor"Cadangnya nak pergi GATHERING RUMPUN sebab tu mie suruh family mie pergi dahulu. Ada 2-3 orang je adik badek mie tahu mie nak pergi GATHERING tu. Masa dah bersiap2 nak pergi, tetiba hujan turun dengan lebatnya :( huhu.. dah takde pilihan mie kena naik teksi la jawapnya. Cari2 kelibat payung di dapur dan terjumpe sebatang payung bewarna PINK. Siap ada gambar kartun lagik.. haha tak kisah la janji boleh bawa mie sampai ke bus stop. Dari rumah ke bus stop memakan masa lebih 5 menet jugak la berjalan kaki.
Sampai2 je di bus stop mie terus dapat teksi. alhamdulillah.. mie suruh pemandu teksi tu ikut highway sbb takut jammed. Dan kurang 20 menet, mie sampai kat RESTORAN PELITA tu. Memandangkan GATERING RUMPUN tu diadakan di bahagian atas restoran, mie duduk di bahagian bawah sementara tunggu Kak Sheda sampai. Segan nak naik sorang2.. buatnya tak kenal sape2, naya! ihikss..
Lebih kurang 5 menet, Kak Sheda sampai. Dan kami naik berdua2an. Kelihatan SOdep n Kiki. 2 orang tu je la yg mie kenal pun ketika itu. Tak lama lepas tu Jun&Kak Carneyz lak sampai. Malas nak cerita panjang pasal GATHERING RUMPUN tu sbb rasanya ramai dah becerita kot. Pepon memang happening sangat dan TERIMA KASIH buat Happymedia dan Adverlets.. terima kasih krn menemukan kami semua..
Masa dah habes gathering tu ntah cemana En. abang Sodep mengeluarkan cadangan untuk besuka ria melihat bunga api di Putrajaya. Ntah macamana Kak Sheda n Jun setuju la pulak dengan cadangan tu.. dan mie ingat malas nak pegi n nak ke Putra LRT je masa tu pastu suruh kakak mie pickup kat mana2. Setelah dipujuk2+saiko lagik, akhirnya mie bersetuju mengikut mereka dalam keterpaksaan. Ceewah!! Alahai.. kenapa la masa mak&ayah ada nie ramai tol ajak kesana kemari. Bukan ape, rasa bersalah sangat masa tu. Sbb dah janji dgn mak nak pergi ikut shopping. Sebelum pergi, mie talifon kakak n abang mie memberitahu mie akan ke Putrajaya dan diorang tak kisah pun.
Perjalanan ke Putrajaya takde la sesak sangat. tapi kan, masa dalam kereta tu kepala mie saaaakit sangat. Mungkin gara2 terkena hujan. Tapi mie diamkan aje. Sampai je di lokasi pameran bunga n taman, mie terpegun melihat bunga2 yang dipamerkan. Cantik sangat gubahan bunga2 kat situ. Kalau mak ada mesti dia suka. Rasa nak bawak balik sejambak bunga untuk mak jer masa tu. hehehe.. Oleh kerana bunga api dijadualkan meletus pada jam 10malam, kami jalan2 sekeliling tapak pameran sambil2 tu kami cari port yg menarik untuk melihat bunga api tu nanti. Sekali dapat port baaek punya.. iaitu di tepi tasek. Ramai juga orang lepak2 kat tepi2 tasek tu. Nak tengok bunga api gak la kot. ihiks! Kami lepak2 makan biskut yg dibawa oleh jun sambil tunggu bunga api meletus.. Tengah2 makan tu, tiba2 kedengaran sayup2 bunyi letupan.
KboOMm.. DUuMm.. tercari2 la juga mana bunga apinya.. dan terpandanglah cahaya bunga2 api yg cantik di celah2 bangunan yg terdapat disitu. Uwaaa... rupa2nya kami dah tersalah port la. Hampeh sungguh! tapi tak kisah la.. yg pasti ianya suatu pengalaman yg klakor bila diingat2 balik. hehe mie tak bg tahu kat family mie pun pasal salah port tuh. Tak rela di tertawakan.. ihiks!
Port Baeekk Punyerr!Adeih! masa balik tu jalan puunyer la jammed. Perut rasa lapar sangat! kepala kembali sakit dan seluruh badan rasa lemah dan seram sejuk. Rasa nak demam tp harap2 jangan la.. dalam diam mie berharap. Cadangan nak singgah makan terpaksa di kansel sbb jam dah menunjukkan ke angka 12 lebih. Risau lak ayah membebel nanti.. Sampai umah kira2 jam 140pagi gak la rasanya. Nasib baik sume orang dah tido masa tu cuma Ann je yg tahu mie balik kol bape sbb dia tgh tgk tv kat ruang tamu. Masuk je bilik terus salin baju, basuh muka, gosok gigi n solat. Pastu merebahkan diri di tilam empuk ku dan terus lena diulit mimpi.
AHADKira2 jam 4.00pagi mie terjaga dari tidur. Kepala mie mengalami kesakitan yang amat sangat. Badan mie terasa panas.. mie nak bangun tapi tak terdaya rasanya. Setelah beberapa kali mie mencuba untuk bangun, akhirnya mie berjaya. Mie berjalan menuju tempat tidur mak.. lenanya mak tido sampai tak sedar mie masuk bilik dia. Terdapat sedikit ruang disebelah mak. Muat2 untuk mie. Tanpa buang masa, mie terus merebahkan diri sebelah mak. Dan mak tersedar. Baru balik ke? tanya mak. Mie hanya menggelengkan kepala. Tak terdaya tuk besuara.. serentak dengan itu mie tarik tangan mak n letakkan di dahi mie. Umie demam nie. pantas mak jawap.. lalu bangun membasahkan tuala kecil dan diletakkan di dahi mie. Sambil2 tu mak urut kepala mie.. Seketika kemudian mie terlena. Subuh tu, mak kejutkan umie. suruh mandi katanya. Oleh kerana mie lemah sangat ketika itu, mak membantu mie.. Mak mandikan mie dengan air asam jawa. Supaya cepat sembuh katanya.
Oleh kerana keesokkan harinya Wani akan memulakan persekolahannya setelah seminggu bercuti, Kira2 jam 3.00petang Ann menghantar mak, ayah n Wani pulang kekampung. Sedih sangat masa tu. Apabila memikirkan khamis nie kami akan pulang ke kampung, terasa tenang sikit hati nie.